Kursus Master Reiki Kundalini
Hari ini saya menerima email daripada Saudara Sayyid yang meminta saya mengumumkan tentang kursus reiki yang beliau jalankan. Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari kursus master reiki secara jarak jauh, anda boleh mempelajarinya dari pada saudara Sayyid.
Saudara Sayyid telah membina satu modul kursus secara jauh master reiki kundalini. Antara perlatihan yang berada di bawah modul beliau ialah
? Rawatan Penyembuhan
? Rawatan Penyembuhan Jarak Jauh
? Meditasi Kundalini Reiki
? Pembersihan Energi Negatif
? Perbaiki Hubungan Karma
? Rawatan situasi / kualiti.
? Kristal Reiki / Diamond Reiki
? Trauma Kelahiran
? Pembersihan Lokasi
? Mengatasi Masalah Orang Berhutang
? Teknik Memberi Attunement Kundalini Reiki Kepada Orang Lain (Peringkat Master)
Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari kursus ini, sila klik URL yang diberikan http://www.freewebs.com/energy-reiki/. Anda boleh membaca secara detail tentang kursus yang dianjurkan oleh saudara Sayyid .
Secara peribadi , saya merasakan yuran yang dikenakan amat berpatutan iaitu RM650 ,kerana melalui pengalaman saya, saya terpaksa membayar RM1500, untuk kursus reiki advanced level sehingga ke master reiki.
Jadi jangan lepaskan peluang ini. Semoga anda akan mendapat manfaat daripada kursus yang dijalankan oleh saudar Sayyid .
Memaafkan
Forgiveness is our compassionate acceptance of reality,
not the approval of how things should be or should not be.
It is the gentle and profound surrendering
of whatever should be happening in our lives,
into accepting the perfection of what is now happening.
Bulan syawal sudah sampai ke penghujungnya.Pada permulan syawal saya yakin ramai diantara kita dihujani dengan sms, email dan juga percakapan dari mereka yang terpenting dalam hidup Anda.
SMS yang paling ringkas, pasti berbunyi selamat hari raya , maaf zahir dan batin. Yang panjang sikit siap berpantun bagi memohon kemaafan. Apa yang pasti ramai diantara kita mengambil manfat daripada bulan syawal yang mulia ini untuk memohon kemaafan.
Adakah kita sempat berhenti sejenak untuk memahami erti “kemaafan” tersebut? Ketika kita sibuk membalas sms-sms tersebut, apakah dalam hati kita benar-benar tulus untuk memaafkan orang tersebut? Ataukah ini hanya sebahagian daripada ritual dan kebiasaan kita menyambut syawal sahaja?. Tanya diri anda, dan jawab sendiri
Sebelum melakukan tindakan memohon maaf dan memaafkan orang lain, sudahkah kita lakukan proses kemaafan bagi diri sendiri secara tulus?
Apakah benar bahawa perasaan kita, samada gembira atau sedih,sentiasa berubah disebabkan oleh orang lain? Bukankah sebenarnya seluruh hidup kita, baik atau buruk, bergantung kepada diri sendiri? Betapa tidak adilnya kita menyalahkan orang lain, kerana kita yang bertanggungjawab ke atas kehidupan kita sendiri. Sudahkah kita memohon maaf dan memaafkan diri sendiri di atas pelbagai “penjara batin” yang kita ciptakan? Yang menjadi akar dari segala keluhan dan penderitaan kita sendiri?.
Panduan untuk affiliate-www.magnetrezeki.com/guide
Mind Power versi mat salleh-www.mindpower101.com
Barbara Wilford
Hari ini saya cuba untuk bercerita tentang post yang agak santai. Walaupun ianya agak santai, tetapi ianya masih juga berkaitan dengan minda.
Sebenarnya dalam minggu lepas saya asyik teringat dan terus teringat tentang ketua kursus iaitu Puan Barbara wilford saya ketika saya belajar di Teesside University.
Walaupun saya sebenarnya hampir-hampir melupakan wajahnya, tetapi pasti ada sebab yang membuatkan saya teringatkan beliau berlaku.
Sebab yang pertama, saya terpaksa membuka balik nota-nota yang telah saya pelajari kerana saya mencari informasi yang saya perlukan tentang anatomi manusia yang saya telah lupa, akibat terlalu lama tidak ‘involve’ dengan anatomi tersebut. Akhirnya seminggu lepas apabila dihadapkan dengan kes terpencil tersebut. Saya terhegeh-hegeh mencari maklumat di internet. Bersyukur dengan adanya teknologi internet ini.
Satu perkara lagi yang saya teringatkan Puan Barbara, apabila saya menyedari bahawa kesemua sijil daripada sijil lahir, UPSR, SRP sehingga Ijazah saya telah hilang. Saya tidak menyedari sejak bila file itu tiada, kerana saya baru saja menyedarinya juga seminggu yang lepas. Jadi saya hanya memperbaharui sijil kelahiran, sijil-sijil lain saya abaikan kerana saya sudah nekad tempat saya bertugas sekarang adalah yang terakhir untuk saya makan gaji.
Tetapi agak malang sedikit, saya memerlukan Ijazah saya untuk ‘renew’ license bertugas.Tanpa license tersebut saya tidak dapat menjalankan tugas, apabila tempoh tamat ‘license’ saya berakhir. Jadi ini membuatkan saya terfikir tentang Puan Barbara Wilford.
Tiba-tiba semalam saya menerima panggilan yang tidak disangka-sangka, dari Puan Barbara, memberitahu beliau akan datang ke Malaysia untuk bercuti. Dan akan ke Langkawi untuk kali kedua. Minat betul dia pada langkawi.Adakah insiden-insiden yang saya alami itu hasil kerja minda?


