Salam Kemerdekaan
Salam kemerdekaan untuk pembaca blog ini. Semalam kawasan tempat tinggal saya sesak kerana sambutan kemerdekaan yang dijalankan di Ikano dan The Curve. Namun begitu saya hanya melihat kesesakan tersebut dari rumah saya dan tepat pukul 12 malam, saya hanya melihat bunga api yang dilepaskan juga dari dalam bilik saya. Saya sebenarnya tidak sukakan persekitaran yang agak sesak jadi sudah tentu saya tidak menyertai apa-apa acara sambutan kemerdekaan. Cukup dengan menyambutnya dari rumah. Yang penting perasaan bersyukur saya masih ada.
Bersyukur saya dilahirkan di Malaysia. Bersyukur saya kerana negara kita telah merdeka, dan bersyukur saya kerana hidup di negara yang aman dan damai. Pengalaman 2 tahun saya hidup dan berkelana mencari ilmudi rantau orang banyak membantu saya untuk menghargai keamanan dan kedamaian negara kita.
Bersyukur saya kepada ALLAH juga, di atas setiap cabaran yang telah saya lalui, banyak mematangkan saya dalam mengharungi kehidupan. Apa yang pasti kemerdekaan minda itu perlu untuk kita terus mencipta kejayaan dalam kehidupan.
Oleh itu, merdekakan minda anda untuk terus mencipta kejayaan.Hapuskan penjara ghaib yang berada di minda anda. Saya pasti sekiranya anda benar-benar berusaha untuk memerdekakan minda anda. Kejayaan dapat anda capai dengan mudah.
‘7 mitos Kegagalan ‘-Hadiah kemerdekaan ..
Sempena kemerdekaaan yang ke -50 negara kita. Marilah kita sama-sama merdekakan minda kita daripada mencipta alasan yang menjadi punca kegagalan. Seperti yang saya janjikan sebelum ini, Saya akan mengeluarkan report (E-buku) ringkas tentang 7 punca kegagalan selepas Ezine Minda sukses keluaran Ogos dikeluarkan.
Sebenarnya saya sudah lama menyiapkan e-buku ini. Malahan ianya telah disiapkan sebelum Ezine keluaran Ogos saya keluarkan. Terima kasih kepada mastermind yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja pembinaan minisite dan Nuraz bagi kerja grafik beliau.
Rupa-rupanya e-buku ini boleh dijadikan hadiah sempena menyambut kemerdekaan negara yang ke 50. Ini juga bermaksud, Anda bukan sahaja perlu merdeka dari segi fizikal. Namun begitu anda juga perlu Memerdekakan minda anda daripada terus mencipta alasan yang menjadi punca kegagalan anda.
Harapan saya semoga e-buku yang tidak seberapa ini akan dapat membantu anda memecahkan penjara ghaib yang berada di minda Anda.
Untuk mendapatkan e-buku yang tidak seberapa ini, Sila klik imej di atas atau anda boleh dapatkannya melalui www.mindasukses.com/mitos.
Akhir kata, Salam Kemerdekaan untuk semua pembaca blog linncomel. Semoga Minda kita juga sama-sama merdeka sejajar dengan kemerdekaan negara kita.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Konsep diri pemandu teksi.
Lebih kurang 5 kali juga, saya menerima sms dari pemandu teksi tersebut, tentang eksperimen yang dijalankan. Bukan niat nak main-mainkan beliau, tetapi kebetulan juga ketika itu saya berada bersama teman baik saya. Memang sudah jadi kebiasaan jika saya bersama seseorang, saya jarang berborak lama di telefon kerana menghormati seseorang yang berada bersama saya.
Tetapi dengan sms yang masuk beberapa kali tanpa saya reply itu, menimbulkan pertanyaan kepada teman baik saya. ” Siapa yang hantar sms, apasal tak reply”. Saya cuma tersengih, sambil menjawab “alah, mamat yang kita jumpa hari tu, yang driver teksi tu. “O..tak habis lagi pasal mamat tu, “Apasal tak hipnosis je, kan mudah je kerja. Tak perlu nak pening kepala”. Saya hanya diamkan diri, malas nak bagi jawapan , sebab saya tahu apa yang saya buat.
Bukan saya tidak mahu lakukan terapi secara hipnosis. Tapi bagi saya itu biarlah pilihan terakhir, ada sebab mengapa saya membiarkan pemandu teksi tersebut, melakukan setiap perkara sendiri, kerana setiap pengalaman yang diperolehi, harapan saya beliau dapat kongsi untuk membantu orang lain yang mempunyai masalah seperti beliau. Sekiranya hipnoterapi dilakukan, sudah pasti tidak ramai yang akan mendapat manfaat, kerana tidak ramai yang tahu bagaimana untuk melakukan terapi tersebut. Apa pun saya benar-benar berharap, setiap ilmu yang boleh merubah hidup pemandu tersebut, akan dapat membantu orang lain yang bermasalah sepertinya. Sebenarnya itu adalah perjanjian saya dengan pemandu teksi tersebut. Harap2 beliau akan menepati janjinya.
