Ikhlas, yakin dan percaya.

13

Category : Bina Kejayaan, kecerdasan Emosi, Kecerdasan Spiritual

Ikhlas, yakin dan percaya itulah kunci utama dalam melakukan sesuatu perkara yang ingin kita lakukan. Namun saya akui untuk memiliki sifat ikhlas , yakin dan percaya, banyak perkara yang perlu kita tempuhi. Untuk memilki ketiga-tiga sifat ini, memerlukan kita bekerja keras untuk mencapainya.

Sebagai seorang muslim, sudah tentu sifat ikhlas, yakin dan percaya kita yang utama hanya untuk ALLAH. Kerana itulah dalam apa jua yang kita lakukan hendaklah diniatkan segalanya kerana ALLAH. Malahan dalam kebanyakan ibadat yang kita lakukan perlu diniat segalanya adalah ikhlas kerana ALLAH.

Namun begitu adakah kita benar-benar ikhlas. Andaikan soal kerja, terdapat individu yang berkata, aku bekerja ikhlas kerana ALLAH. Tetapi apabila gaji dibayar lewat dari kebiasaan, fikiran tidak lagi tenang, emosi tidak lagi dapat di kawal. Jika kita berada di dalam keadaan seperti itu, adakah ianya dinamakan ikhlas?. Bercakap itu sememangnya mudah.

Jadi bagaimana untuk mewujudkan sifat yang ikhlas, yakin dan percaya ini?. Adakah ianya terlalu sukar?

Lihat saja apa yang berlaku terhadap pasangan yang bercinta ? mereka boleh bercakap berjam – jam tanpa rasa jemu dan penat, Mengapa mereka sanggup bergayut berjam-jam seperti itu, kerana segala apa yang dilakukan dengan penuh ikhlas tanpa terpaksa atau dipaksa dan rasa ikhlas itu wujud kerana adanya kepercayaan dan yakin terhadap pasangan .

Tetapi bagaimana jika tiada rasa cinta ? boleh bercakap lama,sampai berjam – jam?. Anda percaya, yakin dan ikhlas terhadap pasangan Anda, kerana wujudnya perasaan cinta Anda terhadap pasangan Anda. Jadi bagaimana untuk kita benar-benar ikhlas, yakin dan percaya dengan kekuatan dan kekuasaan ALLAH?. Sudah tentu perlu adanya rasa cinta kita kepada ALLAH.

Namun begitu, bagaimana pula untuk kita mewujudkan perasaan cinta ?

Comments (13)

Salam Linn,
Persoalan yg menarik, Saya rasa utk wujudkan perasaan cinta..terutama cinta kpd Allah…kita perlu kenal Allah.

Seperti Pepatah:
“Tak Kenal Maka Tak Cinta”

Masalah skrg, ramai yg tak mengenal Allah, justeru itu mereka tidak cinta Allah, dan tidak menyedari kehadiran Allah dlm hidupnya. Sebenarnya Allah itu dekat dgn kita.

Kerana Hati kita penuh dgn dosa yg kita lakukan setiap hari sehingga ada “penghadang” antara kita dgn Allah.

Belajarlah Mengenal Allah & Mencintai Allah.

Berpesan2 kpd sesama Muslim & diri saya sendiri.

Wasalam.

apa yg linn bawakan ni sama mcm ajaran guru saya..adakah linn pernah ikuti kursus soul power kendalian Dr Azhar hj sarip?

btol tuh, sukar sgt bagi saya sendiri utk dekatkan diri dengan Allah, dalam bab lain tu tak payah la nak di suruh2 di ajar2, sendiri nak sendiri sanggup tanggung segala akibat…

Salam,

Saya setuju dengan pendapat saudara Azuwan. Tak kenal maka tak cinta, jadi bagaimana keikhlasan itu akan wujud.

Dhia, rasanya saya sudah bagi jawapan pada persoalan ini dalam balasan email yang pernah dihantar oleh Anda. Ya, saya pernah belajar dari beliau.

VOY-Semua itu persepsi, terpulang atas pandangan dan tanggapan masing-masing.

Salam linn…
Pada saya keikhlasan itu penting dalam setiap perkara yang dil;akukan…Jika tiada keikhlasan mana mungkin rasa cinta itu akan hadir.

Rasa cinta kepada Allah akan wujud dengan sendiri jika kita ikhlas melakukan ibadat kepadaNya kerana kita adalah hamba yang lemah.

Untuk menjalin hubungan yang erat sesama manusia, kita terlebih dahulu perlu memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Kecintaan terhadap Allah akan menjadikan diri kita dihormati dan disenangi oleh manusia.

Tanamlah sifat ikhlas dalam diri!

Linn,
Pendapat Saya, Bila wujudnya Cinta..Ikhlas akan dtg kemudian, macam linn cakap camna org bercinta sanggup bercakap berjam2 tanpa jemu dan penat, kerana mereka ikhlas dlm hubungan cinta mereka.

p/s: Salah sila betulkan. ;)

Salam,

mana yang datang dulu ikhlas atau cinta. Hani mengatakan ikhlas datang dulu baru diikuti cinta.

