Kekayaan segera?

Kalau kita kaji, sekarang makin banyak lambakan barangan segera untuk memudahkan kehidupan kita seharian. Jika dulu kita hanya mempunyai mee segera, tetapi hari ini pelbagai makanan segera yang kita boleh jumpa .

Antaranya roti canai segera, murtabak segera, kari segera dan pelbagai lagi barangan segera yang tumbuh dalam tempoh ini.

Mungkin tarikan daripada barangan segera ini jugalah, menyebabkan ramai dikalangan rakyat Malaysia , inginkan kejayaan dan kekayaan segera. Tidak hairanlah skim cepat kaya tumbuh dengan banyaknya, akhirnya ramai yang tertipu akibat inginkan kekayaan dengan segera.

Sekira kita kaji, jutawan-jutawan atau orang-orang kaya yang terkenal. Tidak semuanya mencapai kejayaan dalam masa dua hari, dua minggu ataupun dua bulan. Kesemua mereka melalui proses yang sama, iaitu berperingkat mengikut keadaan . Adakah anda tahu bagaimana hebatnya mereka menempuh ranjau kegagalan dan kejatuhan untuk mencipta kejayaan. Jadi untuk mencipta kejayaan tersebut, anda perlu tahu kekuatan mental benar-benar menyumbang kepada kejayaan seseorang individu.

Walau bagaimana hebat pun buku yang di tulis oleh Joe Vitale, Anthony Robbin, sekiranya anda membaca tetapi tidak mengamalkannya adakah anda akan berjaya?

Seperti yang saya nyatakan di dalam e-book  magnet rezeki. Faktor kegagalan seseorang adalah disebabkan oleh konsep diri yang lemah, mental block dan lain-lain lagi. Sekiranya anda tidak berusaha untuk meninggikan darjat konsep diri anda, sekiranya anda tidak berusaha untuk mengatasi kepercayaan dan mental block anda. Anda pasti tidak kemana hanya di takuk lama.

Orang sekeliling hanya membantu anda. Tetapi anda yang perlu membantu diri anda sendiri. Pesan saya , sekiranya anda tidak dapat meleraikan punca yang membelenggu kegagalan anda, Sila jangan fikirkan untuk mendapat kejayaan atau kekayaan segera, kerana kejayaan yang besar adalah hasil daripada kejayaan kecil.

Comments

6 Responses to “Kekayaan segera?”

  1. rumpunharmoni on October 5th, 2007 9:48 am

    Terima kasih linn,

    Setiap sesuatu Allah jadikan telah ditetapkan(qadak). Semua yg di bumi dan di langit dan segala isinya “bergerak mengikut ketetapan(perjalanan)(qadar)masing-masing, ia tidak boleh “mengubah haluan diri sendiri”, kecuali MANUSIA Allah kurniakan AKAL yang mampu mengubah “haluan diri sendiri” (”Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri”) juga mampu mengubah ketetapan perjalanan “makhluk” lain (berbagai penciptaan dan pengubahsuaian genatik).
    Malangnya adakah kita menurut perintahnya dalam proses “menguruskan alam” ini dan mengubah ‘nasib diri’? . . atau membiarkan orang lain dan ‘pengaruh sekeliling’ menentukan nasib kita?…
    E-book linn magnet rezeki
    boleh membantu bagaimana caranya berkesan mengubah ‘nasib diri’.
    Wallahu’alam…

  2. linn_comel on October 6th, 2007 4:34 am

    Saya setuju dengan apa yang saudara Rumpun Harmoni katakan.Selagi manusia dikurniakan akal, Selagi itu manusia mampu berusaha bagi mengubah haluan kehisupan kearah kebaikan

  3. Superwoman malaya at Syamsulariff.com on October 7th, 2007 7:59 pm

    [...] kepada blogger wanita agar mereka tahu akan kewujudan entri ini : linn, ibu merah, cikgu fauziah, melor, fawari, dikmal, sara, wanita, tudung bawal, nazira, nurulanis, [...]

  4. Raymond on October 7th, 2007 9:07 pm

    Saya dah kembali. :)

    Sebenarnya saya mengambil masa 8 tahun untuk menyedari hakikat ini.

    Pelbagai buku yang hebat-hebat telah saya baca. Tetapi kesannya sama je. Entah mengapa.

    Sehinggalah saya menemui jawapannya awal tahun ini. :razz:

  5. Well on October 8th, 2007 9:05 am

    Salam linn…sy ada sedikit kekeliruan nak tanya….minda separa sedar kita x menerima unsur negative kan? klu kanak2 yang masih menggunakan minda separa sedar kenapa plak semua perkara dia terima x kira +ve atau -ve sedangkan dia guna minda separa sedar?

  6. linn_comel on October 8th, 2007 9:16 am

    Well,
    Awak kena kaji betul2 minda separa sedar.

    Minda separa sedar menerima tidak kira positif atau negatif. Dan tidak kira ianya positif atau negatif minda akan menerima ianya sebagai sesuatu yang benar.

Got something to say?