Luahan hati seorang blogger

Kebelakangan ini, banyak peristiwa yang menarik perhatian saya yang ingin saya kongsikan bersama anda. Tetapi hari ini saya ada  informasi untuk dikongsikan dan saya benar-benar mengharapkan sokongan daripada pembaca sekelian.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini mengenai seorang sahabat kita yang benar-benar memerlukan sokongan dan bantuan dari kita. Apa yang saya tulis di sini adalah atas kerelaan saya sendiri. Beliau tidak pernah menyuruh saya mendedahkan kisah beliau di blog ini, malahan saya tidak pernah berinteraksi atau berkomunikasi dengan beliau, kecuali saya pernah meninggalkan komen di blog beliau, dan beliau pernah meninggalkan komen di blog ini. Saya mengetahui tentang beliau selepas diberikan satu link semalam daripada Labanon.

Nama saya adalah Badruzamani Bin Azmi. Dilahirkan pada 26 Mei 1976 di Batas Liku Arau, Perlis. Saya merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Saya mula menulis blog sejak Jun 2006. Blog ini merupakan blog ketiga saya dan merupakan blog pertama saya yang menggunakan WordPress. Saya mula mengenali HTML sejak tahun 1999 dan mula serius membeli hosting berbayar pada Ogos 2006 apabila laman web saya di hosting percuma mengalami pelbagai masalah teknikal.

Pada tahun 1995, saya terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Ketika itu, saya sedang menuntut dalam jurusan Sijil Elektrik Kuasa di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’adzam Syah(POLIMAS), Jitra. Sebelum kecelakaan itu, saya dalam perjalanan pulang dari melawat bekas guru saya di Sekolah Menengah Vokasional Arau pada pagi 30 April 1995.

Akibat kecelakaan itu, saya mengalami patah tulang belakang dan disahkan oleh doktor, lumpuh kekal dari paras pinggang ke bawah. Tulang bahu kanan saya pernah patah. Hampir 2 tahun, saya berada di Hospital Pulau Pinang sebelum saya mampu menulis semula. Kini kecederaan saya di bahu sudah sembuh sepenuhnya.

Tetapi, akibat tidur terlalu lama di atas katil hospital dan di dapat bergerak dalam tempoh yang lama kerana patah tulang belakang, kulit belakang saya melecet dan lebam yang sangat teruk. Jadi, doktor telah buang kesan lebam itu dan menyebabkan ‘luka besar’ (bedsore) yang sukar sembuh sehingga sekarang. Oleh kerana di bahagian luka itu, saya tidak merasa sakit (sebab patah tulang belakang / lumpuh), jadi tidaklah ‘meraung’ setiap hari. Namun kos untuk membeli seperti kapas, pampers, kain gauze, ubat / krim aloo vera dan sebagainya, memerlukan kos yang banyak setiap bulan.

Namun saya cuba untuk berjimat dan berusaha sejak tahun lepas untuk menambah pendapatan melalui laman web ini dan laman RahsiaNiaga.Com. . Saya cuba menyakinkan diri saya bahawa untuk berjaya perlu ada usaha, selalu berdoa, kena ada ilmu dan akhir sekali bertawakal kepada Allah dengan penuh sabar dan tabah. Itulah yang saya ‘pegang’ sebelum ini.

Tetapi, bila saya lihat akaun Maybank saya pada 30 Mei 2007 hanya tinggal RM 1.33,akaun Maybank 30 Mei 2007 sedangkan ubat untuk luka dan kain gauze sudah habis, bil Streamyx dan bil telefon belum dijelaskan lagi dan gas memasak dah habis, saya pening kepala. Boleh ka saya bersabar lagi?

Jika anda prihatin dan kasihan dengan masalah saya sekarang, bantulah seikhlas anda. Saya harap bantuan anda sekalian. Walaupun tak banyak yang mampu anda beri, saya tetap menghargai sumbangan anda. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda sekalian. Amin…

Sila salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Al - Wadiah saya bernombor : 162021342824.

Terima kasih banyak - banyak kepada anda semua membantu saya. Semoga Allah murahkan rezeki anda

sekalian. Amin…

Yang benar,

Badruzamani Bin Azmi,
1, Lorong Machang 4,
Taman Machang Manis,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Jadi sama samalah kita bantu rakan kita yang dalam kesusahan. Ingatlah yang beliau tidak pernah meminta semua ini terjadi dan beliau juga telah menggunakan seluruh keupayaan beliau untuk tidak menyusahkan sesiapa. Beliau juga tidak pernah menghubungi saya untuk meminta saya menulis mengenainya di sini. Apa yang harus kita renungkan ialah perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa dan mungkin hari ini giliran saudara Badruzamani memerlukan bantuan mana tahu besok mungkin giliran kita pula. Kita tidak pernah tahu apa yang ditakdirkan ALLAH kepada kita hari esok.

Comments

17 Responses to “Luahan hati seorang blogger”

  1. Mr April on June 18th, 2007 3:49 am

    Linn,
    Terkejut sangat saya dengan entri ni,baru 24 May yg lalu saya menghantar emel kepadanya bertanyakan tentang satu perkhidmatan,walaupun saudara Badruzamani tidak menawarkan khidmat tersebut tetapi beliau tetap bersusah payah ingin membantu saya dan juga dia.(Dan tidak sedikitpun beliau ceritakan keadaannya)
    Memang baik orangnya!

