Satu renungan sebagai iktibar

Alhamdulillah, pejam celik hari ini sudah hari ke lapan kita berpuasa. Semoga puasa kita sentiasa memperolehi yang terbaik, bukan sekadar memperolehi lapar dan dahaga sahaja. Teringat saya pada satu artikel yang pernah saya baca, Umat sebelum nabi Muhammad dipanjangkan umur supaya mereka boleh beribadat kepada ALLAH dalam satu jangka masa yang panjang. Tetapi umat Muhamad atau umat akhir zaman ini, mempunyai usia yang lebih pendek, jadi untuk lebih adil, maka bulan Ramadhan dikhususkan untuk berpuasa dan juga untuk lebih beribadat dan diberikan gandaan pahala, supaya ganjaran yang diberikan ALLAH adalah setara dengan umat sebelum Nabi Muhammad. Jadi gunakanlah sebaiknya kebaikan yang diberikan pada bulan ramadhan ini.

Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya rasakan amat menarik dan boleh dijadikan renungan dan teladan untuk diri kita.

Di suatu zaman terdapat sebuah kerajaan yang ganjil di dalam sebuah kota yang tertutup. Di luar kota itu hanyalah kawasan kering kontang dan dipenuhi binatang buas.Tiada siapa berani keluar dan menjengahkan diri daripada kota itu. Jika keluar juga, alamat menempah mautlah jawabnya.Mungkin di baham binatang buas.Mungkin mati kebuluran makanan dan kekeringan air.
Kerajaan ini ganjil kerana mempunyai peraturan yang ganjil.Setiap 5 tahun sekali satu pilihanraya untuk melantik Perdana Menteri di adakan.Yang ganjilnya,apabila tamat tempoh 5 tahun pemerintahan Perdana Menteri tersebut, beliau akan dikeluarkan dari kota itu bagi menunggu kematian akibat dibaham binatang buas atau mati kehausan.Bermakna kota itu hanya dibuka 5 tahun sekali untuk menghumban Perdana Menteri itu ke luar kota.

Justeru tiadalah siapa yang berani menjadi Perdana Menteri mengenangkan nasib yang bakal menimpa mereka setelah habis tempoh pemerintahan 5 tahun. Melainkan seorang pemuda yang bersedia menawarkan diri. Apabila ditanya oleh Ketua Tentera, betulkah keputusannya itu dan sanggupkah dia menerima risikonya, pemuda itu menjawab dengan yakin,’Betullah!”.
Dipendekkan cerita, jadilah pemuda itu Perdana Menteri.Beliau seorang yang pintar.Dikelilingi pula oleh menteri-menteri yang pintar-pintar.Pada setiap malam tanpa disedari oleh penduduk kota itu, mereka membuka pintu kota itu dan membawa keluar segala peralatan dan jentera pertanian. Bermakna mereka menjalankan kerja-kerja pertanian dan perladangan di luar kota itu sebagai sumber makanan.
Apabila tiba tempoh 5 tahun, sekali lagi Ketua Tentera bertanya kepada Perdana Menerti tersebut, “Sekarang sudah sampai tempohnya, sudahkah anda bersedia untuk dihumban keluar dari kota ini”. Jawab pemuda itu dengan yakin dan gembira, “Ya, aku sudah bersedia”.
Kehairananlah Ketua Tentera dan rakyat jelata akan sikap Perdana Menteri itu yang sangat berbeza dari PM-PM yang lama,yang mana akan pucat dan gementarlah mereka apabila tamat tempoh 5 tahun tersebut. Apabila dibuka pintu kota tersebut, terjawablah kemusykilan penduduk kota tersebut apabila dilihat diluar kota tersebut terbentang sebuah taman dan ladang yang indah dan subur.Bermakna tiadalah akan mati bekas Perdana Menteri tersebut diluar sana akibat kehausan dan kebuluran(InsyaAllah!)

