Little knowledge is dangerous..
Anda pernah dengar ungkapan seperti tajuk diatas. ..saya sekadar meminjam kata-kata Isaac Newton. Kalau kita tafsir balik dalam bahasa melayu kita ini, ianya bermaksud ‘Tahu Sedikit adalah merbahaya.’ memang bahaya pun, kalau tahu sesuatu ilmu tapi tak banyak, dan nak tunjuk terror..sah bahaya, silap-silap kena pelangkung.
Oleh itu, selagi kita hidup, selagi kita terdaya, kita hendaklah rajin belajar, rajin mencari ilmu walau dimana saja kita berada. Ilmu ALLAH terlalu luas, cuma kita sebagai hamba hendaklah rajin untuk mencari kerana itulah ALLAH mengurniakan minda dan akal yang dapat membezakan kita sebagai manusia dengan makhluk ALLAH yang lain. Hidup tanpa ilmu umpama kita telah mati.
Di negara kita Malaysia,peluang belajar dan mencari ilmu adalah sentiasa terbuka luas. Pelbagai ilmu dan latihan yang ditawarkan . Sekiranya anda ingin menjadi seorang usahawan, terdapat pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta yang menawarkan latihan dan kursus dengan harga yang amat berpatutan. Rebutlah peluang yang ada. Anda hanya perlu rajin mencari peluang untuk berjaya.Tiada manusia yang akan berjaya sekiranya malas belajar dan tidak berilmu.
Namun begitu, ada juga segelintir manusia yang tidak tahu menghargai ilmu. Lebih-lebih lagi sekiranya ilmu tersebut boleh diperolehi dengan percuma. Jangan ingat ilmu yang anda perolehi secara percuma adalah tidak bernilai, kerana ini tersebut adalah lebih bernilai disisi ALLAH. Bukankah ilmu yang diberikan secara percuma adalah satu sedekah, betapa besarnya ganjaran yang diberikan kepada sesiapa yang bersedekah.
Dengan wujudnya teknologi maklumat ini, pelbagai ilmu boleh kita perolehi dengan percuma, gunakanlah dengan sebaik-baiknya, kerana tidak semestinya yang percuma tidak berkualiti..
Cerita selepas raya..
Alhamdulillah, hari ni dah start menulis blog ni balik. Sebelum itu ribuan kemaafan saya pinta, kerana sebelum ini saya ada berjanji dengan anda untuk kembali menulis pada hari raya keempat, tetapi terlewat tiga hari dari apa yang dijanjikan. Walaupun saya sudah mula bertugas pada hari raya ke 3, tetapi disebabkan mood saya yang sememangnya tidak menentu, jadi blog ini juga menerima kesan secara tidak langsung.Namun begitu, hari ini saya gagahkan juga untuk update blog ini, dan akan terus menulis selagi terdaya.
Saya pasti hari ini, sudah ramai wargakota yang kembali bertugas, mungkin juga ada segelintir masih dikampung bercuti panjang. Walau di mana jua anda berada, selamat hari raya, saya ucapkan, raya sebulan kan..Sudah pasti ramai diantara kita yang mendapat jemputan rumah terbuka..Hujung minggu ini, sabtu dan ahad , saya sudah mendapat 4 jemputan untuk rumah terbuka. Rezeki namanya..
Sebenarnya ketika ini saya masih lagi mengalami sindrom kekeringan Idea, selepas sekian lama update blog ini. Biasalah..bila sesuatu perkara, terlalu lama ditinggalkan, kekok rasanya apabila ingin memulakan semula.Satu pengajaran yang saya perolehi, jangan cuti lama-lama.
.
Gunakan bulan syawal ini dengan sebaik-baiknya. Bulan inilah bulan terbaik untuk kita mengeratkan lagi ikatan ukhwah. Ziarah-menziarahi, kunjung mengunjungi dan saling bermaafan diantara satu sama lain. Apa-apa pun bulan ini juga bulan untuk kita menjamu selera denga makanan istimewa, seperti nasi dagang,nasi minyak dan sudah tentu ketika ini saudara Walikard tak menang tangan menerima tempahan satay dari pelanggan.
Apa-apa pun, makan -makan juga, kesihatan kena jaga, jangan disebabkan terlalu banyak makan, datang tetamu yang tidak kita undang seperti , Encik Darah Tinggi dan En.Diabetese. Apa-apa pun saya ucapkan selamat hari raya, selamat menjamu selera, maaf zahir dan batin..
Selamat Menyambut Hari Raya…

Hari ini adalah entry saya yang terakhir sebelum raya. Walaupun plan nak balik malam raya,Tetapi plan tersebut terpaksa dibatalkan kerana nenek saya kurang sihat, sudah beberapa kali beliau menghubungi saya suruh saya balik lebih awal. Untuk cuba tidak menghampakan beliau saya terpaksa batalkan tiket flight malam raya dan terpaksa beli tiket yang baru, nasib saya baik, Malaysian Airline still ada tiket, Alhamdulillah.Duit boleh dicari, tetapi nenek saya tiada galang ganti, dan saya tidak ingin pisang berbuah dua kali.Cukuplah pengalaman saya dengan arwah datuk saya yang pernah ceritakan pada entry yang lepas.
Sempena hari dan bulan yang baik ini, saya memohon ribuan kemaafan kepada semua pembaca blog linncomel ini. Saya sangat-sangat menghargai setiap response daripada pembaca blog ini, kerana andalah saya bersemangat untuk terus menulis blog ini saban hari, dan insyaALLAH saya akan kembali menulis pada hari raya keempat.
Bagi yang belum balik kampung dan akan balik, jaga diri,bagi yang memandu, hati-hati memandu.Jangan fikir nak sampai cepat je, biar lambat asalkan selamat. Saya doakan semoga anda selamat pulang dan kembali.
Secara peribadi saya memohon ribuan kemaafan sekiranya ada salah dan silap saya ketika menulis di dalam blog ini, samada secara tersurat ataupun tersirat. Sekiranya post saya sebelum ini, ada menyinggung perasaan anda, ribuan kemaafan saya pinta.Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada membuat sebarang kesilapan.
Akhir kata, salam Aidilfitri untuk anda semua,maaf zahir dan batin.
p/s:Kepada sesiapa yang beraya di Kuala Terengganu, dijemput datang kerumah saya, Bukit Besar Kuala Terengganu. Saya akan berada di Terengganu pada hari raya pertama dan kedua, nak datang boleh call dulu 0193693417. Raya ke tiga dah balik KL balik…
p/s: Dalam hidup kita hanya dikurniakan satu emak dan satu bapa, ketika mereka masih hidup, jagalah sebaiknya, kasih ibu tiada sempadan…

