Anak-anak adalah cermin anda

Hari ini, saya teringin untuk bercerita mengenai anak-anak. Saya juga percaya, dikalangan pembaca blog ini, mempunyai anak-anak berusia bawah 5 tahun. Mungkin Raymond, AbRiza, Mr. April, Mkhairi atau pembaca lain juga mempunyai anak-anak dalam lingkungan ini. Satu perkara yang perlu anda ingat dan ambil ianya sebagai satu pegangan dalam mendidik anak-anak, ketika inilah minda separa sedar mereka berfungsi dengan effektif.

Reaksi Anda akan Menentukan Sikap dan Perilaku Anak. Anak merupakan cermin dari perilaku orangtuanya, jadi ketika membaca point-point di bawah ini,Kaji diri anda, adakah anda memberikan contoh yang baik atau buruk kepada anak-anak anda.

  1.   Anda suka mengritik maka anak Anda akan belajar mengutuk dan mengeluh
  2. Anda suka menciptakan suasana permusuhan maka anak Anda akan belajar berseteru
  3. Anda suka mengingatkan, maka anak Anda akan belajar hidup prihatin dan tak berani berbuat sesuatu.
  4. Anda suka mengasihani anak maka anak Anda akan belajar mengasihani diri sendiri
  5. Anda suka mencemuh maka anak akan belajar menjadi pemalu
  6. Anda suka cemburu maka anak akan belajar iri hati
  7. Anda suka memalukan  anak maka ia akan belajar merasa bersalah
  8. Anda suka mendorong maka ia akan belajar percaya diri
  9. Anda suka bertoleransi  maka mereka akan belajar sabar
  10. Anda suka memuji maka mereka akan belajar   menghargai
  11. Anda menerima anak anda seadanya,mereka akan belajar mengasihi
  12. Anda mendukung anak maka mereka akan menyukai diri mereka sendiri
  13. Anda mengakui mereka maka mereka akan belajar untuk mempunyai sasaran
  14. Anda suka bersedekah  maka mereka akan belajar bermurah hati
  15. Anak diasuh supaya jujur maka mereka akan belajar mengatakan yang sebenarnya
  16. Anak merasakan keadilan maka mereka akan belajar bersikap adil
  17. Anak banyak merasakan kemurahan dan pertimbangan maka mereka akan belajar menghormati
  18. Anak merasa tenteram maka mereka akan belajar percaya pada diri sendiri dan orang di sekelilingnya
  19. Anak merasakan persahabatan maka mereka akan belajar bahwa dunia ini menyenangkan

Pastikan Anak Anda belajar hal-hal yang baik dari Anda dan Kehidupan di sekelilingnya. Kerana anak anda adalah cermin bagi diri anda.

Comments

11 Responses to “Anak-anak adalah cermin anda”

  1. Mr April on June 29th, 2007 2:35 am

    Declaration:
    Linn dan forumer yang lain,saya belum berkahwin lagi(mmm..baru putus dengan awek bulan 8 tahun lepas.Skrg umur pun dah 29 tahun,baru buat komitmen lain pula)
    ************************************************************
    Walauapapun saya memang sukakan kanak-kanak dan pengkajian tentang mereka.
    Terutamanya apabila mereka perlu survive dalam persekitaran yang tidak memihak kepada mereka.Seperti dalam rancangan Bersamamu dimana mereka kehilangan zaman kanak-kanak yang indah!

    Dalam konteks Linn berikan di atas iaitu reaksi ke atas sikap ibu bapa memang tepat dalam mempengaruhi kanak-kanak.

