6 hakikat kekayaan

Satu perkara baru yang saya pelajari melalui salah satu buku yang dibeli hari ini, benar-benar membuatkan saya sedar dan insaf. Buku tersebut adalah tulisan seorang pendakwah indonesia dan juga usahawan yang berjaya saudara Aa Gym. Buku beliau bertajuk saya tidak mahu kaya, tetapi harus kaya. Buku tersebut terjual sebanyak 20,000 naskah di Indonesia, dan sekarang ianya dijual dinegara kita dengan bantuan penerbit PTS.

Buku ini, saya sudah pun habis membacanya, dan tertarik dengan konsep kekayaan yang ditulis di dalam buku tersebut. Beliau mengatakan, di dalam hidup kita, kita perlu mempunyai 6 kekayaan. Namun yang paling menarik, apabila beliau meletakkan kekayaan harta berada di tangga keenam.

Apakah kelima-lima kekayaan yang perlu kita capai, sebelum kita memiliki kekayaan harta?

1. Kaya Semangat-mengapa ianya penting? Kerana orang yang kaya semangat tidak pernah ada istilah putus asa.Dan semua ini adalah hasil daripada keimanan yang kukuh kepada ALLAH.

2.Kaya input- Apakah maksudnya, sebagaimana yang kita sedia tahu, semakin banyak input ilmu yang kita perolehi, semakin terampil kehidupan kita, apalagi sekiranya ilmu tersebut diamalkan dengan ikhlas.

3. Kaya gagasan/ kreativiti-Dengan kreativiti yang kita ada, setiap masalah akan kita dapat hadapi dengan penyelesaian yang baik, dan dapat menghasilkan idea yang baru.

4. Kaya Ibadat- Seperti yang kita tahu, segala-galanya adalah dari ALLAH. Oleh itu, kita perlu yakin ALLAH sentiasa bersama kita walau dalam apa jua keadaan.

5.Kaya Hati-Tiada ertinya sekiranya kita mempunyai harta yang menimpah ruah, tetapi hati kita tidak tenteram dan miskin daripada kebaikkan dan kemuliaan.

6Kaya Harta-Ini adalah bonus kekayaan sekiranya kita memiliki kelima-lima kekayaan di atas. Kerana orang kaya harta tanpa semangat, pastinya harta akan hilang. Tidak berilmu, akan ditipu, Apabila banyak ibadat yang dilakukan, ianya akan memupuk prestasi ke akhirat, dan seterusnya kita tidak akan jadi hamba kepada harta benda, dan tiada guna sekiranya mempunyai kaya harta, tetapi miskin kemuliaan dan kebaikan, Hidup juga menjadi tidak tenteram.

Sebenarnya terdapat banyak lagi rahsia, tentang konsep kekayaan yang saya perolehi dari pembacaan buku tersebut. Apa pun saya benar-benar mengesyorkan anda, membaca buku tersebut, untuk kita sama-sama mengetahui konsep kekayaan yang sebenar sebagai seorang muslim.

Disclaimer:Saya tidak pernah mengenali penulis ini secara peribadi, Saya sekadar, ingin berkongsi ilmu yang saya anggap baik untuk kita sama-sama pelajari dan hayati. Saya tidak mempunyai apa-apa keuntungan, sekiranya anda membeli buku ini, ataupun ianya menjadi bestseller di Malaysia. Ini sekadar perkongsian ikhlas, saya bersama anda, kerana buku ini, amat baik untuk dijadikan panduan di dalam kehidupan kita. :smile:

Comments

13 Responses to “6 hakikat kekayaan”

  1. ZMohamad on April 30th, 2007 2:21 am

    Salam,
    Bagus buku tu. Terima kasih kerana sudi kongsi dengan para pembaca.
    Zmohamad.

  2. mizan on April 30th, 2007 3:09 am

    :smile: :smile: :smile:

    salam sejahtera dan selamat pagi,

    terlebih dahulu saya ingin berkongsi sikit tentang buku yang saya baca mengenai kekayaan, kebanyakannya hampir sama seperti yang cik linn baca, memang diakui kejayaan yang sebenar adalah kejayaan jiwa yang tenang, banyak duit tapi jiwa tak tenang akan mendatangkan masalah dari segi rohani dan jasmani. terima kasih cik linn kerana berkongsi buku yang cik linn baca, saya sebenarnya pun ulat buku juga jgn ulat bulu dah le….., ilmu sebenarnya percuma tak perlu bayar sebab semakin banyak kita kongsi ilmu dengan orang lain semakin banyak ilmu baru yang kita dapat kerana ilmu ini bukan hak milik kita yang mutlak, ia milik allah yang berkuasa , PERCAYALAH. saya sudah mengalaminya. AMAL JARIAH YANG TERBAIK IALAH MENUNJUKKAN CARA KEPADA SESEORANG SUPAYA DIA JUGA BOLEH MEMBERIKAN AMAL JARIAH (MELALUI ILMU YANG BERMENAFAAT DAN BOLEH DIAMALKAN)

    ” ILMU PENERANG HATI ”

    Hope you enjoy this message.

