Percaya kepada diri sendiri

Hari ini saya ingin menulis tentang sikap percaya diri. Apa yang saya percaya, sekiranya saya inginkan kejayaan. Saya perlu percaya kepada kebolehan diri. Sekiranya saya tidak percaya kepada diri , saya tidak mungkin akan berjaya.Pendek kata, kepercayaan akan mengubah segalanya.

Anda harus percaya yang anda telah diciptakan dengan sempurna, istimewa dan dianugerahkan minda yang luar biasa untuk mencapai kejayaan yang telah menjadi hak anda.

Seperti mana jika anda ingin menyayangi insan lain, anda perlu menyayangi diri anda terlebih dahulu. Begitu juga dengan kepercayaan. Jika anda ingin mempercayai orang lain. Terapkan sikap percaya terhadap diri anda sendiri. Bagaimana orang lain akan mempercayai diri anda, sekiranya anda tidak percayakan diri anda sendiri.

Begitu juga dalam prinsip meneruskan kejayaan. Ada dua kepercayaan yang perlu anda terapkan iaitu percaya kepada diri anda sendiri dan percaya kepada setiap matlamat anda. Anda tidak boleh memilih salah satu diantara keduanya. Sekiranya anda hanya mempunyai salah satu daripadanya , perjalanan proses anda meneruskan kejayaan akan menjadi tempang. Tentu anda boleh bayangkan bagaimana seorang yang terpaksa menggunakan satu kaki, sedangkan untuk meneruskan kehidupan yang sempurna sudah tentu kita memerlukan dua kaki. Fikirkan satu kaki dan dua kaki, yang mana lebih sukar untuk meneruskan prjalanan. Begitu juga dengan kejayaan.

Ketika saya masih lagi belajar di Universiti, saya pernah menjadi seorang jurujual bagi menampung perbelanjaan pengajian saya. Ketika itu terdapat pelbagai produk yang telah saya jual. Dan setiap hari, produk saya akan bertukar. Adakalanya saya perlu menjual pembuka tin, adakalanya saya perlu menjual health guide book, adakalanya saya perlu menjual frame gambar. Walaupun harga barang yang dijual harganya tetapi saya akan mmperolehi pendapatan yang berbeza. Setiap hari. Untuk buku health guide, saya telah berjaya menjual 150 biji dalam masa sehari, kerana ketika itu sebagai seorang pelajar bidang perubatan, saya benar-benar percaya dan yakin akan dapat menjualnya dengan baik. Saya tahu bagaimana untuk menerangkannya , saya juga tahu bagaimana untuk mncari tempat terbaik bgi menjual buku tersebut. Iaitu dikampus saya.

Tetapi tidak bagi produk lain seperti frame gambar, knives set dan lain-lain product. Akibat kurang percaya pada diri dan produk tersebut, saya gagal untuk menjualnya seperti produk health guide tersebut.

Malangnya saya tidak menyedari kesilapan saya ketika itu, sudah terlambat. Jika percaya, jika saya mempunyai pengetahuan yang baik mengenai kejayaan ketika itu. Sudah pasti saya tidak membazirkan masa saya dengan makan gaji. Sudah pasti saya mempunyai keghairahan terhadap perniagaan seperti ketika ini.

Apa pun, setiap pengalaman adalah pengajaran untuk menempuh kejayaan hari esok.

Comments

17 Responses to “Percaya kepada diri sendiri”

  1. Mr April on August 6th, 2007 4:23 am

    Assalamualaikum Linn dan rakan-rakan,

    Memang manusia telah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian seperti yang Allah firmankan dalam surah At-Tiin ayat 4.
    Selebihnya terpulang kepada diri kita membentuk kecemerlangan atau tidak.

    Saya pun macam

  2. Mr April on August 6th, 2007 4:30 am

    Saya pun macam Linn juga dulu,lpas graduate terus kerja makan gaji..bila dah berhenti makan gaji baru nampak peluang-peluang yang lebih besar dalam hidup ini.
    Tapi masa saya berhenti dulu bukanlah kerana nak berniaga tetapi keadaan masa tu memaksa saya berhenti dan pindah ke hotel lama.Tapi lepas tu saya berhenti juga kerana sudah serik dengan apa yang terjadi.

    Inilah yang dinamakan pengalaman dan sejarah mengajar kita..

  3. Raymond on August 6th, 2007 6:02 am

    Ya percaya pada diri sendiri merupakan salah satu unsur yang penting dalam LOA.

    Ask, BELIEVE (Percaya) dan Receive.

    Apabila kita percaya kepada diri sendiri, kita akan attract perkara-perkara yang kita percaya dan merealisasikannya.

  4. linn_comel on August 6th, 2007 6:11 am

    Mr. April,
    Lama tak nampak komen kat blog, Mesti business bagus ni..Betul apa yang dicakapkan nak sukses atau tidak semua pilihan.

    Raymond,
    Betul tu, dalam LOA Percaya itu wajib. Sebenarnya kunci utama adalah percaya pada diri sdiri.

  5. Mr April on August 6th, 2007 6:24 am

    Percaya pada diri sendiri tetapi ada kalanya kepercayaan yang kukuh tergugat dek faktor2 luaran seperti pengalaman kegagalan yang lalu dan ransangan2 negatif daripada orang lain.
    Macam kawan saya baru2 ni..ditipu oleh dua orang kawan baiknya tentang dua perkara yang berlainan.Sedikit sebanyak dia telah menjadi pendendam dan percaya setiap dia tidak boleh menjadi usahawan kerana sejak dari dulu lagi setiap kali dia nak berniaga pasti ada halangannya..

