Inginkan memori indah?
Tinggal lagi 2 hari untuk kita menemui tahun baru 2008. Tahun 2007 pula bakal menjadi sebuah memori di dalam hidup anda. Adakah memori yang bakal anda tinggalkan nanti memori indah yang bakal anda kenang dan menjadi penguat diri anda untuk terus berjaya, Atau ianya adalah satu memori hitam yang perlu anda lupakan dengan harapan ianya tidak akan berulang kembali satu hari nanti.
Sekiranya anda bertanya saya, apakah memori buruk yang tidak dapat saya lupakan pada tahun 2007. Secara jujur, saya mengatakan di sini, saya mengatakan saya tidak mempunyai satu pun kenangan atau memori yang pahit pada tahun 2007. Malah kehidupan saya penuh dengan memori indah yang tidak mungkin saya lupakan. Malahan di tahun 2007 saya mempunyai memori yang paling indah yang tidak dapat saya lupakan kerana ianya benar-benar mengubah kehidupan saya terutama dari segi kekuatan spiritual. Syukur Alhamdulillah. Apa yang saya tulis di atas adalah pengakuan jujur dan tulus dari lubuk hati saya. Adakah anda ingin mempunyai memori yang sentiasa indah seperti saya? . Adakah anda ingin tahu apakah rahsianya?
Sebenarnya kaedah yang digunakan adalah tidak sukar, ianya cukup mudah. Malahan anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk memperolehi segala memori yang indah dalam kehidupan anda.Kaedahnya ialah…
Sentiasa bersangka baik atau mempunyai persepsi yang baik dalam apa jua keadaan yang berlaku. Sekiranya anda inginkan kegembiraan dan berpanjangan sentiasalah mempunyai persepsi yang baik samada terhadap orang lain atau apa jua keadaan yang berlaku dalam kehidupan anda.
Setiap apa jua yang berlaku dalam kehidupan anda, terima ianya sebagai sesuatu yang positif. Sekiranya anda masih sukar juga untuk mencari ianya sebagai sesuatu yang positif, carilah walau sedikit kebaikan yang hadir disebalik kejadian itu. Individu yang terlalu banyak mempunyai memori yang buruk adalah individu yang sentiasa mempunyai pemikiran dan persepsi yang negatif, cara berfikir lebih kepada yang negatif. Jadi tidak mustahil kehidupan penuh dengan peristiwa yang negatif seterusnya meninggalkan memori buruk dalam kehidupannya. Tidakkah anda terfikir setiap kejadian yang berlaku adalah anugerah ALLAH. Setiap perkara yag berlaku pasti ada kebaikannya kerana ALLAH amat penyayang kepada hambanya. Jadi tidak keterlaluan saya mengatakan, sekiranya setiap kejadian yang anda alami anda pandang ianya sebagai sesuatu yang negatif .Ini bermakna anda mempunyai persepsi yang buruk terhadap Sang Pencipta. Jadi sekiranya anda inginkan kebahagiaan dan kegembiraan yang berpanjangan,sentiasalah mempunyai persepsi yang positif dalam kehidupan anda. Bagaimana kalau saya sarankan dalam list azam untuk tahun 2008 nanti. Masukkan sekali “sentiasa mempunyai persepsi yang positif dalam kehidupan”. Anda pasti akan bahagia.
Rahsia kedua, bagaimana untuk sentiasa gembira dan bahagia ialah, sentiasa bersyukur. Adakah bersyukur benar-benar membuatkan kita bahagia? . Ya, benar anda akan merasa benar-benar bahagia jika anda bersyukur. Saya telah mengalaminya dan saya ingin anda mengalaminya . Beryukurlah dengan penuh keikhlasan, bersyukurlah sehingga anda mengeluarkan air mata sebagai tanda keikhlasan anda. Anda pasti akan merasa nikmat disebalik perasaan syukur itu. Saya sudah mengalaminya dan saya ingin anda juga mengalaminya.
