Category: Uncategorized


Refleksi kehidupan 45


Perkongsian refleksi kehidupan 45, apa pun masaah yang dihadapi, tindakan yang terbaik ialah menyelesaikannya dan tidak memikirkannya.

Kerana semakin difikirkan,makin difokuskan masalah, energi yang dihasilkan membuatkan masalah itu menjadi semakin nyata dan membesar.Read More »

Refleksi kehidupan 43



Perkongsian refleksi kehidupan 43, selagi kita hidup kita pasti menemui banyak masalah. Namun begitu masalah itu bukanlah sesuatu yang mutlak kerana masalah itu wujud hanya di fikiran.Read More »

Refleksi Lockdown 51


Perkongsian ke 51, bermaksud sudah 51 hari kita di minta tinggal di rumah, masih tidak boleh merentas sempadan daerah dan negeri. Sama-sama kita mencari hikmah disebalik apa yang kita lalui ketika ini supaya kita bersyukur dan memfokuskan hanya kepada perkara yang baik sahaja.Read More »

Refleksi Lockdown 32


Perkongsian refleksi yang ke 32, saya masih lagi ingin berkongsi tentang rezeki dan kekayaan. Saya teringat pada tahun lepas ketika moratorium ditawarkan di mana hutang bank boleh ditangguhkan pembayarannya, terdapat beberapa individu yang bertanya kepada saya tentang moratorium.

Kebetulan soalan yang mereka kemukakan kepada saya ketika itu lebih kurang sama. Adakah perlu mengambil moratorium yang ditawarkan itu?

Saya bertanya kembali kepadanya adakah selama ini beliau ada masalah untuk membayar segala hutang? Jika tiada masalah untuk membayar, ELAKKAN ambil tawaran tersebut dan teruskan saja membayar hutang.Read More »

Refleksi Lockdown 21



Perkongsian refleksi yang ke 21, masih lagi bercerita tentang PEMBUKTIAN. Seperti yang saya kongsikan semalam, pembuktian yang paling penting adalah untuk DIRI SENDIRI bukan untuk orang lain.

setiap orang adalah khalifah atau tuan kepada kehidupan sendiri. Hidup kita adalah milik kita sendiri, jadi kita TIDAK PERLU mendapatkan APPROVAL orang lain kehidupan bagaimana yang kita inginkan.

Jika kehidupan yang dilalui sekarang tidak seperti yang diinginkan, ubah dan jadikan tindakan kita sebagai satu pembuktian untuk mengetahui bagaimana keadaan dunia dalaman kita yang sebenar.Read More »

Kerana dirimu begitu berharga…


Adakala ketika bertemu dengan seseorang yang berkarisma, diri seakan mulai hanyut terbawa aliran getaran vibrasinya. Sehingga kita menganggap dirinya adalah idola, bahawa aku harus menjadi sepertinya.

Read More »