  6. linn_comel on August 6th, 2007 6:44 am

    Mr. April

    Punca utama sebab terlalu banyak halangan untuk jadi usahawan ialah cara berfikir tu yang salah. Bila Mr. April guna perkataan sejak dulu lagi. Bermakna sudah lama masalah ini berlaku.

    Salah satu punca utama, kawan Mr.April tak dapat mengelak dari halangan, sebab sentiasa ingat balik, kenang balik memori indah yang menyebabkan halangan yang berlaku. Jadi tak mustahil, halangan demi halangan baru akan berlaku.

    Bagaimana, kalau Mr.April sarankan supaya ubah cara berfikir. Gunakan emosi positif yang ada sebaik-baiknya. Cipta future baru, buat imaginasi baru, bina kepercayaan baru. Lupakan kisah gelap tu..Fahamkan prinsip LOA. Kuasai Minda, bukan dikuasai minda

  7. Mr April on August 6th, 2007 7:10 am

    Memang dah lama berlaku..
    Saya pun dah nasihatkan cara berfikir sebab dia juga ada mindset yang negatif akibat pengalamannya.Banyak nasihat saya berasal daripada blog ini termasuklah LOA tu(Cuma saya ni bukanlah pakar seperti LInn,Raymond,Mizan dan yang lain).Terima kasih Linn dan semua ahli blog.

    InsyaAllah ada perubahan dalam hidupnya nanti.

  8. zam5597 on August 6th, 2007 7:24 am

    Percaya kepada diri sebenarnya menunjukkan keyakinan diri seseorang. Jika seseorang itu merasa yakin dengan apa yang dilakukan dalam kehidupannya, maka kepercayaan kepada diri dapat dibentuk dengan hebat dan bertambah hebat.
    Kebanyakan orang merasa kurang yakin dengan kebolehan diri. Mereka merasa malu atau takut untuk mencuba sesuatu yang diluar kebiasaan rutin hidup mereka. Namun, jika mereka berjaya untuk mengubah rutin hidup ( tentunya daripada hidup biasa kepada yg lebih hebat ) maka pastinya keyakinan diri akan meningkat.
    Mungkin ada cara-cara tertentu yang Linn boleh cadangkan untuk mengingkatkan keyakinan diri…

  9. Mr April on August 6th, 2007 7:38 am

    Zam,
    berkata-kata macam memberi motivasi..kongsi la ilmu sikit

  10. mijie on August 6th, 2007 4:45 pm

    assalamualaikum,

    ni first time saya komen dkt blog ni rasanya, so izinkan sy tuan punya blog untuk melontarkan komen, dan mungkin sedikit panjang, bila bercakap mengenai percaya kepada diri sendiri, ia berkait rapat dengan keyakinan terhadapt diri kita, sy dulu pernah melaluinya..bila first kerja…dan minggu pertama selepas trainning..dah kena jawab panggilan dari customer dan kn selesaikan mslh2 yang bakal di tanya, so masa tu tidak percaya terhadap kebolehan diri sendiri maka saya ckp sy x nak answer call tu…dan hampir seminggu lepas tu….senior sy bising naper everytime customer call tak nak jawab…lepas tu dia lontarkan kata2 “sampai bila awk tak nak jawab call tu”, kalau tak tahu nak solve mslh pun at least ckp nanti refer dgn senior, lepas tu sy dah mula memberanikan diri untuk menjawab call…dan alhamdulillah skrg ni sy dah tiada masalah nak menjawab call, dan tak takut lagi..walaupun customer tu dari singapore…

    dan ape yang saya cuba sampaikan disini ialah…seperti tulisan oleh tuan punya blog ni..percaya kepada diri sendiri dan percaya yang kita mampu lakukan…

  11. linn_comel on August 7th, 2007 12:22 am

    Betul tu Mijie saya setuju :grin:

  12. redha on August 7th, 2007 12:34 am

    Salam kasih sayang,….
    Memang terlalu mudah utk kita berkata nak berubah, tetapi sukar untuk melaksanakan, sebagaimana solat lima waktu, kalau diikutkan logik apalah susahnya, dgn ganjaran syurga yg dijanjikan dan azab sekiranya mengabaikan sepatutnya sudah cukup utk mendorong umat Islam tidak meninggalkan solat. Allah ada berfirman “sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi org yg kusyuk…”
    Saya rasa kita hanya akan berubah sekiranya kita boleh ubah atau tambah kwn baru, bacaan baru, tontonan baru dgn itu akan mengubah cara berfikir akhirnya tindakan kita dgn sendirinya akan turut berubah, jika tidak, sepertinya kita tiada beza dgn mahkluk bukan manusia.
    Wallahu’alam….

  13. Noorizam Shah on August 7th, 2007 5:35 am

    setuju dengan redha …

  14. akmal on November 15th, 2007 1:59 pm

    :razz: hai apa khabar smua …………..

  15. akmal on November 15th, 2007 2:03 pm

    saya akmal ……………..
    saya tak yahu macam mana nak percaya pada diri saya .
    saya seorang yang mudah gelabah bila disuruh untuk tampil kehadapan….dan memberikan ucapan ….apabila berjumpa dgn guru juga saya menggelabah….hali ini menjukkkan sya ini seorang yang kurang keyakinan diri…..sya tak tahu mcm mana nak selesaikan masalah saya ini…

  16. linn_comel on November 15th, 2007 2:36 pm

    Akmal,

    Saya pernah mengalami pengalaman yang awak rasai. Malahan rasanya lebih teruk. Pupuk keprcayaan dan keyakinan pada diri anda.

  17. Syamsulariff.com » Blog Archive » New room, new layout, new idea, new thing, new phone on May 7th, 2008 11:31 am

    [...] kumpulan kami bagi subjek adult education isnin ini. Apa-apa pun jangan ikut orang, percayalah pada kebolehan diri [...]

Got something to say?