Apakah pengajaran yang kita perolehi daripada cerita tersebut?

kota yang tertutup itu ibarat dunia ini dan Perdana Menteri itu adalah diri kita sendiri. Keadaan diluar kota itu adalah ibarat kematian. Tempoh 5 tahun diibaratkan tempoh  kita akan menemui kematian. Taman yang indah dan ladang yang subur adalah ibarat bekalan dan persiapan kita. Orang yang bersedia menemui kematiann dengan bekalan amalan kebaikan dan kebajikan akan berasa gembira dan seronok untuk bertemu Tuhan. Sementara orang yang tiada bekalan dan hidup dalam kemaksiatan dan kemungkaran, akan takut menghadapi kematian dan tidak bersedia menemui Tuhan.

Sudahkah kita bersedia untuk menempuh kematian?

Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi

Perkongsian saya hari ini datangnya daripada blog kegemaran saya hasil tulisan Ibn Yaacob

Artikel kali ini akan menghujahkan gabungan maklumat-maklumat berikut :

  • Teori kaedah pilihan Dajjal
  • Pencarian Imam Mahdi
  • Sistem pengecaman wajah berkomputer
  • Programming Language, Operating System dan Windows
  • Peranan manusia dan jin

Pengenalan

Artikel sebelum ini saya ada menerangkan bagaimana Dajjal mencari anak-anak kecil yang dikira bakal Imam Mahdi. Pada artikel tersebut ia hanya menerangkan satu kaedah sahaja iaitu ‘menghapuskan bakal-bakal Imam Mahdi’

Kali ini kita lihat pula kepada satu kaedah lain yang mungkin digunakan Dajjal (melalui agen-agennya) untuk mencari dan menghapuskan Imam Mahdi.

* Kaedah pencarian ini sekadar teori untuk mengesan cara Dajjal mencari Imam Mahdi.

Cara tersebut ialah penggunaan Face Recognition Technology (Teknologi Pengenalan Wajah).

Dajjal menggunakan teknologi yang telah dikembangkan ini untuk mencari Imam Mahdi. Teknologi ini mula-mulanya digunakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat tetapi ianya dikembangkan menjadi sesuatu yang komersial.

Melalui beberapa ciri pada wajah kita, sistem ini boleh mengesahkan siapakah orang itu. Sistem akan mengimbas wajah dan menyimpannya di dalam database. Kemudian database akan melakukan kerja konfugurasi penyesuaian dengan data-data sedia ada. Dalam beberapa saat sahaja komputer akan memaparkan identiti lengkap orang tersebut.

Kegunaan FRT Dalam Pencarian Imam Mahdi

Bagaimana mahu mencari Imam Mahdi jika namanya bukan Imam Mahdi? Ini bukanlah suatu yang sukar. Untuk mencari Imam Mahdi menggunakan teknologi FRT, Dajjal memerlukan 2 sumber utama iaitu manusia dan jin.

Manusia dan Jin

Kedua-dua makhluk ini mempunyai peranan masing-masing untuk membantu Dajjal mencari Imam Mahdi. Pencarian Imam Mahdi mungkin sudah bermula sejak seribu tahun dahulu. Namun mungkin cuma cara pencariannya sahaja yang berbeza dan mengikut perkembangan semasa masyarakat.

“Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia.”
(An-Nas, 1-6)

#2 : Peranan Manusia

Agen-agen Dajjal akan bertindak mengumpul semua wajah-wajah manusia di seluruh dunia ke dalam suatu database yang besar. Cara mengambil identiti orang ramai termasuk negara-negara Islam adalah mudah.

Ianya boleh dilakukan dengan agen-agen ini menjual perisian FRT kepada kerajaan negara-negara dunia. Agensi yang bakal membeli perisian-perisian ini sudah pasti Jabatan-jabatan pendaftaran yang mengeluarkan kad pengenalan.

Perisian-perisian ini akan diformat oleh pembekal-pembekal agar semua database rakyat boleh diambil tanpa perlu meminta. Kepakaran teknologi sudah pastilah mudah kerana perisian ini akan dipasang dalam Operating System buatan Illuminati sendiri iaitu Windows.

