Siasatan Menyeluruh?

Kebelakangan ini, terlalu banyak berita tentang skim cepat kaya dilaporkan di dada akhbar. Boleh dikatakan hampir kebanyakan akhbar bercerita tentang skim cepat kaya, sehingga penutupan banyak program skim cepat kaya dilakukan, Individu yang berangan-angan untuk menjadi cepat kaya , menjadi cepat kayap, apabila mengalami kerugian akibat tindakan tegas kerajaan menutup program-program pelaburan tersebut. Tetapi bagaimana pula, dalang disebalik program tersebut. Adakah akan dibiar berkeliaran dengan hasil duit penipuan mereka?

Semalam , satu lagi berita tentang skim cepat kaya dikeluarkan oleh akhbar yang berpengaruh dan terkemuka di negara kita. Akhbar tersebut telah menyenaraikan beberapa laman web yang dikatakan menggalakkan pelaburan skim cepat kaya dijalankan. Itu satu bahan berita yang baik, dan saya memang kagum dengan semangat  pihak yang berkenaan untuk membasmi skim tersebut, sehingga mereka mengatakan bahawa mereka telah menjalankan penyiasatan yang menyeluruh. Adakah benar?

“Ditanya bagaimana badan itu mengesan status sesebuah laman web itu sama ada ia mencurigakan atau tidak, Husin menjelaskan, pihaknya sentiasa membuat penyelidikan dan siasatan secara menyeluruh terhadap setiap aduan yang diterima.”

Menyeluruhkah siasatan anda apabila forum perbincangan seperti wangcyber dan bicarajutawan juga dikategorikan sebagai laman web penganjur skim cepat kaya?

Apakah yang dimaksudkan dengan siasatan menyeluruh. Adakah dengan hanya mendengar aduan daripada orang ramai, itu yang dikatakan siasatan menyeluruh?

Untuk makluman pembaca blog ini,

‘Forum wangcyber dan bicarajutawan, adalah satu platform perbincangan di mana para pengusaha internet berkomunikasi, mencari rakan kongsi, menambahkan ilmu perniagaan, berkongsi maklumat semasa dan memerangi SKIM CEPAT KAYA.’

Kepada pihak yang berkenaan, benarkah penyiasatan anda dilakukan secara menyeluruh?

Kepada pembaca yang budiman anda boleh klik pada wangcyber dan bicarajutawan untuk menilai samada benarkah siasatan tersebut dijalankan dengan benar-benar MENYELURUH!

Comments

12 Responses to “Siasatan Menyeluruh?”

  1. khairul on May 19th, 2007 3:29 am

    :cool: saya pernah dinasihatkan untuk baca newspaper bila time hendak tidur dan tidak membaca newspaper di awal hari untuk mengelakkan mood yang bersemangat bertukar rundum gara-gara membaca berita negative

  2. Galadriel on May 19th, 2007 3:34 am

    Thanks Kak Linn for the posting!

    Boleh tak kasi a testimonial di WangCyber pada posting tentang hal ni so saya boleh masukkan dalam an article?

    Galadriel.

  3. linn_comel on May 19th, 2007 3:39 am

    G, Saya akan bagi Testimonial kat Wangcyber nanti

  4. khairul on May 19th, 2007 4:03 am

    :cool: ops Linn nak tanya sikit, macamana saya nak buat leave a reply pada laman web saya. ada tips tak? tq

  5. Esprit De Corps » Blog Archive » Utusan Malaysia: BicaraJutawan dipantau kerana offer skim cepat kaya? on May 21st, 2007 3:18 am

    [...] Place 3. Dikmal 4. Alyani 5. Labanon 6. Melor 7. Irfan 8. x-kl 9. Kumbang 10. AhmadRidzuan 11. LinnComel 12. [...]

  6. Mr April on May 21st, 2007 4:03 am

    Saya tak dapat baca akhbar sabtu dan ahad sebab saya sibuk menguruskan catering tetapi melalui post dia atas rasanya dah ada salah faham.
    Boleh Linn bagitau badan itu?Adakah Suruhanjaya Securiti(SC)?Sebab perkara ini perlu diperbetulkan segera kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada perniagaan internet..
    Saya juga sebagai seorang ahli Federation of Malaysia Unit Trust Manager (FMUTM-badan profesional yang mengawal etika profesion Unit Trust Consultant)
    terasa terpanggil untuk membantu memberitahu keadaan sebenar tentang wangcyber dan bicarajutawan kepada SC…

    *FMUTM juga dibawah kawalselia SC

  7. Skim cepat kaya (SCK) dan WangCyberDotCom on May 21st, 2007 8:00 am
  8. BujangJutawan on May 21st, 2007 1:12 pm

    Saya dah pun baca akhbar tu. Memang memeranjatkan. So, kepada yang ingin menjelaskan kedudukan sebenar, sila emailkan kepada pihak yang membuat kenyataan tersebut. Saya telah pun hantar satu email kepada mereka dan menyatakan bahawa wangcyber dan bicarajutawan bukan offer skim cepat kaya tetapi satu forum tempat perbincangan antara usahawan internet, mencari rakan kongsi dan mempelajari perniagaan internet dan bukannya SKIM CEPAT KAYA..

    Sebenarnya saya marah gak ni sebab kata wangcyber dan bicarajutawan ni offer skim cepat kaya… :cry:

  9. Mr April on May 22nd, 2007 4:04 am

    Bagus BujangJutawan!
    Yang penting ada antara kita yang menghantar surat ke suratkhabar bagi menjelaskan kedudukan sebenar!
    Kedau-duanya tak di balcklist oleh SC!

  10. BAGAK on May 22nd, 2007 4:26 am

    sehingga hari ini tak ada pembetulan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak

  11. Mr April on May 22nd, 2007 7:17 am

    Mungkin maksudnya kita berdiam dri lebih baik dan biarkan “Luncai dengan labunya”(Kolonel tu dengan perasaan “berilmunya”(perasan))..
    Biarlah bagak!

  12. Jann on November 16th, 2007 10:34 am

    Entahlah tak ada apa2 pun ttg pembetulan menyeluruh pun ala mcm pahat dgn tukul jelah

Got something to say?