  3. linn_comel on April 30th, 2007 3:31 am

    Saya akui memang buku tersebut bagus dan menarik. Saya pun sudah menghabiskan buku tersebut dalam masa 2 jam sahaja. EN. Mizan, Apa tajuk buku yang En. Mizan baca..semoga boleh kongsi tajuk buku tersebut :grin:

  4. shueqry on April 30th, 2007 4:16 am

    asmkm Kak LInn..

    wow! terima kasih kerana sudi berkongsi 6 kekayaan ni, saya dah tulis tadi dan lekat di dekat skrin pc saya.. memang benar lah kata orang, kena kaya ilmu dulu, semangat, ada kreativiti dan paling last biarlah semuanya dipacu oleh keimanan pada yang esa, barulah dapat kekayaan harta..

    nampaknya, semuanya bermula dari ilmu.. tanpa ilmu, kita takkan dapat mencapai apa-apa.

    Betul juga kata Irfan Khiri, jutawan banyak membaca, billionaire pula sangat banyak membaca!

    Thanks Kak Linn..

    shueqry

  5. linn_comel on April 30th, 2007 4:30 am

    Shueqry, selepas K.Lin baca buku tersebut, Memang K.Lin teruja. Sehingga K.Linn dapat mengingati satu persatu, apa 6 hakikat kejayaan tersebut.

    Bangkit pukul 3 pagi tadi, terus update blog untuk hari ini. sekadar ingin berkongsi ilmu yang ada , kerana rasanya buku tersebut ketika ini hanya dijual dipesta buku dan masih belum diedarkan kemana-mana kedai buku. Siapa yang nak dapat diskaun 20% bolehlah pergi ke pesta buku untuk dapatkan buku tersebut.

  6. smartz on May 1st, 2007 12:25 am

    Tentu buku tu bagus…..sebagaimana orang yang menulisnya……ingin saya membacanya…

  7. BujangJutawan on May 1st, 2007 1:57 am

    Terima kasih kak linn, saya belum memiliki buku ini tetapi memang bercadang nak beli. Saya dah pun ternampak buku ni kat kedai buku MPH…

    Thanks Kak Linn..

  8. linn_comel on May 4th, 2007 2:13 am

    Bujang..beli, jangan tak beli.. :grin:

  9. abgbotak on May 4th, 2007 12:24 pm

    lagi satu buku yg saya akan cari. saya memang sekarang sedang buat koleksi buku bermula dari buku rozani pawanchek, saifulsham, robert koyasaki dan yg paling mencuit hati saya utk serius dlm dunia usahawan ialah buku chef li. 4 buku beliau saya kumpul bermula dgn Menjejaki Jutawan Senyap, Petunjuk Jalan Kekayaan, Biar Kecil Asal Berhasil & Orang Kaya Bertaqwa (OKB). Kandungan buku beliau membangkitkan semangat kita org Melayu yg takut nak berniaga. Hanya selesa dgn “dunia selesa” yg hakikatnya x berapa selesa pun. Keja makan gaji, habis makan habis gaji. Keje pagi pulang petang, habis gaji byr hutang. At least dgn kita bermula secara part time, lepas ni kumpul modal kita terjun dunia usahawan secara full time pula. Rupanya saya dah mula berjumpe dgn rakan seperguruan saya, anak murid Syazwan & Sabri. TQ to our sifu.

  10. mas on May 13th, 2007 5:11 am

    ala…kat sini kedai buku xde jual buku tu…..teringin nak baca jugak….

  11. Almari Buku » Blog Archive » 3 Dalam 1 on May 14th, 2007 1:48 am

    [...] Setelah dapat rekemendasi dari blog Linn, saya dapatkan buku “Saya Tidak Mahu Kaya, Tapi Harus Kaya”. Saudara Gym ceritakan dengan detail jenis2 kekayaan yang harus di miliki oleh Umat Islam. Buat masa ni saya x nk ulas detail sgt nnti jadik panjang. Buat mereka yang berminat leh rujuk blog Linn. [...]

  12. Gaji Naik.. Jom Jadi OKB: Orang Kaya Bertaqwa! « Muhtar Suhaili As-Sarawaki on May 22nd, 2007 11:44 pm

    [...] saya petik catatan Saudari Azlina Abdul Rahim tentang buku [...]

  13. Faris on December 17th, 2007 7:48 am

    Aku masih bingung dengan kehidupan ini :?:

Got something to say?