Kisah Kejayaan Pemandu Teksi
Jika semalam bercerita tentang mental block seorang pemandu teksi. Hari ini saya ingin bercerita tentang kisah kejayaan pemandu teksi. Tetapi adalah diingatkan ini bukannya kisah kejayaan yang dialami oleh pemandu teksi tersebut, kerana ia akan menjadi episod terakhir bagi perjalanan cerita seorang pemandu teksi ini.
Selepas saya menerima panggilan daripada pemandu teksi tersebut. Saya bersetuju untuk berjumpa dengan beliau. Dengan syarat pertemuan tersebut adalah berhampiran dengan tempat tinggal saya. Selepas beliau bersetuju, saya menemui beliau di sebuah kedai mamak yang terdapat di hadapan Apartment tempat tinggal saya.
Apalagi, kawan baik saya juga menjadi mangsa apabila beliau terpaksa menemani saya untuk berjumpa dengan pemandu teksi tersebut. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu mengapa saya terbuka hati untuk membantu beliau, mungkin salah satu daripadanya saya ingin membuktikan setiap tanggapan beliau tidak benar, dan ingin membenarkan setiap pendapat yang saya berikan. Akibatnya saya dianggap oleh sahabat saya sebagai membuat kerja gila, kerana saya menemui pemandu teksi tersebut tanpa mengenali nama dan sebenarnya saya sudah pun lupa bagaimana rupa pemandu teksi tersebut. Yang pasti naluri saya mengatakan beliau seorang yang agak muda dan innocent, kerana itulah saya berani untuk berjumpa dengan pemandu tersebut.
Selepas saya memesan minuman, satu pertanyaan yang keluar dari mulut pemandu teksi tersebut ialah, Akak nak tunjuk tentang bisnes apa ni? MLM ke apa? . Dalam hati Ya ALLAH, mamat ni, ada ke anggap aku nak promote bisnes. Kita nak tolong, lain pula yang difikirkan.
Tapi tak apa dipendekkan cerita. Dua soalan penting telah saya tanya kepada pemandu teksi tersebut. Soalan pertama- Sepanjang hidup beliau bekerja, apakah pekerjaan yang paling beliau gemari dan bagaimana pendapatan yang beliau perolehi daripada pekerjaan tersebut. Jawapan yang diberikan,pekerjaan yang paling beliau suka dan menjadikan beliau sentiasa GEMBIRA ialah memandu lori dan pendapatan yang diperolehi agak lumayan.
Soalan kedua - Apakah perasaan beliau ketika beliau bekerja sebagai pemandu teksi. Jawapan yang diberikan ialah, beliau merasa agak TERTEKAN, adakalanya beliauMENITISKAN AIR MATA kerana merasa betapa susahnya untuk mendapatkan rezeki melalui pekerjaan ini.
Off Topik, Anda sebagai pembaca blog ini, sekiranya anda masih mengingati tajuk tajuk LOA saya yang lepas, emosi memainkan peranan penting dalam menentukan setiap perkara yang diingini. Sekiranya emosi kita positif, InsyaALLAH kita akan menarik sesuatu yang positif dalam kehidupan. Anda boleh lihat pemandu teksi tersebut, gembira ketika bekerja sebagai pemandu lori dan seterusnya pendapatan yang diperolehi adalah lumayan.
Tetapi tidak ketika membawa teksi, kerana disebabkan oleh mental block yang dialami, membuatkan perasaan beliau agak tertekan, dan seterusnya menghadirkan emosi negatif terhadap diri beliau.Jadi apa saja yang dilakukan oleh beliau serba tak menjadi.
Sambung cerita pasal pemandu teksi semula. Akhirnya saya bercerita tentang masalah mental block yang beliau alami. Tetapi sekali lagi beliau tidak dapat menerima penjelasan yang telah saya berikan. Saya hampir give up. Sahabat saya sudah beberapa kali menyepak kaki saya, mengajak saya berlalu dari tempat tersebut. Tetapi saya benar-benar faham, tidak semudah itu beliau dapat mengubah kepercayaan yang beliau miliki. Akhirnya saya terpaksa menceritakan satu kisah benar yang berlaku kepada seseorang bagi meyakinkan beliau. Alhamdulillah, sedikit sebanyak masalah ini dapat juga saya selesaikan.
Akhirnya saya meminta beliau melakukan teknik kisah kejayaan sebagai satu cara untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pada diri beliau, seterusnya menghadirkan emosi positif dalam diri beliau.
Bagaimanakah teknik tersebut saya aplikasikan terhadap beliau. Seperti yang saya ceritakan semalam, pendapatan maksimum beliau sebagai seorang pemandu teksi ialah RM100.Jadi saya meminta beliau menuliskan matlamat beliau , untuk mencapai pendapatan RM101 sehari. Dan sekiranya beliau dapat mencapai matlamat tersebut. Beliau hendaklah MENULIS kisah kejayaan tersebut. Begitu juga dengan hari yang seterusnya, Beliau perlu menulis matlamat barumengikut keyakinan beliau setiap hari dan kisah kejayaan juga perlu ditulis setiap hari sebelum beliau memulakan hari baru.
