Dibunuh Oleh Kesempurnaan

17

Category : Meditasi, Perniagaan

Domino's Pizza store in North London, England. Image via Wikipedia

Selamat sejahtera kepada anda semua. Semoga anda semua hidup sihat dan gembira selalu.

Tahukah anda bahawa ramai orang gagal mencapai kejayaan yang diimpikan disebabkan oleh faktor kesempurnaan. Dengan kata lain, kejayaan serta masa depan mereka dibunuh pleh kesempurnaan yang ditunggu-tunggukan tetapi tidak pernah kesampaian.

Izinkan saya untuk memberikan anda satu contoh. Saya ada banyak kawan yang ingin menjalankan perniagaan sendiri. Akan tetapi, apabila ditanya mengapa mereka tidak melakukan perniagaan tersebut, alasan yang kerap saya terima ialah:

Saya tidak ada modal.

Ekonomi tidak baik. Tunggu dulu.

Tidak ada lulusan perniagaan. (MBA)

Tak masak dengan selok-belok perniagaan.

Tak Tahu menguruskan pelanggan.

Dan banyak lagi …

Orang yang berjaya tidak akan menunggu sehingga egala-galanya menjadi sempurna sebelum memulakan sesuatu kerja atau mula mengambil sebarang tindakan.

Orang yang berjaya bermula daripada apa yang sedia ada dan memperbaikinya kemudian.

Kalau kita kaji balik kisah-kisah orang yang berjaya, majoriti daripada mereka bermula dari keadaan serba kekurangan.

Ramai orang yang berjaya hanya bermula dengan bekerja sebagai kuli atau buruh kasar sahaja. Pengetahuan serta pengalaman mereka datangnya daripada cabaran serta kegagalan yang dihadapi dan pengalaman tersebut tak ternilai harganya.

Orang yang kurang berjaya biasanya mengikut urutan yang salah. Mereka menunggu untuk mencapai kesempurnaan selepas memulakan langkah pertama padahal kita hanya dapat menghampiri kesempurnaan selepas memulakan langkah pertama.

Sebuah cerita untuk santapan anda

Pasa masa dahulu ada seorang pemuda yang ingin membeli sebuah meja untuk memulakan perniagaan menjual tiket. Pemuda tersebut pun pergi kepada datuknya untuk mendapatkan nasihat untuk mendapatkan wang bagi membeli sebuah meja.

“Cara kamu telah salah” terang datuknya.

“Kamu patut menjual tiket dahulu bagi mendapatkan duit untuk membeli meja. Bukan beli meja dahulu untuk memulakan perniagaan menjual tiket” tambah datuknya.

Pemuda tersebut mengambil nasihat datuknya dan pada hari ini, beliau telah menjana berjuta-juta dolar tanpa membeli sebuah meja pun.

McDonald tidak bermula daripada sebuah kedai. Ianya bermula daripada sebuah gerai burger sahaja. Perniagaan Dominos Pizza bermula daripada sebuah van.

Bagaimana pula dengan anda? Bincangkan.

Semoga anda belajar sesuatu daripada artikel hari ini.

Sehingga berjumpa lagi pada minggu hadapan.

Salam kajayaan,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Comments (17)

Hi Raymond,

Saya amat bersetuju dengan artkel di atas. Adakalanya kesempurnaan boleh melekakan, dan seterusnya memusnahkan tanpa kita sedari.

Tidak salah bermula dengan segala kepayahan dan keperitan, asalkan ada keinginan untuk merubah kepayahan itu kepada kesenangan.

saya belajar berniaga bermula dengan menjual barang berharga RM10 dijalanan, ketika saya masih lagi di universiti. , dengan melakukan jualan secara direct selling. Dari situ banyak pengalaman dan pengajaran yang saya tempuhi. Selain menampung perbelanjaan universiti, saya merasa bangga sehingga sekarang kerana pernah menempuh kepayahan tersebut.

Perniagaan saya wujud hari ini bermula dari semangat yang hadir ketika menjalankan perniagaan tersebut. Bagaimana kita mampu untuk berniaga barang berharga RM 100 atau RM1K , sekiranya kita tidak mampu menjual barang dengan harga RM10? . Pengalaman itu memang mengajar banyak perkara, dan saya bangga dengan setiap apa yang saya tempohi ktka itu.

Ha, masa saya tulis artikel ini. Saya sudah pasti bahawa Linn akan kongsikan pengalaman di sini.

Seperti yang Linn katakan, asalkan ada keinginan, kepayahan bukan halangan.

Alasan sahaja yang menjadi halangan. :)

Arghh.. Tidak! Saya telah terbunuh oleh kesempurnaan dan alasan tanpa tidak saya sedari..

Thanks raymond.. Artikel ini menyedarkan saya kembali mengenai sesuatu perkara yang tertinggal dalam hidup saya iaitu sentiasa mengejar kesempurnaan pada permulaan (starting line).. Sepatutnya kita bermula dgn diri kita dan beransur-ansur menjadi sempurna dari masa ke semasa..

Benarlah kata-kata pujangga..
“Kita tak boleh mengharapkan satu keadaan itu menjadi lebih baik.. Tetapi kita sendiri perlu berubah untuk menjadi lebih baik..”

