Petua Minta Hutang..

Hari ini, saya nak kongsi petua atau tips minta hutang, Rasanya tips ini bagus untuk usahawan yang mempunyai pelanggan yang suka berhutang.

Actually tips ini saya telah perolehi sebulan yang lepas, ketika menaiki teksi ke KLIA, ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke kampung saya Kuala Terengganu. Kebiasaannya, saya memang suka berborak dengan pemandu teksi, tidak kira apa bangsa,bukan apa, saya suka korek rahsia atau sejarah kenapa beliau bawa teksi, dan hasilnya saya tahu, ada ramai pemandu teksi yang mempunyai sejarah hitam dalam perniagaan seperti bankrup, pernah hidup melarat dan lain-lain lagi pengalaman yang boleh dijadikan iktibar.

Kesimpulan yang saya boleh katakan,ramai usahawan yang pernah muflis atau mengalami zaman kejatuhan, cuba bangkit dengan mengumpul modal melalui pendapatan yang diperolehi sebagai pemandu teksi.Sekurang-kurangnya mereka cuba bangkit daripada zaman kejatuhan. InsyaALLAH untuk entry yg akan datang saya akan berkongsi cerita mengenai seorang usahawan yang mempunyai kilang percetakan, akhirnya jatuh dan cuba bangkit kembali, kerana semangat usahawan beliau masih menebal.

Kembali pada matlamat asal, iaitu untuk kongsi petua minta hutang. Dalam perjalanan saya ke KLIA tersebut, Pemandu tersebut dalam lingkungan lewat 50 an . Saya seperti biasa akan bertanya tentang pengalaman beliau membawa teksi. Sebelum ini beliau adalah seorang usahawan dan sekarang syarikatnya sedang diuruskan oleh anak lelaki beliau dan beliau bawa teksi hanya untuk suka-suka menghilangkan kebosanan. Tetapi apa yang paling saya kagumi, apabila mendengar pengakuan beliau bahawa beliau tidak pernah berhutang sehingga ke saat beliau berborak dengan saya ketika itu.

Alhamdulillah, sudah rezeki saya beliau menawarkan tips untuk meminta hutang daripada si penghutang, itu adalah satu tips yang amat berguna, kerana salah satu kelemahan saya adalah mengutip hutang. Bukan apa, saya tidak mahu disebabkan hutang, hubungan baik yang terjalin akan hancur . Jadi saya memegang prinsip kalau ada rezeki saya, insyaALLAH saya akan dapat balik duit saya, kalau tak bayar,anggaplah itu satu sedekah.

Semalam, saya tergerak hati untuk mencuba petua yang pakcik tersebut berikan. Alhamdulillah, saya amalkan petua tersebut pada waktu pagi, saya menerima panggilan tersebut dari salah seorang yang berhutang dengan saya. Alhamdulillah, hutang yang telah berusia lebih setahun, telah langsai semalam, selepas saya memberikan no akaun kepada sahabat saya itu. Alhamdulillah, dapat balik RM500 rezeki hari raya.

Apakah petua yang telah saya perolehi? Teruskan membaca..

“La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”

(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. –al-Anbiya’: 87.

Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat/tasbih diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda.

Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat diatas kearah beliau, insyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya tasbih diatas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain, seperti melembutkan hati musuh anda dan lain-lain.

Sekiranya anda perasan dan mengikuti sirah nabi, tasbih di atas digunakan oleh Nabi Yunus Alaihissalam, Ketika ditelan ikan Nun.

p/s: Semoga pakcik Driver teksi tersebut akan mendapat ganjaran pahala dan diberkati ALLAH dengan ilmu yang bermanfaat ini saya kongsikan bersama dengan pembaca blog ini. Amin..

Comments

11 Responses to “Petua Minta Hutang..”

  1. Hidet on October 16th, 2006 3:49 am

    Assalamualaikum.

    Eh..cik lynn ni org terengganu rupanya..
    mertua saya pon orang terengganu. :)

    Terima kasih di atas tip/ilmu hari ni.
    Boleh lah saya gunakan.

    Wassalam.

  2. Mohd Ashraf on October 16th, 2006 4:16 am

    Terima kasih kak linn… Insyaallah, kaklinn pon boleh dapat pahala sebab sebarkan benda ni..
    :D

  3. Fuad on October 16th, 2006 4:26 am

    Doa Nabi Nuh boleh utk melembut hati orang ye.. Alhamdullilah.. Ilmu bermanfaat lagi arini.. Mekasih Linn..

  4. linn_comel on October 17th, 2006 12:07 am

    Hidet..saya memang orang Terengganu, klau beraya kat Terengganu, jemput datang rumah.

    Ashraf, Terima kasih
    Fuad,Actually Tasbih tu banyak gunanya…yang penting nak mengelak dari dizalimi. Bukankah orang yang berhutang tak reti nak bayar tu kira zalim juga. Itu yang pakcik tu pernah kata.

  5. matzis on October 17th, 2006 2:22 am

    Assalamualaikum,

    Petua ni bagus sekali….cuma kena niat dalam hati kerana Allah S.W.T tetapi jangan sekali-kali berniat untuk mendapatkan duit hutang sahaja.

  6. cikgubiz on October 18th, 2006 9:31 pm

    Bagus ni di amalkan….

  7. Hayat on December 30th, 2006 12:49 am

    Assalamualaikum…

    Ayat di atas pernah saya amalkan, namun dah kurang sedikit.. elok la diamalkan semula.. :D

    Walaubagaimanapun, Cik Lynn.. ejaan/bacaan ‘Kuntum’ membawa erti lain iaitu ‘kamu adalah’ bukan ‘aku adalah’. Jadi ejaan/bacaan yang betul ialah ‘kuntu’.

    Wallahu aklam!

    Salam Aidil Adha!

  8. Hai_Da on January 11th, 2007 10:03 am

    Salam,

    Saya pun selalu amalkan ayat nie didlm solat..:)

    sama2lah kita amalkan..

  9. Badrol on September 23rd, 2007 4:54 pm

    Gerak dari Allah yang melakunkannya hambaNya.. Minta baik dapatlah yg baik, minta yang batil dapat juga yg batil.. namun diakhirat sendiri yg tanggung..

    Tambahan : selepas bacaan itu katakanlah “Laa tataharaku fii zahratan illaa biizinn allah, wa laa tafarraku fii zahratan illa biizinnillah.. (Tidak bergerak sebesar zarah melainkan izinMu ya Allah, sudah tergerak sebesar zarah iyu melainkan dengan izinMu jua ya Allah..”

    Sekian utk amalan bersama.

  10. Badrol on September 23rd, 2007 4:56 pm

    teruskan usaha membantu sesama insan inilah salah satu jalan fiisabillah..

  11. mohdashraf.com » Hutang dan dadah on March 23rd, 2008 1:48 pm

    [...] sumber: Petua Minta Hutang.. dari blog linncomel.com [...]

Got something to say?