Hargai Akal
Mengikut kajian, sebenarnya manusia mempunyai 167 kemahiran. Tetapi dalam kehidupan, kebanyakkan manusia hanya menggunakan 10 hingga 20 kemahiran sahaja. Lakukanlah semaksimum yang mungkin anda dapat lakukan dengan menggunakan seluruh kudrat dan keupayaan yang ada,seterusnya berserah kepada ALLAH.
ALLAH menjadikan manusia dengan akal, lebih hebat dari makhluk ALLAH yang lain.Kita lihat kemampuan binatang adakalanya lebih hebat daripada manusia kerana menggunakan semaksimum mungkin kemampuannya. Tetapi sekiranya manusia menjadi ganas dengan dalam mengejar impian, insyaALLAH impiannya akan menjadi kenyataan, kerana keganasan manusia adalah menggunakan akal yang dikurniakan ALLAH.
Jadi gunakanlah akal anda semaksimum yang mungkin.Sebenarnya anugerah ALLAH kepada manusia sudah cukup lengkap dan sempurna. Cuma kita sebagai manusia tidak memaksimumkan apa yang telah dianugerahkan. Hanya yang membezakan manusia dan makhluk ALLAH yang lain adalah akal. Hargailah kelebihan yang ALLAH bagi, gunakan kearah kebaikkan. InsyaALLAH kehidupan anda pasti akan sempurna.
Comments
6 Responses to “Hargai Akal”
Got something to say?


kena ada ilmu juga nak mengoptimumkan akal kita
ya, hargai akal boleh juga bermaksud menggunakan akal semaksium mungkin. Tapi bersyukur juga bermaksud menjaganya dari perkara yang tidak baik.
oh ya linn comel, bleh saya tahu tak apa plugin yang diguna pakai untuk recent entries untuk main page linn comel nie?
[...] Linn mengajak menghargai akal.. syabas sebab tulis ALLAH huruf besar sume.. thumbs up! [...]
eks.. linn taknak bagitau apa plugin utk post dia ka? hurm..banyak plugin wordpress
Ramzwatcher..sebenarnya recent entry to memang dah set untuk template ni, memang tak guna apa-apa plugin, Sorry lambat reply.
akal yang mamnawa manusia tuk memilih takdirnya…