Selamat Hari Ibu

Category : Ucapan

Salam perkongsian untuk semua. Dalam kesempatan ini kami di Linncomel.com ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu di seluruh dunia, tidak kira di mana pun para ibu berada.

Walaupun setiap tahun kita meraikannya tapi hampir setiap detik kita dihamparkan dengan cerita-cerita ibu tua yang dipinggikan dan menghabiskan sisa hidup mereka di rumah-rumah kebajikan.

Marilah kita sama-sama berdoa agar para ibu kita diberikan kesihatan yang berpanjangan, diberkati dan dirahmati dunia dan akhirat.

Pagi ini aku duduk terpaku
Mengenepikan segumpal rasa yang kian merajaiku
Sebuah nama mengisi ruang jiwa dan minda
Ibu

Ku cuba untuk mengungkapkan kata demi kata
Bait demi bait
Namun tidak kutemui apa yang kucari
Kerana tidak ada yang melebihimu
Kelembutan dan keperkasaanmu

Ibu
Tuhan menjadikanmu sebagai mediatorku
Mengajarku akan makna hidup
Memapahku saat kurebah
Menjadi perisai dari hiruk piruk dunia

Ibu
Jubah kasihmu yang telah kau sulam ini
Biarlah terus menghangatkanku
Membelai pekat jiwaku

Ibu
Tiada kata yang mampu diungkapkan
Kesempurnaan dalam ketidaksempurnaanmu
Pun perjuangan dan pengorbananmu
Untuk melahirkan dan membesarkanku
Tidak akan mampu dibayar
Walau dengan apa cara sekalipun

Di kesempatan ini
Ingin ku ungkapkan
Terima Kasih ibu…..

Untuk semua wanita,
yang selalu memiliki cinta kasih,
yang tak akan pernah habis untuk diberii,
SELAMAT HARI IBU….”

Selamat Tahun Baru 2011

1

Category : Ucapan

Salam perkongsian untuk semua, dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru buat semua.

Semoga tahun 2011 ni menjanjikan yang terbaik untuk kita semua. Apa yang penting kita usaha dan tawakkal. Tidak kisahlah sama ada kita menyimpan impian atau azam baru mahupun masih mengekalkan azam 2010 yang masih belum kesampaian. Ingat jangan dok sibuk simpan azam je tapi takde perancangan untuk mencapai impian yang dilakar :-)

Pasti 2010 yang ditinggalkan mencatatkan pelbagai nostalgia, tidak kiralah yang indah mahupun yang kurang indah. Yang tak indah tu jangan diingat sangat jadikan ia sebagai teladan dan pengalaman.

Terima kasih kepada semua yang menyokong linncomel.com sepanjang kehadiran blog ini dan semoga linncomel.com akan terus berjaya dulu, kini dan selamanya…..AMIN

SELAMAT TAHUN BARU…….. :-)

Salam Aidilfitri

1

Category : Ucapan

Beberapa hari lagi, kita akan menyambut kedatangan syawal,oleh itu, dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan..”Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua pembaca blog linncomel.com

1 syawal,adalah hari yang penuh dengan energi yang positif, kerana itulah hari kita saling bermaaf-maafan. Jadi ambilllah kesempatan ini untuk menyerap energi positif tersebut dan binalah kehidupan baru dengan penuh kegembiraan. Tanpa kesedihan, dendam atau rasa marah.

Jutaan kemaafan saya pinta jika sepanjang saya berkongsi cerita bersama anda melalui blog ini
terdapat kesalahan yang mungkin saya tidak sedari yang telah menyinggung atau melukakan hati pembaca semua.Semoga segala kesilapan saya dapat di maafi.

Semoga syawal yang bakal menjelang tiba nanti memberikan 1001 kegembiraan kepada kita semua dan sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH

Salam Ramadhan

2

Category : Ucapan

Alhamdulillah, diizinkan oleh ALLAH untuk mengemaskini blog linncomel ini selepas beberapa hari tidak dikemaskini. Sebenarnya saya baru saja pulang bercuti dikampung melawat nenek  buat seketika. Kebetulan ketika saya balik ini, di Terengganu adalah musim buah-buahan seperti rambutan, duku dan langsat. Jadi inilah peluang saya untuk menghargai kedatangan musim buah tersebut. Setiap hari makan rambutan dan duku yang dipetik oleh pakcik dari belakang rumah.