    Terima kasih Linn kerana menulis entri ni,saya benar2 tersentuh dan teruskan usaha murni ni sentiasa.
    InsyaALLAH dengan perkongsian ini kita dapat mewujudkan masyarakat yg lebih prihatin.
    Marilah bersama kita membantu!

  2. Fuad on June 18th, 2007 1:03 pm

    Semoga saudara Badruzamani diberikan kesabaran yang tinggi..

  3. Mohd Sufian | Rahsia Perniagaan Internet | Rahsia Cari Duit on June 18th, 2007 2:41 pm

    Luahan hati dari seorang blogger……

    Atas usaha yang telah dilakukan oleh alicyber dari SihatSokmo dan alang, tergeraka hati saya untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan pembaca blog saya yang setia, tentang seorang rakan yang benar-benar memerlukan bantuan kita. Beliau yang saya maksudkan…

  4. linn_comel on June 18th, 2007 9:48 pm

    Salam, betul tu Mr April..mari kita sama-sama membantu. Alangkah bahagianya kalau kita boleh buat orang gembira. Walaupun nilai yang kita beri tidak seberapa. Tapi dengan nilai itulah kita dapat membantu orang lain untuk meneruskan kehidupan. Bumi ini bulat, adakalanya kita di atas, adakalanaya kita dibawah. Nasib kita esok hari siapa tahu. Seperti kata Fuad, Semoga Abang Zamani mempunyai kesabaran yang tinggi. Setiap dugaan, pasti ada hikmah yang tersembunyi

  5. BujangJutawan on June 19th, 2007 12:35 am

    InsyaAllah saudara Badruzamani akan berjaya kelak! Amin..

  6. Pak Uda on June 19th, 2007 3:39 am

    saya nak mintak kebenaran untuk letak gambar dan sedutan artikel untuk di letakkan di blog saya juga boleh yek? :neutral:

  7. linn_comel on June 19th, 2007 3:44 am

    Pak Uda,
    Silakan..keje baik ni

  8. Pak Uda on June 19th, 2007 4:01 am

    tima kasih

  9. Muhasabah Diri » Blog Archive » Pohon Bantuan on June 19th, 2007 4:03 am

    [...] ini di copy paste dari LINNCOMEL Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and [...]

  10. ktom on June 19th, 2007 7:59 am

    Linn, ktom tak tahu nak cakap apa, terharu sangat2. Jom, kita sama2 bantu dia.

  11. linn_comel on June 19th, 2007 9:25 am

    Ya. K.Tom,
    Harap2 ramai yg sudi membantu. Nilai bukan ukuran yang penting dapat ringankan beban beliau. :grin:

  12. abgbotak on June 20th, 2007 4:57 am

    insyaALLAH……. kita bantu beliau…….. kita hidup ibarat roda….. mungkin waktu ini beliau di bawah….. nasib kita belum tahu lagi???? harap beliau tabah & redha dgn takdir dari ALLAH. Tidak ALLAH uji hambanya melainkan ujian itu sebenarnya amat kecil / tidak berat utk hambanya agar terus kan perjuangan…… Amin. Kalau lah setiap dari kita hulur RM 10 sekali pun, kalau dah 10 org? 100 org? InsyaALLAH beban beliau akan diringankan. Sbaik-baik manusia ialah manusia yg memberikan manfaat buat org lain……..

  13. Blog Perniagaan Internet - Jana Pendapatan Dengan Ebook » Hidup ini tidak selalunya indah…….. on June 20th, 2007 6:42 am

    [...] Terus saja saya ke blog Linn Comel. [...]

  14. SistemRahsia Blog » Archive » Web Update. Bantu Sahabat on June 22nd, 2007 11:32 am

    [...] dapat tahu perkara ni melalui blog Alang , blog Linn Comel dan blog MohdSufian . Saya tidak merancang apa-apa lagi buat masa sekarang tetapi apa yang saya [...]

  15. Badruzamani Azmi on June 24th, 2007 8:25 am

    Tak sangka seminggu yang lepas meninggalkan pelbagai kenangan. Di saat saya sedang di uji - Nya kerana PC saya ada masalah, Allah membuka pintu hati ramai orang termasuk saudari Linn untuk membantu saya.

    Saya sangat terharu sekali. Sesungguh setiap kejadian itu ada hikmah. Berkat dari kesabaran dan ketabahan saya selama ini, saya mempunyai ramai sahabat yang sudi membantu saya walapun tidak pernah bersua.

    Keikhlasan saudari Linn dan sahabat yang lain amat saya hargai. Saya mendoakan semoga impian saudari Linn termakbul suatu hari nanti dan semoga Allah jualah yang membalas segala bantuan saudari dan sahabat yang lain dengan rezeki yang melimpah ruah dan bahagia selalu. Amin… :)

  16. Mr April on June 24th, 2007 9:26 am

    Insya ALLAH selagi kita semua berada dalam kesatuan dan jalanNya.Hidup kita akan lebih mudah dan kita tak keseorangan…

  17. v786 on June 28th, 2007 4:54 pm

    Sesungguhnya itulah keagungan allah yg sebenar…pandanglah ia pada yg satu jua….

Got something to say?