Selepas 3 jam, saya menghubungi semula , pemandu teksi tersebut untuk mendapatkan hasil eksperimen tersebut. ” Ko dah buat ke eksperimen yang aku suruh buat” konon-konon tegaslah ni. “Saya dah buat kak, lebih 10 kali saya buat” Pemandu teksi tu menjawab sambil ketawa kecil. ” Apasal ko buat lebih 10 kali. Aku suruh ko buat sekali je,”Saya menyakat lagi, memang sengaja nak usik beliau. ” Tak boleh ke kalau buat lebih dari sekali?.
Dipendekkan cerita, beliau telah memberikan hasil dan jawapan bagi eksperimen tersebut.
Apabila beliau membayangkan idola beliau, Tun Dr. Mahathir, Beliau melihat Tun muncul di depan beliau, berdiri tegak dalam yang amat dekat dengan beliau. Kelihatan hebat, penuh kewibawaan, Imej yang dtunjukkan juga sangat jelas dan beliau merasa sangat kagum dan ingin menjadi seperti Tun Mahathir.
Apabila pemandu tersebut membayangkan diri beliau sendiri, beliau mengatakan walaupun beberapa kali mencuba, beliau tidak dapat menggambarkan diri beliau dengan jelas. Imej yang keluar juga agak kabur, dan hampir beliau tidak tahu apakah itu imej diri beliau yang sebenar.
Mengapa semua itu berlaku? ini kerana apabila pemandu teksi tersebut cuba membayangkan diri beliau, itulah gambaran bagi konsep diri beliau yang sebenar.Mengapa beliau tidak dapat menggambarkan diri beliau, kerana beliau terlalu sukar untuk memandang dirinya sebagai seorang yang berjaya. Ini berbeza apabila beliau menggambarkan idolanya iaitu Tun Mahathir, beliau dapat menggambarkan dengan jelas, kerana beliau sangat mengkagumi Tun Mahathir sebagai seorang yang berjaya.
Apabila sedikit penjelasan yang saya berikan terhadap pemandu teksi tersebut . Kedengaran suara pemandu tersebut, lebih relaks. ” Jadi kak, apa yang saya perlu lakukan”. Lagi sekali saya mengenakan beliau, “Kalau ko tak nak buat tentang kisah kejayaan tu, ko tak yah buat apa-apa, aku ni kan suka mainkan orang”.
“Ok kak, saya akan buat seperti yang akak suruh”. Itu jaminan yang pemandu teksi tersebut berikan kepada saya. ” Ikut suka ko lah nak buat atau tidak, bukan aku yang bermasalah, ko yang bermasalah”.Jual mahal lagi.
” Saya buat kak, jangan risau,Ini jaminan saya guaranty , dijamin oleh lever brothers.”Mamat tu buat lawak.
Oklah, ko buat je apa ko nak buat. Kalau ko terbuka hati nak buat teknik kisah kejayaan tu, selagi takde hasil, ko jangan call aku. Tetapi jika ada hasil, ko call aku, aku ajar ko 5 teknik lagi. Sampai ko rasa percaya diri.
Tapi kalau ko tak nak buat pasal kisah kejayaan tu, ko jangan call aku, sebab aku tak nak bazir masa, masa aku berharga, ramai lagi yang nak minta aku tolong.
Itulah cara saya melayan beliau, kerana beliau bukanlah jenis yang boleh dilakukan secara berlembut. Dan memang sudah menjadi pantang saya, sekiranya inginkan pertolongan dari saya, saya tidak sukakan alasan. Saya tidak suka membantu orang yang tidak sepenuh hati untuk berubah.
Sebenarnya saya sudah menolak, 2 orang yang meminta pertolongan saya, bukan niat saya untuk tidak ingin membantu. Tetapi disebabkan sikap mereka sendiri, yang serba tidak boleh melakukannya . Jadi saya berpendapat, mereka tidak ingin berubah sepenuh hati. Saya tidak ingin bazirkan masa saya untuk membuat sesuatu yang tidak memberikan hasil. Sekiranya ingin berubah,lakukannya sepenuh hati.
Saalah seorang dari mereka adalah pembaca blog ini. So jika anda benar-benar ingin saya bantu sila ubah sikap, Saya akan cuba membantu semampu yang boleh.Kerana selagi minda anda berfungsi, tiada apa yang tidak boleh anda lakukan. Yang penting lakukan dengan sepenuh hati.
Apa pun kisah pemandu teksi ini masih lagi ada sambungan, hasilnya positif..malah positif daripada yang saya jangkakan. Tunggu!


