Seminar Percuma Untuk Anda..
Sejak saya menulis di blog ini sehingga kehari ini, sebenarnya saya banyak menerima email yang bertanyakan tentang bagaimana untuk melakukan perniagaan internet. Malangnya saya hanya boleh memberikan keterangan secara ringkas sahaja, kerana saya juga masih lagi bertatih dalam bidang tersebut.Jadi saya hanya dapat menyarankan anda untuk menghadiri kursus perniagaan internet seperti yang dianjurkan oleh Saifulsham.
Sekiranya anda masih lagi ingat, saya pernah mengatakan bahawa saya akan melakukan satu perniagaan yang juga memberikan manfaat kepada anda. Ya, satu berita baik untuk anda.kini masanya telah tiba untuk saya mengumumkannya.. Kami akan menaja anda untuk menghadiri seminar perniagaan internet yang dianjurkan oleh saifulsham dan satu lagi pilihan seminar untuk anda iaitu seminar perniagaan sms iaitu seminar yang dianjurkan oleh saudara Irwan Dahnil.
Buat masa ini, saya telah mengadakan perbincangan secara tidak formal dengan saudara Irwan Dahnil, tentang tajaan ini. Alhamdulillah feedback yang amat baik daripada saudara Irwan Dahnil. Saya juga ada memaklumkan kepada Saifulsham melalui email, mengenai rancangan kami ini.
Mengapa saya memilih kedua-dua seminar ini. Sebenarnya kami merancang untuk terus mencari seminar-seminar yang lain.Namun buat masa ini keutamaan kepada seminar Saifulsham, kerana mereka adalah mentor saya, dan saya menghadiri seminar ini secara PERCUMA, kerana saya telah berjaya memenangi pertandingan menamakan tajuk buku mereka yang pertama iaitu Rahsia Buat Duit DenganInternet. Jadi tidak salah, jika saya membalas budi mereka dengan menaja anda untuk menghadiri seminar mereka.Namun yang lebih penting adalah kualiti ilmu yang mereka sampaikan, bagi saya adalah terbaik.
Mengapa seminar smswang menjadi pilihan saya, kerana itulah satu-satunya seminar yang mengajar anda memperolehi wang melalui sms. Jadi inilah peluang kepada anda untuk merebut tempat supaya menceburkan diri dalam perniagaan ini.
Jadi bagaimana untuk mendapatkan tajaan daripada kami?
Sertai affiliate magnet rezeki. Tunjukkan kesungguhan anda . Peluang ini akan dimiliki oleh setiap affiliate yang memenuhi syarat-syarat kami. Apakah syarat-syaratnya?
Tunggu!!!! masanya akan tiba tidak lama lagi..Yang pasti syaratnya amat mudah, Hanya anda yang perlu membuktikan kesungguhan anda. Setiap bakal affiliate kami mempunyai peluang sama rata, asalkan anda memenuhi syarat-syarat kami. Semoga dengan wujudnya konsep tajaan seminar ini, akan memberikan manfaat kepada anda semua.
P/S: Nantikan hari pelancaran ebook magnet rezeki pada 18 september 2007.
Saya tidak akan menyatakan harga e-book ini di sini. Tetapi, potongan harga melebihi 60% akan diberikan pada hari pelancaran ebook ini. Anda tidak perlu mengeluarkan wang sehingga RM50 ketika hari pelancaran tersebut, malahan ianya tidak mencecah RM 33 untuk anda memilikinya, ketika hari perlancaran. Jadi jangan lepaskan peluang ini,kerana promosi tersebut dijalankan bagi menghargai pembaca blog ini dan individu yang mempunyai kesungguhan untuk memilikinya.
Comments
9 Responses to “Seminar Percuma Untuk Anda..”
Got something to say?


Salam kasih sayang,
Tahniah buat linn, semoga terus maju dgn cemerlang. Terima kasih atas sumbangan anda dlm membina ‘minda insan berwawasan’, semoga terus berkongsi ilmu yg bermanfaat bersama menyumbang utk kesejahteraan ummat.
Semoga diberkati. Amin…
Salamesrabadi…
Teringin juga nak sertai seminar secara percuma ni. Dah lama sangat berangan nak sertai seminar RBDDI dan SPSMS, namun keperluan lain yang terpaksa diutamakan membuatkan impian sering tertunda.
Harap-harap cabaran ini lebih mengutamakan para newbie. Dalam kebanyakan peraduan sebelum ini, pemenangnya hanya dari kelompok ‘otai-otai’ sahaja. Para newbie hanya jadi tukang tepuk dan tukang sorak jer…
KA’AB,
Ini bukan peraduan atau pertandingan. Peluanga adalah sama rata. Tidak kira Otai atau newbie . Yang penting tunjukkan kesungguhan dengan memenuhi syarat yang kami kenakan.
eh, seminar percuma?!Betul ke Linn? saya berminatla nak join seminar Irwan Dahnil tu…
Assalamulaikum…
Semoga segala usaha murni yang linn akan dan telah lakukan itu semua mendapat keredhaan dari Allah dan menjadi ilmu yang bermanfaat dan menmafaatkan kepada orang lain selagi ada bulan dan matahari.
Salam perjuangan…
terima kasih linn comel..
Morning,
Ini bukan seminar free… ianya perlu dibayar.. thanks
seminar percuma tu kat mana kak linn? pelancaran e-Book tu pulak bertempat di mana?
Gereng, seminar ini memang berbayar, tetapi pihak kami yng akan membayar untuk affiliate yang benar-benar menujukkan kesungguhan
Well ,perlancaran ebook esok di blog ini. seminar bergantung kepada tarikh pihak penganjur, jika ada yang layak menyertainya atas tajaan kami. Kami akan memklumkan kepada anda