Gunakanlah forum dengan sebaiknya

Hari ini saya terpaksa menghantar 2 post, walaupun selama ini, saya hanya menetapkan 1 post untuk sehari kerana masalah masa saya yang agak terbatas. Tapi mahu atau tidak, saya perlu juga tulis post ini bagi mengelakkan masalah dikemudian hari.

Saya minta sangat-sangat anda menggunakan Forum Minda Sukses dengan sebaiknya. Kepada yang menghantar email kepada saya secara personal, bercerita tentang masalah, sekiranya masalah anda tidak terlalu personal sehingga melibatkan maruah, saya dengan rasa rendah diri meminta anda, sila Register di Forum Minda Sukses . Disitu ada ruangan Masalah & Selesaikan . Anda tidak perlu meletakkan nama sebenar anda, sekiranya anda malu, gunakan saja nama samaran.

Bukan bermakna, saya tidak ingin membantu anda, tetapi kebelakangan ini, saya menerima email yang masalahnya hampir serupa. Alangkah baiknya, sekiranya masalah itu dibincangkan di forum tersebut, supaya semua orang dapat manfaat, sekaligus dapat menjimatkan masa saya.

Hari ini saja, saya telah menerima 5 email, dan tiga daripadanya adalah saling berkaitan, dan saya rasakan ianya satu masalah yang tidak sama sekali melibatkan maruah. Why not sekiranya anda berkongsi di forum tersebut. Dengan cara itu bukan hanya saya saja yang dapat membantu anda, tetapi forumer yang lain juga dapat membantu. Bukanlah banyak kepala lebih baik dari satu kepala.

Bukan saya tidak ingin membantu anda secara personal, malahan tujuan saya membina blog, forum dan ezine atau apa-apa lagi yang bakal saya keluarkan adalah dengan niat ingin membantu anda. Tetapi anda juga perlu faham keadaan saya.

Saya masih lagi seorang medical staff di salah sebuah hospital swasta di Lembah Klang, saya perlu melakukan tugas-tugas oncall yang menuntut lebih masa untuk tugas dan pesakit saya. Selain menulis blog, saya juga ada perniagaan saya sendiri, as a part time. Saya juga peruntukan masa saya dengan cuba untuk membantu masyarakat seboleh yang mungkin, melalui blog , forum dan ezine.

Setiap hari saya displinkan diri saya bangkit pukul 5 pagi, untuk memberikan masa saya kepada anda. Jadi gunakanlah segala apa yang saya berikan kepada anda dengan sebaiknya. Untuk menjadi ahli forum, anda tidak perlu membayar apa-apa. Saya merayu kepada anda, gunakanlah ia dengan sebaiknya.

Tetapi, sekiranya masalah anda, terlalu personal dan melibatkan maruah, sila hantar kepada saya email personal kepada saya. Saya akan membantu sedaya upaya dengan izin ALLAH.

Ini saja yang nak luah.. Minta maaf ye, kalau ada yang terasa. Wassalam.

Comments

5 Responses to “Gunakanlah forum dengan sebaiknya”

  1. Mr April on June 28th, 2007 3:33 am

    Bangun seawal pukul lima pagi antara ciri-ciri orang yang berjaya.Terutamanya dari segi Islam.Dari segi aura pun masa tu antara waktu terbaik untuk aura minda.
    Antara tokoh barat yang memulakan kerja seawal lima pagi ialah Mary Kay-pengasas komestik yang terkenal.

  2. linn_comel on June 28th, 2007 5:44 am

    Mr. April,
    Saya bangun awal, kerana saya tidak cukup masa, jadi sedikit masa rehat perlu saya korbankan. Tetapi ada juga faedah yang saya dapat, seperti yang anda katakan, waktu itu adalah udara yang terbaik dan mempunyai aura yang terbaik. Disebabkan satu kebiasaan, ianya sudah jadi perkara biasa sejak tahun lepas saya amalkan. Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik.

  3. Mr April on June 28th, 2007 6:09 am

    InsyaAllah pengorbanan masa rehat Linn adalah satu amal jariah kerana perkongsian ilmu yang bermanfaat adalah fardu kifayah dan amal jariah yang tak ternilai.
    Percayalah dengan adanya wujud blog,ezine dan forum yang Linn usahakan itu,mampu membawa perubahan dalam minda masyarakat Islam Melayu dan juga rakyat Malaysia amnya.

    Sesungguhnya Linn tidak keseorangan!

  4. Creareedgemia on September 11th, 2008 8:11 am

    locality constantly viagra on fleetingly

  5. Creareedgemia on September 11th, 2008 6:44 pm

    then non-emblem as upon forever viagra periodically fleetingly

Got something to say?