Merdeka! Merdeka!!-Merdeka kah Anda!

Hari ni cuti umum, selamat menyambut hari kemerdekaan!!.
Saya benar-benar bangga menjadi anak Malaysia. Saya memang bertuah menjadi rakyat Malaysia. Jutaan Terima Kasih kepada pejuang dan pemimpin kita yang sanggup berjuang dan bermandi darah demi memberikan kemerdekaan kepada negara tercinta yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu. Segala perjuangan yang mereka perjuangkan hasilnya dirasa sehingga ke saat ini. Al Fatihah kepada para pejuang dan pemimpin yang telah gugur demi mempertahankan kedaulatan negara.

Maaf saya ingin bertanya,adakah anda benar-benar merdeka?.Hari kemerdekaan atau kebangsaan yang di sambut pada 31 ogos setiap tahun adalah kemerdekaan bagi negara, bukan kemerdekan yang mutlak, milik Anda.

Sekiranya anda bertanya kepada saya “Linn adakah anda benar-benar merdeka?” Jawapan yang akan saya berikan ialah, saya masih belum merdeka, saya masih lagi dijajah dan ketika ini saya masih lagi berjuang untuk menuntut kemerdekaan yang mutlak bagi diri saya. Siapa yang masih menjajah saya? Belanda?..Inggeris..? Jepun ?..ataupun komunis?.

Saya masih dijajah oleh WANG yang benar-benar berkuasa sekiranya kita telah termasuk di dalam jerat WANG. Saya masih lagi dijajah oleh kaum yang digelar MAJIKAN. Saya masih lagi dijajah oleh MASA.

Senario yang pernah saya alami dan akan sentiasa alami sekiranya saya tidak berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan saya.

1.Saya merancang untuk Balik kampung selepas penat bekerja berhempas pulas untuk mencari WANG(penjajah). Apa yang saya perlu lakukan? Kena isi borang kebenaran bercuti,nak kena tunggu tandatangan MAJIKAN ( Penjajah), samada di benarkan atau tidak.

Inilah yang dinamakan penjajahan. Saya berhak pergi kemana-mana sahaja tempat yang saya ingini, kenapa saya perlu meminta kebenaran daripada orang lain? Ini kerana masa saya telah dijajah oleh majikan saya disebabkan betapa kuatnya kuasa wang yang mempengaruhi kehidupan saya.Oleh itu elakkan diri anda daripada terkena perangkap atau jerat wang. Sekali anda dikuasai oleh wang, seribu kali anda akan menyesal.
Oleh itu sekiranya anda masih lagi dikuasai oleh wang dan majikan anda, jom kita sama-sama berjuang demi kemerdekaan yang mutlak untuk diri anda. Kerana kita patut menguasai wang, bukan dikuasai oleh wang. Jadikan masa 24 Jam sehari yang di anugerahkan oleh ALLAH kepada anda sebagai hak mutlak anda.Anda bebas kemana-mana tanpa perlu meminta kebenaran dan tanpa risau mengenai wang.Biarkan wang bekerja untuk anda, bukan anda bekerja untuk wang.
Yang mana satu menjadi pilihan anda Majikan (penjajah) atau pekerja (dijajah).

P/s: Saya lebih rela menjadi penjajah daripada melarat akibat dijajah…Anda macam mana?

Kemiskinan Umpama Api Yang Marak…

Sekarang saya mahu bercerita tentang api, Anda pun tahu bukan, betapa pentingnya Api, Untuk makan perlukan Api..Yalah, nak masak kena ada api…Betul tak..

Api semasa kecil boleh jadi kawan, tapi bila dah besar ianya akan menjadi lawan. Jadi Jangan sekali-kali membiarkan api menjadi besar kerana terlalu sukar untuk memadamkan api yang telah marak. Ketika ini kita bukan lagi menguasai Api, tetapi kita yang akan dikuasai oleh api. Silap-silap diri sendiri yang rentung dibakar oleh api. Siapa yang patut dipersalahkan? kawan-kawan anda? Jiran Anda?.
Salahkan diri sendiri kerana bermain api dan dan membiarkan api terus marak.

Begitu juga dengan kemiskinan atau dalam bahasa orang putih ‘POOR’. Sepatutnya apabila sesiapa yang berada di dalam kemiskinan, berada di dalam situasi yang tidak disenangi seseorang itu akan menjadi lebih kreatif untuk menukarkan hidup kepada situasi yang lebih baik, kerana peluang sentiasa ada dan terbuka. Peluang akan sentiasa datang sekiranya anda benar-benar menginginkannya.

