Hijrah Minda

Selamat tahun baru hijrah. Agak lewat update blog . Kebetulan tadi awal-awal pagi saya sudah mendapat panggilan bagi tugas oncall di hospital, selepas itu saya terus pergi ke rumah baru untuk urusan renovation rumah tersebut. Alhamdulillah, sempat juga update blog hari ini.

Bagi muslim, hari ini adalah pertama tahun baru bagi kalendar Islam. Hari yang disambut tanpa perlu bersesak-sesak di dataran atau di mana-mana shopping complex. Hari yang tidak perlu melakukan pembaziran bagi membakar mercun atau bunga untuk meraikan kedatangannya, dan yang paling penting saya tidak perlu risau kalau-kalau pesakit saya menunggu terlalu lama dalam kesakitan sekiranya terdapat tugas panggilan kecemasan, kerana saya tidak perlu bersesak di dalam jam, seperti menyambut tahun 1 januari setiap tahun . Islam itu damai. Inilah buktinya.

Sempena tahun baru ini juga, saya ingin berkongsi bersama anda sebuah e-book percuma yang ditulis oleh salah seorang blogger motivasi iaitu Dikmal. Tahniah kepada beliau kerana sudah berjaya mencapai matlamatnya untuk mengeluarkan e-book mengenai penetapan matlamat. Tahniah Dikmal, semoga diberkati ALLAH dan dikurniakan kemakmuran rezeki di atas segala kerja baik yang beliau lakukan.

Saya tahu majoriti di dada akhbar hari ini, pasti akan memaparkan artikel, dan berita mengenai penghijrahan. Sebenarnya saya tidak ingin menyentuh tentang maksud penghijrahan dengan lebih mendalam, kerana penghijrahan itu adalah sesuatu yang umum. Sekiranya kita sanggup berubah, walau perubahan tersebut hanyalah sebesar zarah. Ianya juga dianggap satu penghijrahan.

Apa yang saya ingin tekankan disini, hanyalah untuk mengajak anda melakukan perubahan minda dan cara berfikir. Ianya juga dianggap sebagai satu penghijrahan. Sekiranya anda selama ini , sentiasa berfikiran negatif, berhijrahlah kepada yang positif. Sekiranya selama ini, anda mempunyai persepsi yang negatif, berhijrahlah , ubah persepsi anda supaya menjadi lebih positif.

Sekiranya anda ketika ini mempunyai kurang keyakinan diri, berhijrahlah dengan membina keyakinan diri anda. Sekiranya anda ketika ini penuh kegagalan, tanamlah azam anda untuk berusaha demi penghijrahan ke arah kejayaan. Adakah ianya sukar untuk melakukan perubahan tersebut. Bagi saya, penghijrahan ini adalah terlalu kecil, tetapi manfaat yang anda perolehi terlalu besar. Lakukan, pasti anda dapat merasakan dan mengalaminya. Inilah penghijrahan yang dilakukan tanpa memerlukan anda mengeluarkan satu sen pun wang anda. Penghijrahan minda.

Jika dulu Rasulullah sanggup berhijrah dari kota Mekah ke Kota Madinah, beliau sanggup melakukan apa sahaja . Sanggup berkorban apa sahaja. Adakah anda tidak teringin untuk berhijrah yang hanya perlu mengubah cara berfikir anda? Adakah ianya terlalu sukar? Sedangkan penghijrahan ini, demi kejayaan diri anda sendiri, Fikirkanlah..

Comments

3 Responses to “Hijrah Minda”

  1. Raymond on January 10th, 2008 4:06 pm

    Adakah erti penghijrahan di sini bererti melakukan trasisi kepada yang lebih baik?

  2. linn_comel on January 10th, 2008 5:47 pm

    Ya, betul tu Raymond. Berhijrah daripada keadaan yang kurang baik kepada yang lebih baik.Walau bagaimana pun hijrah mempunyai makna yang sangat luas. Terpulang pada masing-masing untuk menilainya.

  3. Dik Mal on January 10th, 2008 6:27 pm

    Salam,

    Terima Kasih Kak Linn, promosi EBook Matlamat :) Seronok rasanya selepas pelancaran. :D

    Ya, Salam Maal Hijrah kepada semua. Jom kita hijrahkan diri ke kondisi yang lebih baik dari sebelumnya!

Got something to say?