Off Topik mengapa kita perlu sentiasa menulis tentang kisah kejayaan diri kita ?. Minda kita hanya boleh berfikir satu perkara sahaja dalam satu waktu. Jadi fokus kita hanya satu maklumat atau informasi dalam satu saat.Jadi dengan cara ini, kita dapat manipulasi minda kita demi kebaikan.
Ketika kita menulis kisah kejayaan yang kita alami, kita telah mengisi memori minda kita dengan informasi yang positif. Ini seterusnya dapat memaksa minda sedar kita untuk fokus hanya pada hal-hal yang positif. Semakin banyak kita fokus kepada sesuatu yang positif, emosi kita akan menjadi positif, seterusnya diri kita juga akan menjadi lebih positif.
Semakin banyak kita mengisi minda kita dengan kisah kejayaan. Semakin itulah kita akan menjadi lebih positif. Yang penting, kisah kejayaan tersebut perlu ditulis.
Apakah perubahan awal yang berlaku terhadap pemandu teksi tersebut?. Nantikan sambungannya..
Comments
16 Responses to “Kisah Kejayaan Pemandu Teksi”
Got something to say?


minda yang positif menarik idea-idea yang positif untuk membina kejayaan yang lebih baik untuk masa depan yang lebih cerah…
wah… menulis kejayaan menghasilkan pendapatan… kalo tak dapat pendaptan pulak dah tentunya tak perlu kena tulis laaa? hanya kejayaan sahaja…. sehinggit demi sehinggit…
Sebenarnya sebaik-baik cara, tulis semua kisah kejayaan kita tidak kiralah walau kejayaan itu hanya perkara biasa bagi orang lain. Kisah kejayaan adalah bersifat peribadi..
Dalam kes pemandu teksi, itu adalah salah satu cara untuk menimbulkan keyakinan sedikit demi sedikit, seterusnya deactivate program yang menyebabkan mental block yang beliau alami.
Betul Kak Linn, saya makin jelas dengan panduan yang Kak Linn ceritakan tempoh hari. I feel good all the time..
Teringat masa dulu, saya nampak banyak kejayaan2 yang dulu org anggap kecil, TAPI amat menggembirakan saya .Benar, kejayaan adalah bersifat peribadi.
Tak sabar nak mengikuti kisah pemandu teksi ni.
Dikmal dah amalkan teknik ini?. Alhamdulillah testimoni yang positif. Nanti k.lin ajar teknik-teknik lain, semua ada dalam ebook k.lin nanti
dah bermula macam yang disarankan
kesannya, macam yang kak linn tulis di atas tu :
Ketika kita menulis kisah kejayaan yang kita alami, kita telah mengisi memori minda kita dengan informasi yang positif. Ini seterusnya dapat memaksa minda sedar kita untuk fokus hanya pada hal-hal yang positif. Semakin banyak kita fokus kepada sesuatu yang positif, emosi kita akan menjadi positif, seterusnya diri kita juga akan menjadi lebih positif.
Saya merasakan getaran itu. Dan sekarang menarik aura-aura positif di sekeliling saya. Berita baiknya, rezeki juga datang tanpa di sangka2
alhamdulillah. tak sabar tunggu ebook!
sikap mental mendedahkan dirinya daripada seseorang kepada orang lain, tanpa percakapan, isyarat atau tindakan, oleh perantaraan telepati, oleh itu ia adalah berjangkit kata Napoleon Hill dalam bukunya ” ANDA BOLEH MENGHASILKAN KEAJAIBAN SENDIRI BAGAIMANA MELAZIMKAN DIRI UNTUK KEJAYAAN ”
THE ART OF MIND MAGIC
mizan
Tak tulis pada kertas tapi taip pada private blog boleh tak?
Itu yang saya buat.
Selain itu, saya juga pasang niat sebelum dan selepas tidur.
Setiap kali ada je sales yang masuk inbox, saya akan bersyukur dan fokus serta visualisasikan lebih banyak sales lagi (setiap satu jam).
Semua taknik di atas sangat berkesan untuk saya. Mungkin juga sesuai untuk pembaca yang lain
betul tu..
setiap kejayaan perlulah sentiasa diingati dan jangan pandang belakang sebaliknya terus menuju ke depan..
seperti cogankata sekolah saya masa dulu2 ‘ Usaha menuju kejayaan’…
Harap-harap saya juga akan berjaya mencapai matlamat tersendiri…
Assalamualaikum kak Linn, apa khabar? Shueqry here.