Saya lebih setuju dengan Azuwan, Cinta datang dulu baru hadirnya ikhlas.

Hani, Jika Anda di suruh oleh seseorang yang tidak dikenali untuk melakukan sesuatu yang amat berat Anda lakukan ,

Anda disuruh oleh individu yang Anda sayangi sebagai contoh suami Anda unuk melakukan tugas yang sama , Manakah yang Anda rasakan lebih ikhlas untuk membantu.

Orang asing yang tidak dikenali tanpa perasaan sayangdan suami Anda yang amat Anda cintai, yang mana Anda akan lebih ikhlas untuk membantu.

Ikhlas, bukan sekadar datang dari mulut, tetapi ianya datang dari dalam jiwa kita sendiri.

Linn…
Mungkin kerana cinta saya akan melakukan perkara yang disuruh oleh suami kerana dan tidak akan melakukan seperti apa yang disuruh oleh orang lain kerana saya tidak mencintai individu tersebut.

Tapi jika saya benar-benar ikhlas, saya akan melakukan apa yang disuruh oleh suami dan individu tersebut…Cuma mungkin saya akan dahulukan suami terlebih dahulu…

Mungkin kita selalu dengar orang-orang dulu berkahwin atas dasar pilihan keluarga sedangkan mereka tidak pernah mencintai antara satu sama lain. Tapi kenapa mereka boleh bertahan sehingga timbulnya rasa cinta? Kerana ikhlas menerima pasangan seadanya.

Mungkin Linn lebih tepat, boleh Linn jelaskan perbezaaan antara ikhlas dengan cinta?

Apabila dikatakan ikhlas, kita melakukan segalanya untuk mendapat keredhaanaan ALLAH. Sekiranya kita tiada perasaan cinta pada ALLAH, adakah kita akan ikhlas melakukannya.

Apabila kita bertahan dalam perkahwinan atas dasar pilihan keluarga sehingga munculnya perasaan cinta, bukankah ikhlas itu hanya kerana ALLAH. Bukan kerana suami.

Bila timbul perasaan cinta terhadap suami barulah kita sanggup melakukan segalanya kerana suami.

*Semoga ada pembaca lain yang boleh memberikan pandangan.

“cinta kepada bunga,bunga akan layu.cinta kepada makhluk, makhluk akan mati.tapi cinta kepada ALLAH, akan kekal selamanya”..fikirkan.

bagi mengekalkan PERASAAN CINTA, kita kenalah apa?…ya mengenalinya dulu tul tak? kenali budi bahasanya..cinta kepada ALLAH? percaya kewujudanNYA dan kata-kataNYA.

cinta adalah kuasa yg sukar dikalahkan..powerfull..

ikhlas, ???
pada pendatar saya satu “makluk” yang akan allah campakkan kepada hati kita. iklas adalah buat sesuatu tanpa balasan pahal atau syurga. dan bukan takut pada seksaan neraka tetapi semuanya semata-mata kerana allah. Tapi persepsion untuk cinta maknusia bukan iklas, pada pengalaman saya cinta makluk lebih kepada nafsu semata2. Orang lain tak pasti. Sebab orang dulu boleh bertahan dalam rumah tangga dengan pilihan keluarga disebabkan, pasanga itu sudah iklas dan tawakal pada allah sebab tu jodoh panjang n aman rumah tangga. Jadi ikhlas hanya boleh dapat bila buat sesuatu kerana allah. tetapi kalu cinta makluk di alihkan kepada cinta allah masyallah mesti rintihan rintihan penuh airmata pada sejadah kerana dosa yang kita buat. Subhanallah….. renung2kan

mengingat-ingat bahwa bekerja yang baru saja kita lakukan ikhlas karena Allah.

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah bersabda, ”Ana madiinatul ilmi (sayalah kota segala ilmu). Tetapi, ada satu pertanyaan, yang Rasullullah tidak langsung menjawabnya. ”Apa gerangan pertanyaan itu sehingga Rasulullah harus meminta waktu, mengernyitkan kening dan memeras otak?” ”Wahai Baginda Rasul apa yang dimaksud dengan ikhlas?”, tanya seorang sahabatnya.
Setelah berdiam, Rasulullah memusatkan perhatian, dan menyampaikan pertanyaan serupa kepada Malaikat Jibril As. ”Aku bertanya kepada Jibril As tentang ikhlas, apakah ikhlas itu?” Lalu Jibril bertanya kepada Tuhan Yang Maha Suci tentang ikhlas, apakah sebenarnya? Allah SWT menjawab Jibril dengan berfirman, ”Suatu rahasia dari rahasia-Ku yang Aku tempatkan di hati hamba-hamba-Ku yang Ku-cintai.”

salam pernah ikut kelas soul power Dr Azhar Seratai dsini ingin dapat ilmu2dan pengetahuan untuk manafat dunia akhirat

Post a comment