Ketika balik kampung juga , saya menghadiri satu majlis perkahwinan yang agak unik di rumah teman sepermainan yang telah ditinggalkan sejak 25 tahun dulu. Sampainya di rumah dari lapangan terbang, terus bersiap ke kenduri tersebut. Ketika itu dalam fikiran saya, dah lama tak makan nasi minyak Terengganu. Sesampainya di sana jangkaan saya tersasar kerana bukan nasi minyak yang dihidang tetapi nasi putih berlaukkan ikan patin masak tempoyak. Fuh..sekali lagi menggamit memori saya di zaman kanak-kanak, walaupun ketika dulu masak tempoyak tidak menggunakan ikan patin tetapi menggunakan ikan baung, kelah dan beberapa jenis ikan sungai lagi.

Walaupun masa bersama keluarga terutamanya nenek agak singkat, tetapi ianya cukup menggembirakan. Alhamdulillah!

Salam ramadhan saya ucapkan kepada semua pembaca blog linncomel. Semoga ramadhan yang bakal menjelang tiba ini memberikan penuh keberkatan kepada kita semua.

Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.”

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

Jadi marilah kita sama-sama mengambil peluang atas nikmat yang ALLAH berikan ketika ramadhan ini. Semoga kita beroleh keberkatan dalam apa juga yang dilakukan dan sentiasa diredhai ALLAH atas segala perbuatan yang kita lakukan. Amin

Selamat hari bapa

Category : Ucapan

Salam perkongsian semua. Setiap tahun hari bapa jatuh pada hari ahad minggu ketiga dalam bulan Jun. Tahun ini, hari bapa jatuh pada 20 Jun 2010 iaitu hari ini.

Sama ada kita sedar atau tidak sambutan Hari Bapa tidak sehangat tatkala kita menyambut Hari Ibu. Masyarakat menghargai pengorbanan ibu dengan sambutan yang cukup meriah dengan pelbagai program. Tetapi pengorbanan bapa seperti dilupakan. Ramai yang tidak menyedari wujudnya sambutan Hari Bapa. Tidak ada tokoh Bapa Mithali atau Bapa Soleh seperti dianugerahkan kepada ibu sempena Hari Ibu.

Walaupun begitu saya berharap ianya tidak mematahkan semangat semua bapa di dunia ini untuk meneruskan perjuangan untuk menjaga, melindungi dan mendidik keluarga masing-masing.

Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada ketua keluarga, iaitu sang suami dan juga bapa. Perkara itu meliputi keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi kasih sayang, menyara perbelanjaan dan mempertahankan maruah. Justeru, bapa perlu banyak berkorban demi melaksanakannya.

Sesungguhnya dalam hal ini bapa menanggung amanah yang besar.
Maka dalam melaksanakan tugas tersebut seorang bapa memerlukan keikhlasan, kesediaan, kesungguhan, pengetahuan tentang tugas kebapaan, kemampuan dan ketakwaan kepada ALLAH

Saya percaya tugas bapa bukan setakat menyediakan keperluan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian kepada anak-anak. Rasanya tugas dan tanggungjawab itu belum sempurna biarpun berjaya memberi kemewahan material kepada anak-anak. Kerana tanggungjawab itu sepatutnya meliputi keperluan fizikal dan rohani.

Bapa tidak patut menganggap tugas yang dilakukan sebagai satu beban. Rasa terbeban akan tanggungjawab itu saya pasti akan menghilangkan rasa ikhlas yang ada.

Sempena sambutan Hari Bapa pada hari ini, saya mewakili linncomel.com ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa, ayah, abah, dad, daddy, walit, dan sebagainya.

Ingatlah kemahiran kebapaan itu tidak lahir secara ‘kebetulan’ apabila bergelar bapa. Jadi tidak salah untuk kita terus belajar dan belajar untuk kebahagian dan kesejahteraan keluarga tercinta :-)