Terima kasih sekali lagi..

-Fai-

Kejayaan hanya bermula dengan pilihan samada nak atau tak nak!

Hai Fai,

Masih belum terlambat lagi untuk mengetahuinya sekarang.

Setiap orang mempunyai pilihan. :)

Hai wan wma,

Sayangnya ramai yang memilih perkara yang tidak diingini dan bukan sebaliknya.

Tepuk dada tanya selera.Kebanyakan dari kita kaya alasan tp bukan usaha. Ulasan dan contoh yg bagus Raymond

Salam bahagia,

Sorry lambat sket, semalam komputer ada problem.
Seperti yang selalu saya cakap mengenai saudara, saudara selau ada point penyuntik semangat menyedar diri pembaca anda.
Terima kasih.

Hai raymond,

Ini masalah yang saya suffer sebelum ni, saya begitu takut melakukan kesilapan hingga menanguhkan semua perkara. Saya dihantui oleh kegagalan business yang silam. Berkat bimbingan kawan-kawan seperti linn, energy negatif kini slowly bertukar menjadi positif. Terima kasih raymond, linn dan kawan-kawan semua yang tak jemu berikan semangat.

Ps: Harap raymond berikan beberapa contoh latihan tubi yang boleh membantu kami untuk ubah vision negatif ke vision positif?

Hai raymond, semoga sihat selalu.artikel ni menarik.memberi saya semangat untuk mencari kejayaan.betul awak katakan tu.org Islam pun disuruh mencapai kejayaan dari bermula dari payah dahulu.kerana hidup ni bagaikan roda.kesusahan selepasnya adalah kesenangan.renung2kan selamat beramal…

Menunggu kesempurnaan untuk melakukan sesuatu merupakan suatu hasrat yang lemah dan tidak bertenaga.

Sesuatu hasrat haruslah menjadi hasrat yang membara iaitu kehendak pasti yang hanya terarah pada kemajuan. Hasrat yang biasa itu lemah dan tidak bertenaga. Hasrat biasa kurang disertai keghairahan iaitu suatu gangguan kepada hasrat membara. Jika kita membuat ketetapan dengan keghairahan seperti ini, tidak ada yang boleh menghalang kita dari pencapaian ke tempat tertinggi dalam menuju kejayaan.

Hi, this is my first time to kongsi pendapat. “KESEMPURNAAN”.

Bagi saya sempurna atau tidak adalah bersifat subjektif. Ada orang yang menganggap sesuatu yang dibuat telah sempurna telah memadai pada ketika itu, tetapi apabila masa berlalu dan dia menoleh kebelakang dia rasa ada yang tertinggal atau ada perkara yang perlu ditambah untuk menjadikan perkara itu lebih baik.Pada hari berikutnya pula dia rasakan ada yang perlu ditambah dan ditambah dan ditambah agar lebih sempurna.

Bagi saya senang, anggap kita sedang mengira 1, 2, 3 ,4 , 5 dan seterusnya.
Kita tidak dapat turutan yang sempurna apabila kita mengira 1, 3, 11, 44 atau apa-apa yang tidak menurut peraturan yang sepatutnya.

Adakah kita lahir kedunia ini terus boleh berjalan atau the next day kita boleh bekerja mencari makan sendiri.

Anyway, saya adalah perintis teknologi pertanian fertigasi dikampung saya. Semua orang respect akan hasil usaha saya tetapi saya tidak menganggap saya telah berjaya kerana saya masih banyak ruang kosong yang perlu ditokok tambah dalam usaha saya itu.

Well, ingat lah BRO kalu rasa belum sempurna; sebenarnya ada lagi 1,000,000,000 orang yang masih belum sempurna dan mereka masih belajar untuk maju dengan sikap yang tidak kenal putus asa.

Lagi satu, kalau ada orang yang yang menganggap dia telah sempurna dia adalah orang yang malang sekali kerana sebenarnya dia belum sempurna mana pun.

Hai Mohd Aziz,

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Pada pendapat saya, tiada benya yang sempurna di dalam dunia ini. Kita tidak dapat mencapai kesempurnaan. Tetapi, kita hanya dapat menghampiri kesempurnaan.

@ Zaki – Kaya tidak semestinya baik. tengoklah kaya dengan benda apa. :)

@ Fati – Semankin banyak motivasi yang saya berika kepada orang lain, semankin banyak yang saya dapat. Itulah Hukum sebab dan akibat. :)

@ Nuraz – Sama-sama. Mengambil langkah yang pertama mungkin sukar tetapi hasil yang dinikmati selepas itu adalah berlipat ganda dengan usaha yang ditaburkan.

@ Muhamaad Faiz – Kata-kata anda mengingatkan saya tentang salah satu pantun yang saya oelajari masa darjah 2 dahulu. Ia berbunyi:

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.

Terima kasih kepada semua atas komen-komen yang dikirimkan. Komen anda merupakan penunjuk kepada pencapaian saya. :)

kita terilusi kesempurnaan yng mesti berlaku,tapi kita tak gerakkan usaha kpd itu.maka tiada apa yang berlaku.

Hai Zam,

Itu bagaikan angan-angan kosong.

ia btul 2.encik ray.ia berlaku kat saya skg nie.

Post a comment