Saya juga amalkan teknk ini. apa yang saya buat, tulis matlamat dalam sebuah buku kecil, visualisasikan dan feel good dengan apa yang saya buat sekarang ini, iaitu penulisan motivasi diri dan Internet marketing. Saya hadirkan rasa enjoy, seronok dan rasa ghairah (passion).
Kesannya, untung ada yang masyuk dan masalah kewangan dapat dikurangkan. Saya juga sentiasa mengingatkan diri sendiri kisah-kisah kejayaan orang lain seperti Steve Pavlina, Anthony Robbins, Lance Armstrong, SaifulSham, SultanMuzaffar dan Irfan Khairi.
Saya tak benarkan sama sekali minda saya untuk memikirkan masalah, bahkan saya tukar ia pada cabaran. Lalu, saya katakan pada diri saya akan buat apa saja cara yang halal untuk menyahut cabaran tu.
Segala pencapaian diri dan kejayaan kecil (personal sucess) saya tulis di dalam buku nota saya dan saya lihat berkali-kali dalam sehari. Ia membuat saya rasa gembira dan makin bersemangat.
Raymond,
cara kita sama. Saya pula selain di private blog, saya tulis sekali di buku nota kecil tu yang saya bawa ke mana-mana. Bangun pagi saya bukan note book tu dan sebelum tidur, saya baca lagi note book tersebut.
wow, sungguh menarik artikel kak Linn hari ini, tq !!
bersemangat saya membacanya
- shueqry -
Raymond,
Kita berlainan guru..Jadi cara kita mungkin agak berlainan. Guru saya mengatakan sila tulis samada affirmasi dan kisah kejayaan atau apa saja dengan menggunakan tangan. Bukan ditaip.
Jadi bila melihat pada senario ini, segalanya adalah bergantung pada kepercayaan individu. Jadi cara selamat buat seperti shueqry. Kedua-dua cara dia buat.
Cerita yang menarik. Emosi sangat penting. Ramai yang tidak berjaya kerana energi emosi yang tidak selari dengan apa yang mereka inginkan.
Sebenarnya saya pernah dengar bahawa penulisan (memegang pen atau pensel) dapat membantu dengan cara mengaktifkan point-point akupuncture kita. Jadi ia lebih berkesan berbanding dengan menaip.
Tapi aku ni malas sikit. Aku dah tak suka menulis sejak kecil lagi.
Masa kat universiti dulu pun macam ini. Pergi ke kuliah dengan sebatang pen je (untuk tandatangan kehadiran) dan tak bawa sebarang kertas pun.
Masa nak exam baru pinjam nota daripada kawan untuk photostat
Routine aku pada masa itu ialah
pergi - dengar - balik
Tabiat itu berterusan sehingga sekarang.
Saya lebih suka menaip daripada menulis kerana:
1. Ia kemas
2. Ia cepat
3. Mejaku tersusun
4. Dokumen Tak hilang
Thanks to the technology. Sekarang ada iPod dan PDA.
Tak perlulah bawa buku nota.
Kalaulah aku boleh jadi macam Shueqry yang membuat kedua-duanya. Tentu best kan.
But, who’s stopping me?
(myself)
Raymond,
Point di sini, just be yourself..
means, buat apa yang awak rasa selesa, as log as it still producing the same result. We Are all unique!
Only you can stop yourself, thats true
Masing-masin gada cara tersendiri. Bak kata Nikki, caramu dan caraku berbeza, janji hasilnya sama!
Saya buat keduanya sebab :
1. Saya masih guna desktop pc, kalau laptop atau PDA mahupun iPod, blum ada lagi, sebab saya mahu beli rumah sendiri dulu baru saya lengkapkan teknologi untuk kegunaan harian .. sekarang still in rented bachelor room yang sempit dan berkongsi ngan kawan.
2. Saya selesa dengan kedua-dua cara ! Tambahan pula, buku tersebut banyak saya tuliskan dengan motivational quotes, dari Anthony Robbins terutamanya. Baca sebelum tidur dan selepas bangun, ketika habis sesi renang dan sebelum nak buat kerja. Ia banyak membantu ..
- shueqry -
[...] Kenapa perlu mengeluh tiada duit untuk bayar hutang? [...]
[...] Malam semalam saya terlalu letih jadi saya tidak sempat berkongsi cerita tentang kisah pemandu teksi. Jadi sekarang saya akan menyambung kisah pemandu teksi ini. Kepada yang baru pertama kali datang ke blog ini dan berminat untuk mengetahui tentang pemandu teksi ini anda boleh rujuk pada tajuk Mental block pemandu teksi dan kisah kejayaan pemandu teksi. [...]
[...] saya syorkan anda membaca artikel ini yang saya ambil dari blog Linn Comel. Artikel penuhnya boleh anda baca di sini. mengapa kita perlu sentiasa menulis tentang kisah kejayaan diri kita ?. Minda kita hanya boleh [...]