Hindari mindset sampah

11

Category : Bina Kejayaan, Minda Separa Sedar

Walaupun semalam saya memasang niat untuk mengemaskini blog ini pada awal pagi,lantaran keadaan tidak mengizinkan saya terpaksa melupakan niat tersebut, dan baru kini saya dapat mengemaskini blog ini. Alhamdulillah walaupun agak lewat saya masih dapat mengemaskini juga blog ini.

Saya ada satu cerita untuk dikongsikan bersama Anda, cerita ini boleh dikatakan masih baru lagi, kerana apa yang saya ingin ceritakan kepada Anda tentang mentaliti kita sebagai orang melayu. Pada pendapat saya ianya boleh dianggap sebagai tipikal mindset orang melayu sejak dulu sehingga sekarang.

Tadi ketika saya menaiki teksi dalam perjalanan ke KLIA, saya berbual-bual dengan pemandu kepada teksi yang saya naiki. Beliau adalah seorang melayu dan agak berumur. Seperti biasa, saya akan mengajak pemandu teksi tersebut berbual-bual.

Seperti biasa, saya pasti akan bertanya dimana tempat tinggal dan pemandu tersebut mengatakan beliau tinggal di Taman Dato Harun. Saya agak teruja apabila pemandu tersebut mengatakan beliau tinggal di Taman Dato Harun kerana pada waktu dahulu itulah laluan saya setiap hari ketika saya masih lagi menuntut di Uitm Jalan Othman, di mana ketika itu hostel saya berada di Jalan Klang Lama.

Saya meneruskan perbualan ” Taman Dato Harun dekat dengan kampung Medan kan? ” Bertanya lagi untuk merancakkan perbualan. “Betullah tu!” Jawab pemandu tersebut.

Disebabkan agak lama saya tidak menjejakkan kaki ke Taman Dato Harun, saya bertanya lagi, Adakah majoriti penduduk di Taman Dato Harun berbangsa Melayu? Beliau menjawab, ” Kebiasaan rumah yang mahal-mahal banyak milik orang Cina, India dan Singh, kita orang melayu manalah mampu nak beli rumah yang mahal.”.

Saya diam, tetapi dalam hati saya membantah kata-kata pemandu teksi tersebut, kekayaan dan kemiskinan bukan berasaskan bangsa, melayu mampu memiliki rumah yang hebat, mampu hidup mewah, asalkan sanggup keluar daripada perangkap mental seperti ini.

Sahabat pembaca sekelian, sekiranya ketika ini Anda memiliki mindset seperti pemandu teksi ini, saya rayu kepada Anda cubalah keluar daripada memiliki mindset seperti ini, ubah cara Anda berfikir. Ubah segala tanggapan ini. Jauhkanlah diri Anda daripada memiliki mentaliti sampah seperti ini. Jika Anda mempunyai mentaliti seperti ini, sampai bila-bila Anda tidak akan kemana-mana. Semua ini Anda perlu cuci sebersihnya daripada minda Anda.

Tiada fakta yang mengatakan bahawa kekayaan dan kemewahan adalah berdasarkan bangsa atau keturunan. Apa juga bangsa dan keturunan kita, selagi kita mempunyai mindset dan mentaliti yang baik peluang untuk berjaya sentiasa terbentang luas.

Jangan sekali-kali kita menyalahkan bangsa atau lain-lain keturunan atas kemiskinanĀ  dihadapi. Semuanya adalah berpunca dari diri kita sendiri. Bina mindset cemerlang, bertindak, sudah pasti kejayaan akanĀ  menjadi miliki Anda sekiranya Anda benar-benar berusaha untuk mencapainya.

Comments (11)

Menghapuskan pengenalan kaum mengikut aktiviti ekonomi, itulah antara matlamat DEB semasa dilancarkan pada 1970.

