Konsep penjenamaan..

Hari ini terfikir pula nak bercerita tentang penjenamaan atau dalam bahasa omputeh sebagai ‘branding‘. Kebetulan pula ketika ini saya masih mencari identiti untuk penjenamaan produk Kristal yang masih tak settle- Ampun mentor! bukan sengaja nak lengahkan masa, tapi memang ada masalah.
Konsep penjenamaan telah begitu lama digunakan secara meluas sejak dahulu lagi.Satu contoh utama yang kita boleh lihat. Saya membawa anda untuk memerhati sirah nabi kita ,apakah branding beliau sebelum menjadi nabi dan rasul?-Al- Amin-(Dipercayai)

Lihatlah bagaimana ALLAH ‘mencipta’ dan membina ‘brand’ seorang manusia yang dipilih untuk menyampaikan risalah tauhid yang agung. Of course memakan masa yang agak lama tetapi amat berjaya.
Begitulah kaedahnya dalam perniagaan. Sebenarnya, banyak rahsia yang tersingkap dalam al-Quran dan as-Sunnah yang amat efektif. Cuma kita perlu mencarinya dengan tekun. Saya yakin ada aplikasi mikro dan makro yang sesuai untuk apa saja situasi.
Fungsi jenama secara asasnya adalah untuk mendekatkan sesuatu kepada pengguna atau menjadikan pengguna itu sentiasa ingat, menjiwai dan tidak akan melupakan sesuatu. Jenama juga memberikan imej atau impak positif terhadap pemikiran, pilihan dan kesukaan pengguna. Jika kita mengingati satu jenama itu, kita akan memilih berdasarkan keseronokan, kegembiraan, kepuasan dan kehebatan berdasarkan impresi pertama (first impression) ataupun pengalaman berulang (repeated experience) yang dialami bersama jenama tersebut.

Penjenamaan, secara menyeluruhnya, merangkumkan kesemua faktor yang terlibat dalam penyediaan sesebuah barangan atau perkhidmatan. Contohnya, sabun kecantikan berjenama Lux, bukan sekadar hanya sabun kecantikan. Jenama Lux, terdiri daripada aspirasi beribu-ribu wanita yang inginkan kecantikan dan keanggunan. Apabila menatap iklan yang tersiar di media massa, jenama itu menganyam suatu aspirasi yang menusuk hati wanita hari ini, dan seterusnya memupuk niat untuk menjadikan dirinya seanggun peragawati yang ditatap. Lux menginspirasikan suatu produk yang boleh membawa wanita lebih hampir kepada aspirasi dan niat dihati. Itulah yang dikatakan penjenamaan yang mantap. Aspirasi dan inspirasi.

Jarang-jarang orang menyukai sesuatu jenama kerana imej negatif atau keburukan yang dibawa oleh jenama tersebut. Oleh yang demikian, tidak salah untuk saya mengatakan di sini bahawa jenama membawa konotasi dan persepsi yang positif atau baik sahaja.

Penjenamaan adalah penting untuk membentuk identiti perniagaan kita. Binalah jenama anda sendiri dengan acuan anda sendiri, kerana penjenamaan juga adalah salah satu konsep pemasaran yang tidak kurang pentingnya bagi sesuatu perniagaan.

Comments

7 Responses to “Konsep penjenamaan..”

  1. ESBI - Mana Satu Anda? « Blog En. Aku on October 4th, 2006 3:44 am

    [...] Linn cakap pasal branding. I like the word ‘brand’! [...]

  2. Fuad on October 4th, 2006 4:33 am

    Bukan senang ye nk bina jenama.. Dah ada jenama nk bina reputasi jenama plak.. Bukan senang nk berjaya.. :-)

  3. khairul on October 4th, 2006 4:27 pm

    bagus,branding mmg sesuatu yg standard bagi memasarkan satu2 produk..tapi bangai mana kalau suatu produk tu dah bertahun2…dan hendak diberi nafas baru?disini timbul pula istilah “rebranding”.Mungkin lepas2 ni Lin buleh kupas topic “rebranding” pulok.. :)

  4. Mr April on April 23rd, 2007 7:17 am

    Tajuk yang menarik tetapi saya dah terlewat menyertai blog ni…

  5. link on August 1st, 2007 1:27 am

    hello…

    i agree…

  6. dannea on June 6th, 2008 9:43 am

    Ya, saya setuju Linn. Penjenamaan perlu supaya mudah diingati dan membina reputasi untuk jangka panjang.

  7. ny on November 7th, 2009 9:48 am

    penjenamaan..em Lux tu adalah suatu product..how about industri filem..it’s a services right? so macam mana kita nk terangkan branding pada sesebuah company yg menghasilkn filem itu? An example Grand Brillian Sdn Bhd, Line Clear Production etc..

Got something to say?