Yakin boleh

Uncle Muthu jual kacang putih belakang Bukit Bintang. Dah berpuluh tahun Muthu berniaga kacang putihnya. Dengan pendapatan yang sederhana, tidak kira apa jua keadaan pusingan ekonomi turun, naik..dan keadaan cuaca panas, hujan, ribut, taufan Muthu terus berniaga. Apa yang mesti lakukan untuk melariskan kacang putihnya, Muthu akan menjerit dengan penuh perasaan KACANG ! KACANG! KACANG! tanpa mengira orang ramai lalu lalang.

Dengan jeritannya yang kuat, pendapatn Muthu bertambah dari tahun ke setahun dari harga 0.10 sen sepeket hingga RM 2 sepeket. Dan disamping Muthu dapat hidup dengan lebih senang, beliau juga mampu menghantar anaknya belajar ke luar nagara tanpa bantuan kerajaan.

One day, anaknya yang telah belajar luar Negara pulang membawa MBA. Beliau memberitahu Muthu Negara telah mengalami kegawatan ekonomi. So, perasaan negative Muthu pon bermula, jeritannya lemah, tidak sekuat dulu lagi, semangatnya telah pudar motivasinya makin hilang kerana memikirkan clients tidak berwang untuk membeli kacang nya.

He was no longer enthusiastic and very soon his business declined. Dia mengiakan kata anaknya bahawa ekonomi merosot dan clients dah tidak mampu untuk membeli kacang, hingga dia hilang mood dengan perniagaannya yang dah bepuluh tahun itu.

Apa yang boleh kita pelajari kat sini, Jangan cemarkan fikiran kita dengan cerita-cerita negatif. Muthu just ignore with economic cycle dalam puluhan tahun, and suddenly with the information from knowledgeable son, he began start with negative expectation.

Jangan biarkan berita -berita negatif mencemarkan fikiran anda.Teruskan perniagaan anda, mengikut keadaan semasa. Fikirkan boleh.Bukan setakat “Malaysia Boleh” . Anda pun boleh sebenarnya. Apa yang pasti fikir positif , kerja kuat dan percaya hasil dari apa yang anda usahakan akan memberikan kejayaan ‘Yakin Boleh’.

Pengajaran..

Hari ini sekali lagi lambat update blog. Semangat tak berapa bagus apabila satu peristiwa buruk berlaku semalam. Alhamdulillah walaupun mengalami kerugian menjangkau ratusan ribu. Tiada nyawa yang terkorban. Apa yang pasti setiap sesuatu barang yang hilang insyaALLAH pasti dapat kita cari balik. Tapi nyawa kalau hilang,sampai mati kita dah takkan bertemu. Apa-apa pun setiap yang berlaku saya menganggap sebagai satu ujian dan hikmah dari ALLAH. Walaupun begitu saya harap semangat saya akan pulih seperti sediakala. Terkejut sebenarnya.

Pengajaran yang saya perolehi.Tidak semua apa yang menjadi hak kita akan kekal menjadi kepunyaan kita buat selamanya. Setiap harta benda yang dikurniakan ALLAH kepada kita hanya sekadar pinjaman. Kita hanya mampu berusaha tetapi apa saja ketentuan datangnya dari ALLAH . Anggaplah setiap sesuatu yang buruk sebagai ujian dan dugaan dari ALLAH. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Berjaya dan gagal

ADA satu hukum ciptaan manusia di dunia yang dikatakan serba membangun ini. Hukumnya mudah dan kerana mudah, ia telah menjadi amalan sejak sekian lama. Hukumnya begini: jika anda berjaya, kaya, anda akan dihormati, disanjung, diletakkan di depan. Jika anda kalah, gagal, tempatnya di tepi dan di belakang; terpinggir.

Yang mana satu pilihan bagi cara hidup anda? Fikirkan..

Next Page »