Kini, bayangan melihat pencapaian matlamat tersebut masih kabur kerana, perangkaan jelas menunjukkan milikan ekuiti bumiputera masih di tahap bawah 20%.

Siapa yang salah? Kalau ahli motivasi macam puan (satu pengiktiraf ni) mesti mengatakan salah masing-masing kerana TIDAK BERUSAHA KUAT. Politik pembangkang mesti tuduh kerajaan yang lemah dan tidak bijak merancang program pembangunan usahawan untuk bumiputera.

CAF – consider all factor. banyak sebabnya mengapa ini terjadi, Saya setuju 100% rencana dalam UM hari ini. selagi ada peluang makan gaji, siswazah Melayu akan memilih makan gaji!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Alasan punca kegagalan.

Di dunia ini ada ramai orang Melayu yang kaya-raya.

Linn,

Pemandu teksi tu sebenarnya telah dipengaruhi oleh persekitarannya, apa yang dia lihat itulah yang dipercayai…

Mungkin dia sering melihat pemilik banglo mewah adalah bangsa lain dan dikalangan jiran tetangganya orang melayu hanya tinggal di flat dan setinggan sahaja…

Salam,

Terima kasih atas pandangan Anda semua, Saudara Ali, Adakalanya saya merasakan DEB adalah punca utama, menjadikan melayu seperti sekarang. Sekiranya diberi peluang dan mempunyai kemampuan, saya akan cuba mengubah mindset melayu hari ini.

Setuju dengan apa yang dikatakan oleh Thinker rich, segalanya adalah disebabkan faktor persekitaran, akhirnya wujud persepsi dan seterusnya ianya menjadi satu kepercayaan. Akhirnya kepercayaan itu menjadikan ianya satu kenyataan. Oleh sebab itulah kita perlu mengubah kepercayaan tersebut dengan menerapkan mindset baru dalam pemikiran bangsa melayu.

Cukuplah kita dijajah, semoga minda melayu tidak kan dijajah lagi

Betul Raymond, alasanlah punca kegagalan. Terdapat 1000 alasan untuk gagal, tapi hanya 1 alasan untuk berjaya.

Salam kasih sayang,

Syukur sudah ramai bangsaku yang sedar, mari kita teruskan perjuangan mengamalkan budaya “MENGKAJI, MENGAMAL DAN MENYAMPAIKAN”. Sebagaimana yang diamanahkan berpandukan Surah Al-’Asyri….

nama amat memainkan peranan membentuk peibadi seseorang..

meLAYU, nama tu sendiri mecerminkan orang melayu yang layu.. macam kat indon, walaupun mereka ada berbangsa cina, tetapi mereka tetap mengatakan mereka bangsa INDONESIA. (lupalah point aku tadi…)

p/s: aku orang jawa+banjar

kak linncomel,
pemandu teksi itu tak salah. dia bercakap melalui apa yang dia lihat.
kita lihat dato seri sanusi jonid ketika menjadi menteri pertanian, dia suruh tanam padi atas bumbung.
orang terutama parti pembangkang kata dia gila.

pada saya ini idea yang sangat brilliant. kenapa kita tak tanam padi dalam bekas bateri kereta dan gunakan cahaya lampu dari solar cell. kajian wajib dibuat. sebenarnya kita telah membazirkan tenaga solar berjutaan tahun kerana tak dapat transfer tenaga itu dalam bentuk lain dengan lebih effisyen.

fikir-fikirkan.
wassalam.
dari maryam.
http://www.maryamnabihah.blogspot.com

Assalaamualaikum..!! salam kenal semuanya.. coment saya sedikit saja : PNJAJAHAN DIATAS DUNIA HARUS DIHAPUSKAN KARENA TIDAK SESUAI DENGAN PRI KEMANUSIAAN DAN PRI KEADILAN..!!

[...] Hindari mindset sampah [...]

[...] Hindari mindset sampah [...]

[...] Hindari mindset sampah [...]

Post a comment