Oleh itu , bukalah minda dan fikiran, dan fikirkanlah cara untuk keluar dari kemiskinan dan keluarlah dari kepompong yang menyeksakan itu. Jangan sekali-kali membiarkan diri terus berada di dalam kemiskinan, Kerana kemiskinan umpama Api .Semakin anda menuju ke arah kehidupan yang lebih miskin, anda tidak lagi akan menguasai kehidupan anda.Sebaliknya anda yang akan sentiasa dikuasai. Ketika ini anda hanya akan menyalahkan takdir.. Takdir tidak perlu dipersalahkan…sememangnya takdir tidak pernah bersalah..Kerana ganjaran akan sentiasa ada bagi yang berusaha..

Pendapat Orang kurang Ilmu..

Hari ni saya ingin sentuh sikit sikap seseorang yang kurang ilmu mengenai perniagaan internet tetapi berfikir mengikut logik akal sendiri tanpa mengkaji dengan sedalam-dalamnya fungsi internet yang sebenar…Ingin saya tekankan..bukan hanya dengan mempunyai forum dan blog sendiri anda mengetahui semua apa yang berada di alam cyber…dan semua apa yang anda lakukan adalah benar. Ingatlah..kuasa ALLAH tidak terbatas…

“Begitu juga dengan buku-buku mengenai internet yang ada di pasaran sekarang ini. Boleh buktikan bagaimana membuat duit melalui internet? Saya kenal internet sejak 1996 dan sejak itu hanya buang duit melalui internet. Dulu bayar bil dial-up, kini bayar bill streamyx. Tapi saya dapat ilmu yang sangat banyak di dalam internet, jadi taklah boleh saya kata buang duit dengan internet. Saya hanya minta bukti. Bolehkah buktikan berapa banyak duit yang dibuat melalui internet berbanding berapa banyak duit yang dibuang melalui internet? Berapa yang diperolehi? RM1,000? Maknanya perlu 1000 kali ganda lagi untuk menjadi jutawan. Itupun kalau si bahlul tahu berapa digit angka jutawan.”

Komen Saya: Saya pernah melihat bukti pendapatan yang diperolehi melalui internet samada program atau perniagaan internet. Untuk anda mengetahui lebih lanjut sila layari forum wangcyber.com. Walaupun masih belum bertaraf jutawan, ini masih dapat membuktikan internet sememangnya boleh dijadikan medium perniagaan.
“Ada juga yang mempromosikan melalui Blog sedangkan ini adalah promosi bunuh diri. Blog sejak sekian lama dikenali sebagai tempat untuk ekspresi diri bukan tempat nak jual produk. Buktikan pada saya Blog yang berjaya menjual produk walau hanya RM100 sahaja! Ada? Lebih malang lagi, kebanyakan Blog hanya untuk “syok sendiri” — hanya diri sendiri yang mengunjungi.”

Komen Saya: Sila Ikuti Seminar ‘Rahsia buat duit melalui internet’. Saifulsham dua anak muda yang telah membuktikan blog adalah salah satu medium pemasaran perniagaan yang baik, Buku Rahsia buat duit melalui internet telah laris dipasaran dengan bantuan blog yang digunakan oleh mereka untuk tujuan promosi. Blog Syok sendiri?-Jom pi belajar internet marketing.. ;-)

“Baru-baru ini ada cerita yang sangat menarik dan kemudian menjadi ikut-ikutan seluruh dunia, tapi kebanyakannya sudah terlambat. Seorang siswa, Alex Tew, dari Wiltshire, bandar kecil di England memerlukan wang perbelanjaan untuk belajar di universiti. Dia kemudian mencipta skrip mudah yang disebut “one million pixel”. Website miliknya boleh diisi iklan sebanyak 1 juta pixel, yang mana beliau menjual 1 dollar untuk 1 pixel, membolehkan beliau memperolehi 1 juta dollar. Hebat? Ini baru betul. Saya tabik kepada kepandaian siswa tersebut. Lebih hebat lagi, dia berjaya membuat 1 juta dollar tapi tak pun menulis buku cara-cara menjadi jutawan melalui internet atau buat duit dengan internet. Benar atau tidak Kata Bijaksana, “Mereka yang tahu sedikit akan memberitahu lebih banyak.”

Komen saya- Inilah satu masalah orang melayu, bangsa lain diagung-agungkan. Anda tabik bila Mat Salleh boleh buat duit melalui internet. Bangsa Melayu anda kutuk, anda caci, anda rendahkan. Ingat..tiada beza diantara bangsa melayu dan bangsa yang lain..yang penting, adalah keinginan untuk berusaha, untuk maju, semua manusia tidak kira apa jenis bangsa sekalipun dikurniakan otak dan fikiran. Tidak salah sekira terbitnya buku panduan perniagaan internet. Inilah yang dinamakan perkongsian Ilmu .Jadi gunakanlah akal dan fikiran yang dikurniakan ALLAH kejalan yang lebih baik, bukan untuk merendahkan kebolehan orang lain..ingat! Kuasa ALLAH tidak terbatas..

P/S: Ini blog linncomel, jadi Linn_comel mempunyai hak untuk membuat sebarang komen yang dirasakan perlu…

Next Page »