Saya tidak dapat menggambarkan betapa bahagianya perasaan saya, kerana itu, saya ingin anda merasai dan mengalaminya sendiri. Rasakan sentuhan spiritual yang benar-benar akan mengubah perasaan dan kehidupan anda. Jika dulu, anda menangis, kerana kesakitan atau kesedihan. Belajarlah untuk menangis kerana anda benar-benar ikhlas. Lakukan, anda pasti akan merasa nikmatnya. Nikmat menangis ketika anda menadah doa tanda bersyukur kepada yang Esa. Terlalu bahagia, kebahagiaan yang hanya dapat dirasa hanya bagi yang mengamalkannya.
Sekali lagi saya sarankan masukkan ‘bersyukur ‘ ke dalam list azam anda 2007. InsyaALLAH saya akan sambung lagi tentang tajuk bersyukur dalam entry yang akan datang.
Comments
7 Responses to “Inginkan memori indah?”
Got something to say?


Bagi saya, tahun 2007 penuh dan padat dengan unsur pembelajaran.
Ia merupakan tahun pertama saya berjinak-jinak dalam bidang internet marketing. Walaupun belum terrer lagi, tapi sudah banyak perkara yang saya pelajari.
Daripada tak tahu apa itu domain dan hosting kepada seorang blogger sekarang.
Sari segi spiritual pula dapat dilihatkan perkembangan yang amat memberangsangkan.
Saya rasa tahun ini merupakan titik pusingan dalam hidup saya.
Saya berasa cukup bangga, gembira serta bersyukur dengan pencapaian dalam tahun ini dan berazam untuk meningkatkan lagi pencapaianku pada tahun depan.
syukur alhamdulillah,
tahun 2007 bagi saya juga adalah tahun yang paling indah bagi saya kerana telah mendapat ilmu yang sangat bermanafaat dari blog lincomel.
terima kaseh lin….
moga Allah merahmati dirimu,keluargumu dan semua pengunjung blog lincomel……
terima kaseh….
[...] Semuga anda bertambah ceria hari ini bagi menanti detik kedatangan 2008 nanti di samping meninggalkan tahun 2007 dengan penuh kenangan terindah. Dan juga semuga anda dapat bersyukur dengan apa yang anda lalui sepanjang 2007 ini. [...]
Salam kasih sayang,
Tahun 2007? Alhamdulillah ia ibarat tahun reformasi bagi diri saya. Saya sentiasa memohon petunjuk jalan yg benar, thn 2007 saya dipertemukan dgn banyak perkara yg selama ini saya cari termasuklah blog linn, irfan khairi, the secret dan banyak lagi.
Namun yg lebih penting kesedaran betapa ruginya kita sebagai umat Muhammad yg selama ini tidak sedar betapa beruntungnya kita menjadi umatnya. Renungkan kisah Bilal bin Rabah tenang dan nikmat walau disiksa juga kisah Amar kesyukuran dan ketenangannya menjadikan singa lapar tidak dpt mengesan rasa takut dan meninggalkannya kerana ia menganggap Amar bukan mangsanya.
Benar kata linn, segalanya terpulang pada hati dan cara berfikir kita.
Semoga diberkati. Amin
Semoga tahun 2008 membawa kemajuan besar dalam hidup kita semua.
Bersyukur dan manfaatkan kelebihan kita sebagai pengguna. Kita adalah siapa yg sentiasa kita fikirkan tentang diri kita pada kebanyakan waktu.
Thanks linn.
[...] kerana masa tidak mungkin akan berundur, semua itu tidak akan berulang lagi. Ianya sekadar menjadi memori indah yang akan menjadi pegangan bagi meneruskan [...]
Tahun 2006 dan 2007 merupakan tahun yang mencoretkan lukisan sedih dan indah dalam hidup saya. Sedih atas kehilangan orang yang tersayang dan juga dilukai oleh orang yang tersayang juga. Indah kerana saya dilimpahkan rezeki daripada Allah. Saya kemudian terbaca tulisan-tulisan dan kata-kata perangsang yang boleh saya garapkan dalam kehidupan saya pada tahun 2008. Terima kasih Linn…