Forgive but Cannot forget
Sebelum saya menulis dengan lebih jauh, saya mengambil kesempatan yang ada ini, untuk mengucapkan salam Aidil adha kepada pembaca muslim, tidak kira dari mana jua anda berada tidak kira di Malaysia, Brunei, Singapura , Indonesia dan juga pembaca dari Arab saudi dan Mesir. Jika sebelum ini saya menganggap pembaca blog ini,hanya datang dari Malaysia. Ternyata sangkaan saya itu silap kerana apabila meneliti kemasukan traffik ke blog juga datang dari negara luar dan ada juga yang menghantar personal email daripada pelajar yang sedang menuntut dan bekerja di Germany, Russia, London dan Ireland. Terima kasih untuk anda semua yang sudi menjenguk blog saya yang tidak seberapa ini. Sekali lagi salam aidil Adha untuk anda semua. Semoga kita sama-sama dapat menghayati pengorbanan nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, Pengorbanan yang dilakukan ikhlas kerana ALLAH.
Bercerita pasal keikhlasan. Saya ingin menyentuh tentang satu prinsip yang dipegang oleh ramai dikalangan sahabat saya., iaitu “Forgive but cannot forget“. Atau saya mentafsirkannya dalam bahasa melayu, “memaafkan tetapi tidak akan lupa“. Sebenarnya prinsip ini pertama kali saya temui dalam hidup saya pada 7 tahun yang lepas. Ketika itu, saya masih belum matang agaknya. Jadi saya tidak pernah terfikir apa yang tersirat disebalik prinsip tersebut.
Tetapi semalam, terdetik di hati saya untuk berfikir kembali, Pelbagai persoalan timbul di kepala saya. Salah satu pertanyaan yang hadir, Adakah ikhlas, sekiranya memaafkan tetapi tidak akan melupakan kesalahan yang dilakukan oleh orang tersebut?. Adakah individu yang memegang prinsip seperti itu benar-benar memaafkan tulus dari hati atau sekadar memaafkan untuk menyedapkan hati sendiri .
Jika sekali lagi dikaitkan dengan minda. Sekiranya kita sentiasa mengingati sesuatu perkara samada negatif atau positif sebenarnya kita akan menarik semua itu dalam kehidupan kita. Jadi tidak mustahil kejadian yang ‘dimaafkan tanpa melupakan’ itu akan hadir semula dalam kehidupan kita.
Jadi adakah kita perlu memaafkan dan terus melupakannya atau memaafkan tetapi tidak lupa setiap perbuatan yng telah dilakukan perlu dijadikan prinsip?.Jom kita sama-sama bincang.
Comments
9 Responses to “Forgive but Cannot forget”
Got something to say?


Salam Linn,
Kita perlu memaafkan dan terus melupakannya. Mengingat hanya sebagai pelajaran agar tak terulang lagi. Itu saja. Terima Kasih.
Rass
Salam kasih sayang,
Kemaafan yg ikhlas beserta dgn niat melupakan 100%, dan berusaha melupakan setiap kali teringat kesalahan tersebut dgn mencari dan memikirkan kebaikannya semata-mata.
Pasti ada rahsia kebaikan yg tak terjangkau oleh akal biasa.
Salam Linn,
Saya ingin megucapkan “Selamat Menyambut Aidil Adha”, Eid Al Adha Mubarak pd Linn dan semua pembaca Muslim disini. Semoga Allah SWT menerima semua amalan kita.
Salam Ceria.
Setiap pengalaman ada baik dan buruknya.
Pada pendapat saya, kita perlu ingat yang baik dan lupakan yang buruk.
Ingetkan pengajaran dan lupakan dendam.
[...] kepada anda yang sering bertandang ke blog ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf zahir dan batin. Semuga kita sama-sama menghayati erti pengorban yang sebenar. Satu pesanan penaja dari saya kalau [...]
Selamat Hari Raya Aidiladha,
Salam kemaafan, fikirkan yang baik-baik lupakan keburukan. Berkorban keegoan, berkongsi kelebihan, hukum ganjaran pasti berlaku, posisikan minda kita dalam mood sesuai dgn apa yg kita fikirkan selalu.
Sejahtera semua……
Terima kasih atas pendapat di atas, saya setuju dengan pendapat, ingat kebaikan dan lupakan dendam
Kita perlu memaafkan antara satu sama lain.
Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih.
Baru teguh peribadi.
Yang baik jadikan tauladan yang buruk pula jadikan sempadan…
Salam…hari ini hari kedua saya bekerja selepas cuti hari raya.
Hati akan tenang,jiwa akan menjadi mantap dan minda akan menjadi hebat jika sentiasa memaafkan orang lain.Perlu diingat kerana diri sendiri sering melakukan kesalahan,kerana setiap manusia tidak sempurna dan akan sentiasa melakukan kesalahan dalam hidup.
Sentiasalah memaafkan orang lain kerana kita juga selalu melakukan kesilapan terhadap orang lain