  2. mkhairi on June 29th, 2007 3:48 am

    Assallammualaikum

    Terima Kasih atas topik hari ini. Saya rasa saya dapat ilmu baru sekarang. Memang benar apa yang dituliskan ini. Saya sama umur dengan Mr. April, sekarang saya ada seorang anak lelaki yang baru berusia 5 bulan. Saya tidak arif sangat tentang kanak-kanak ini.
    Kalau Cik Lin ada ilmu tentang kanak-kanak, saya nak bertanya sedikit tentang anak saya ni. Dia terlalu aktif dan sentiasa tidak boleh saya dukung dia dengan duduk setempat. Dia susah untuk menangis. Dari matanya saya nampak dia macam sentiasa hendak bermain. Kadang-kadang sampai 12 malam baru dia tidur. Dari fizikalnya dia sihat dan seawal umur 4 bulan giginya sudah mula tumbuh. Adakah ini satu perkara biasa?

    Maaflah tak de langsung ilmu tentang kakan-kanak. Tu yang banyak tanya.

    TQ

  3. hehkis on June 29th, 2007 3:59 am

    ermmmm….
    tumpang tanya sis lin….

    bagaimana untuk saya menigkatkan konsetrasi @ fokus ???

    ada cara2 untuk saya menigkatkannya????

    sbb seperti kata cik lin yang fokus tu penting kemudian diikti dengan keyakinan……. :?: :?: :?:

    :oops:

  4. Mr April on June 29th, 2007 4:12 am

    W’salam..
    Saudara mkhairi tahniah kerana dah berjaya mendapat baby.Nampaknya lepas ni kena rajin2 la saudara menghadiri kursus ibu bapa…

  5. linn_comel on June 29th, 2007 4:16 am

    Hehkis,

    Rasanya , K.Lin tak bincang pasal fokus, kat entry hari ini, cuba cari etry yag betul yang kita bincang pasal fokus, mungkin dah ada jawapan kat situ. Rasanya lagi baik , kalau buka tajuk ini dekat forum, selain k.lin ramai boleh bantu. Lagi. Maaf ye dik. Pening nanti kalau tajuk lain kita buka benda lain yg dibincang… Pembaca lain pun keliru nanti.

  6. Mr April on June 29th, 2007 4:19 am

    Ya la saya baru jenguk kat forum,nampaknya Hehkis pun baru pos kan tentang kejayaan..Bolehlah pos tentang Fokus kat forum pula.

  7. linn_comel on June 29th, 2007 5:03 am

    Saudara MKhairi,

    Anak aktif tu perkara biasa. Apa yang saya dapat melalui pembacaan saya, Anak-anak yang cerdas lebih aktif daripada yang kurang cerdas. Dan sudah perkara biasa, sekiranya anak-anak tidak suka didukung, kerana mereka inginkan kebebasan. Pada pendapat saya, semua itu normal.

    Apa pun , fakta ini, saya perolehi dari pembacaan saya. Bukan kepakaran saya.

  8. ab riza on June 29th, 2007 6:20 am

    Linn. anak lelaki saya dah sekolahpun…. apa yang Linn tulis memang betul, kekadang bila lihat gelagat nya, teringat perilaku masa kecil dulu, lebih kurang aje….. cuma saya membesar dipersekitaran kampung yang agak lebih lasak.

  9. v786 on June 29th, 2007 8:05 pm

    Alhmdlh, time kasih sbb ada info2 yg baik dan berguna utk saya adaptasikan dlm pada nak membesarkan anak2. Saya ada 3 org anak yg masih lg kecil seawal yg sulong baru berumur 3 tahun. Terlalu besar cabaran untuk mengemudi mereka tp itu sudah menjadi amanah dan perlu kita pegang prinsip itu. Mungkin pembaca yg lain ada juga mengalami situasi spt saya.

  10. Raymond on June 30th, 2007 2:48 am

    Err… belum ada awek lagi mana ada anak?

    Tapi kalau anak murid, banyaklah di sisiku.

    Ilmu ini sesuai jugak diaplikasikan pada anak murid aku.

    Isteri aku lah laptop aku pasal dia ikut aku sepanjang masa dan tak pernah bergaduh dengannya. Anak aku pula … blog akulah. :razz:

  11. linn_comel on June 30th, 2007 2:52 am

    Huhu..Ramai juga orang bujang pembaca blog linncomel ni.. :razz:

Got something to say?