Jadikan anak anda hebat
Kebiasaan saya akan menulis entry saya sebelum masuk waktu subuh, kerana ketika itu, sudah pastinya minda saya berada di tahap alpha dan banyak idea yang akan saya perolehi. Tetapi adakalanya saya terpaksa melewatkan masa menulis saya kerana kesibukan dan hal kerja yang tidak dapat dielakkan.
Hari ni pun sama, walaupun saya bangkit sebelum subuh, saya on laptop saya, belum sempat saya menyambung internet connection saya, saya sudah pun tertidur balik, dengan badan tegak memegang mouse. Sehingga saya dikejutkan semula pada pukul 7.30 pagi oleh housemate saya. Mungkin badan saya terlalu letih, apa pun sesuatu yang positif yang saya dapati dari pengalaman tersebut, saya boleh melelapkan mata di mana-mana saja saya berada. So saya boleh pi Taman negara, untuk camping. hehe..
Mengapa saya buka cerita mengenai jaga anak semalam. Walaupun saya masih belum mempunyai anak, tetapi satu perkara yang paling saya pentingkan adalah kanak-kanak. Mungkin pengalaman saya yang lepas, banyak mengajar saya mengenai peritnya menjadi seorang anak yang tidak mempunyai ibu dan bapa, Jadi saya benar-benar berharap, tiada lagi kanak-kanak akan menerima nasib yang sama seperti saya.
Bukan niat saya untuk membuka pekung di dada, tetapi ianya hanya sebagai contoh, bagi anda yang mempunyai keluarga, betapa hebatnya anda, sekiranya mempunyai keluarga yang baik dan tidak berpecah. Kerana akibat perpecahan keluarga anda, bukan hanya anda sahaja yang menjadi mangsa, tetapi juga anak-anak kecil anda.
Jika dulu , ketika saya masih lagi zaman kanak-kanak sehigga sekarang pun, sekiranya saya melihat seorang anak dibelai oleh seorang ibu, pastinya hati saya menjadi sayu. Adakah anda inginkan anak anda bersedih, kerana tidak mendapat kasih sayang secukupnya daripada anda.
Satu lagi pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan, pernah semasa saya masih lagi berada di sekolah rendah, saya menaiki kereta ke satu tempat, dan ketika itu, saya duduk di kerusi belakang, bersebelahan makcik saya. Lengan saya bersentuh dengan lengan makcik saya, disebabkan oleh sentuhan itu, saya merasa cukup bahagia. Saya tidak pasti bagaimana anda membayangkan kebahagiaan itu, tetapi itu sudah cukup bahagia, bagi seorang anak yang benar-benar menginginkan kasih sayang keluarga.
Ketika saya berumur 15 tahun, satu kemalangan telah berlaku kepada diri saya,walaupun kemalangan tersebut amat mengerikan dan hampir-hampir meragut nyawa saya, tetapi ianya adalah sesuatu yang membahagiakan bagi diri saya. Mengapa? Kali pertama, saya merasakan sentuhan tangan bapa saya, ketika beliau membelek rambut saya, mencari sekiranya masih terdapat lagi kaca yang melekat di kepala saya (ketika kemalangan, saya terpelanting diatas cermin kereta). Ketika itu, terasa bahagianya saya. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui, kesakitan akibat kemalangan , tidak lagi penting bagi saya.
Kebahagiaan kedua, kerana kemalangan itulah , buat pertama kalinya saya mengenali ibu saya, dan melihat betapa cantiknya wajah ibu saya seperti yang selalu diceritakan kepada saya. Cuma yang agak menyedihkan beliau menemui saya ketika saya berada dalam kesedihan. Sudah pasti ketika itu, perasaan beliau amat sedih. Itu hanya secebis cerita yang saya ingin kongsikan bersama anda.
Saya sambung semula mengenai jagaan minda anak anda. Walaupun ketika ini, anda berada di dalam keadaan yang teruk, miskin, melarat, dan gagal. Jangan sekali anda menyogokkan minda anak anda, dengan kemiskinan dan kegagalan anda. Sentiasa meberikan saranan yang positif kepada anak anda, tentang betapa hebatnya kehidupan sseorang yang memiliki kejayaan, kekayaan. Ceritakan kepada anak anda, mengapa kejayaan itu penting. Berikan sebab kepada mereka mengapa mereka mesti berjaya. Sentiasa berikan saranan yang positif, dapat merangsang minda mereka untuk terus inginkan kejayaan. Anda harus mulakan semua ini, sejak dari zaman kanak-kanan lagi. Sekiranya anda inginkan anak anda menjadi seorang yang hebat, latihlah mereka dengan hebat, ketika masih kecil lagi, kerana pada masa inilah anda dapat memupuk minat mereka. Bak kata pepatah , melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Hipnosis pemikiran anak anda, dengan memasukkan pesanan atau saranan positif terhadap minda anak anda. Lakukan pengulangan. Supaya saranan positif anda, terakam kemas di minda separa sedar. Walau bagaimana sekalipun masalah anda bersama pasangan anda, jangan tonjolkan masalah tersebut di hadapan mereka. Anda ingin bertengkar atau bertumbuk sekalipun, jangan biarkan berlaku di depan mereka. Kerana anak anda adalah cermin anda.
Apa yang anak anda lihat, akan terakam di minda mereka dan akan dijadikan model oleh mereka sendiri tanpa mereka sedar.
Satu perkara yang saya minta sangat-sangat daripada saya, sentiasa sarankan di minda anak anda sejak kecil lagi, bahawa bangsa kita iaitu melayu adalah bangsa yang hebat, semoga dengan cara ini, anak-anak dan keturunan anda,menjadi melayu yang hebat.