Bayangkan seorang pencuri laptop dapat mengesan dan mecuri laptop yang telah dimatikan yang disimpan di dalam kereta. Pencuri hanya perlu menggunakan alat frekuensi.

(Tidak lama dulu, rancangan jenayah 999 di TV3 ada menghuraikan tentang jenayah mencuri laptop dan handphone dengan alat frekuaensi)

Sekiranya perisian FRT dibangunkan oleh orang Islam sendiri pun, Dajjal melalui agen-agen Illuminatinya mampu memecahkan database perisian. Mengapa?

Kita harus ingat, sejauh mana canggih pun perisian itu, ia harus dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan komputer (programming language). Bahasa-bahasa ini dibina oleh jurutera-jurutera Yahudi yang genius.

Kita mungkin hanya didedahkan dengan sejarah pembinaan bahasa seperti Fortran, Borland C, C++, Cobol, BASIC dan sebagainya tetapi tidak untuk belajar cara membinanya.

#1: Peranan Jin

Muhammad Isa Dawud memberitahu Dajjal akan dibantu oleh Jin dan Syaitan dalam setiap operasi jahatnya. Maka peranan jin dan syaitan di sini pada pandangan saya ialah memberikan gambaran fizikal maklumat wajah keturunan Imam Mahdi.

Kemampuan Jin dan Syaitan dalam menampakkan diri kepada bentuk nyata dan berjisim adalah sesuatu yang sahih.

Dalam tafsir al-Qurthubi ada menyebut :

“Diriwayatkan bahawa, syaitan pada hari itu menampakkan diri kepada mereka dalam bentuk Suraqah bin Malik bin Ju’syam. Dia berasal dari Bani Bakr bin Kinanah. Orang-orang Quraisy sangat takut kepada Bani Bakr…”
Rasululllah SAW menegaskan Imam Mahdi adalah dari keturunannya sebelah Saidatina Fatimah. Ini bermakna semua anak-anak dari keturunannya salah seorang bakal menjadi Imam Mahdi.

Cuma keturunannya sekarang berselerak dan tidak dapat dikenalpasti secara sahih.

Satu-satunya makhluk yang boleh mengecam wajah-wajah keturunan Fatimah ialah Jin dan Syaitan. Mereka hidup lama beribu-ribu tahun. Jadi peranan mereka di sini ialah menukar jisim mereka menyerupai sebarang wajah-wajah anak-anak cucu Fatimah yang boleh dikenalpasti.

Penukaran Kepada Bentuk Ramalan Imam Mahdi

Melalui penukaran ke bentuk jisim fizikal ini, maka titik-titik wajah diambil dan disimpan ke dalam database. Semua wajah-wajah keturunan fatimah disimpan dengan tujuan menjadikan maklumat berikut sebagai sumber utama identiti.

Secara logiknya, wajah Imam Mahdi sudah pastilah mempunyai iras-iras dan ciri-ciri datuk neneknya. Maka fungsi database sumber utama ialah melakukan proses penyesuaian dengan database wajah-wajah manusia seluruh dunia.

Komputer sebagai pemutus pencarian akan memutuskan wajah manakah yang dikira 90% hampir sama dengan database sumber utama. Maka wajah-wajah tersebut atau individu yang dikira sama akan dihapuskan pada peringkat seterusnya.

Rasulullah SAW telah pun memberikan gambaran yang jelas tentang Imam Mahdi mengenai rupanya, fizikalnya dan keturunannya. Adakah mungkin Dajjal hanya duduk sahaja berdiam diri dengan maklumat sebegini?

Kesimpulan

Peranan sesuatu teknologi dalam strategi Dajjal biasanya dikaburkan dengan langkah mengkomersialkan teknologi tersebut. Orang ramai mungkin akan mempertikai kembali teori ini kerana FRT telah pun dikembangkan dengan banyakkan oleh syarikat-syarikat kecil dan besar. Maka dari situ orang ramai tidak nampak ada kerahsian sulit tentang objektif penggunaannya.

Kekaburan ini biasanya dibina di atas alasan “Keselamatan dari Pengganas”.

Wallahu’alam…

Next Page »