Anak-anak adalah cermin anda
Hari ini, saya teringin untuk bercerita mengenai anak-anak. Saya juga percaya, dikalangan pembaca blog ini, mempunyai anak-anak berusia bawah 5 tahun. Mungkin Raymond, AbRiza, Mr. April, Mkhairi atau pembaca lain juga mempunyai anak-anak dalam lingkungan ini. Satu perkara yang perlu anda ingat dan ambil ianya sebagai satu pegangan dalam mendidik anak-anak, ketika inilah minda separa sedar mereka berfungsi dengan effektif.
Reaksi Anda akan Menentukan Sikap dan Perilaku Anak. Anak merupakan cermin dari perilaku orangtuanya, jadi ketika membaca point-point di bawah ini,Kaji diri anda, adakah anda memberikan contoh yang baik atau buruk kepada anak-anak anda.
- Anda suka mengritik maka anak Anda akan belajar mengutuk dan mengeluh
- Anda suka menciptakan suasana permusuhan maka anak Anda akan belajar berseteru
- Anda suka mengingatkan, maka anak Anda akan belajar hidup prihatin dan tak berani berbuat sesuatu.
- Anda suka mengasihani anak maka anak Anda akan belajar mengasihani diri sendiri
- Anda suka mencemuh maka anak akan belajar menjadi pemalu
- Anda suka cemburu maka anak akan belajar iri hati
- Anda suka memalukan anak maka ia akan belajar merasa bersalah
- Anda suka mendorong maka ia akan belajar percaya diri
- Anda suka bertoleransi maka mereka akan belajar sabar
- Anda suka memuji maka mereka akan belajar menghargai
- Anda menerima anak anda seadanya,mereka akan belajar mengasihi
- Anda mendukung anak maka mereka akan menyukai diri mereka sendiri
- Anda mengakui mereka maka mereka akan belajar untuk mempunyai sasaran
- Anda suka bersedekah maka mereka akan belajar bermurah hati
- Anak diasuh supaya jujur maka mereka akan belajar mengatakan yang sebenarnya
- Anak merasakan keadilan maka mereka akan belajar bersikap adil
- Anak banyak merasakan kemurahan dan pertimbangan maka mereka akan belajar menghormati
- Anak merasa tenteram maka mereka akan belajar percaya pada diri sendiri dan orang di sekelilingnya
- Anak merasakan persahabatan maka mereka akan belajar bahwa dunia ini menyenangkan
Pastikan Anak Anda belajar hal-hal yang baik dari Anda dan Kehidupan di sekelilingnya. Kerana anak anda adalah cermin bagi diri anda.
Gunakanlah forum dengan sebaiknya
Hari ini saya terpaksa menghantar 2 post, walaupun selama ini, saya hanya menetapkan 1 post untuk sehari kerana masalah masa saya yang agak terbatas. Tapi mahu atau tidak, saya perlu juga tulis post ini bagi mengelakkan masalah dikemudian hari.
Saya minta sangat-sangat anda menggunakan Forum Minda Sukses dengan sebaiknya. Kepada yang menghantar email kepada saya secara personal, bercerita tentang masalah, sekiranya masalah anda tidak terlalu personal sehingga melibatkan maruah, saya dengan rasa rendah diri meminta anda, sila Register di Forum Minda Sukses . Disitu ada ruangan Masalah & Selesaikan . Anda tidak perlu meletakkan nama sebenar anda, sekiranya anda malu, gunakan saja nama samaran.
Bukan bermakna, saya tidak ingin membantu anda, tetapi kebelakangan ini, saya menerima email yang masalahnya hampir serupa. Alangkah baiknya, sekiranya masalah itu dibincangkan di forum tersebut, supaya semua orang dapat manfaat, sekaligus dapat menjimatkan masa saya.
Hari ini saja, saya telah menerima 5 email, dan tiga daripadanya adalah saling berkaitan, dan saya rasakan ianya satu masalah yang tidak sama sekali melibatkan maruah. Why not sekiranya anda berkongsi di forum tersebut. Dengan cara itu bukan hanya saya saja yang dapat membantu anda, tetapi forumer yang lain juga dapat membantu. Bukanlah banyak kepala lebih baik dari satu kepala.
Bukan saya tidak ingin membantu anda secara personal, malahan tujuan saya membina blog, forum dan ezine atau apa-apa lagi yang bakal saya keluarkan adalah dengan niat ingin membantu anda. Tetapi anda juga perlu faham keadaan saya.
Saya masih lagi seorang medical staff di salah sebuah hospital swasta di Lembah Klang, saya perlu melakukan tugas-tugas oncall yang menuntut lebih masa untuk tugas dan pesakit saya. Selain menulis blog, saya juga ada perniagaan saya sendiri, as a part time. Saya juga peruntukan masa saya dengan cuba untuk membantu masyarakat seboleh yang mungkin, melalui blog , forum dan ezine.
Setiap hari saya displinkan diri saya bangkit pukul 5 pagi, untuk memberikan masa saya kepada anda. Jadi gunakanlah segala apa yang saya berikan kepada anda dengan sebaiknya. Untuk menjadi ahli forum, anda tidak perlu membayar apa-apa. Saya merayu kepada anda, gunakanlah ia dengan sebaiknya.
Tetapi, sekiranya masalah anda, terlalu personal dan melibatkan maruah, sila hantar kepada saya email personal kepada saya. Saya akan membantu sedaya upaya dengan izin ALLAH.
Ini saja yang nak luah.. Minta maaf ye, kalau ada yang terasa. Wassalam.

