Realiti hidup bermula dari minda
Individu yang berjaya sentiasa memikirkan apa yang diinginkan dan berusaha menjadikan ianya sebagai satu realiti. Sekiranya kita sentiasa memikirkan apa yang diinginkan ianya kan membentuk imej diri kita.
Individu yang berjaya sentiasa didorong oleh keinginan-keinginannya itu dan tak sempat memikirkan yang sebaliknya atau apa yang tidak diinginkannya.
Sementara, individu biasa lebih banyak berfikir tentang apa yang tidak diinginkan, sesuatu yang perlu dihindari dan ditakuti. Akhirnya dia menjadi dan memperolehi apa yang cuba dihindarinya itu.Individu ini takut hidup susah, akhirnya hidup menjadi benar-benar susah. Takut gagal, akhirnya hidupnya benar-benar gagal. Takut tak ada duit, akhirnya benar-benar tak ada duit. Takut tidak dapat bayar hutang, akhirnya hutang semakin bertimbun.
Minda bawah sedar amat bodoh, semua perkara dianggap benar, tidak kira ianya positif atau negatif dan walaupun kita tidak menginginkannya fikiran kita akan mentafsirkan sebagai sesuatu yang benar.
Anda boleh praktikkan, jika saya kata jangan bayangkan muka Tun Mahathir, saya jamin anda akan tetap membayangkan wajah Tun Mahathir,. Itulah minda separa sedar.Jadi jika minda anda sentiasa diasak dengan gambaran yang negatif, negatiflah jadinya hidup anda.
Segala adalah dariNya
Blog saya bertukar wajah lagi?. Ya, saya tukar dinding blog saya kerana ingin memudahkan lagi pembaca menimba ilmu yang tidak seberapa daripada blog ini. Saya juga menerima email daripada pembaca, bertanya apakah hikmah blog saya ini bertukar lagi, terus terang saya katakan, ianya bertukar hanya dengan niat untuk memudahkan lagi pembaca, kerana terdapat segelintir pembaca yang merasa agak sukar untuk membaca kerana saiz tulisan yang terlampau kecil. Sekiranya terdapat hikmah disebalik penukaran dinding blog ini, saya menerimanya dengan penuh kesyukuran.Namun sekiranya masih terdapat perkara yang tidak dapat memuaskan hati pembaca semua, maafkan saya kerana kemampuan saya hanya setakat ini sahaja. Namun begitu anda masih lagi boleh meluahkan segala komen anda untuk kebaikan, kerana blog ini milik anda sebagai pembaca. Saya hanya memegang amanah dariNya supaya melakukan yang terbaik dan kita sama-sama dapat merasakan hasil yang terbaik.
Jika dulu, saya membina blog ini atas dasar suka-suka dan perniagaan. Namun sekarang saya merasakan ianya sebagai satu tanggungjawab. Diri saya dan kehidupan saya milik ALLAH. Jadi segala-galanya saya serahkan kepadaNya yang maha berkuasa.Blog ini wujud atas kehendaknya, saya hanyalah individu yang dipilih untuk memakmurkan blog ini. Saya yakin, walau sehelai daun gugur ke bumi, pasti ada sebabnya yang hanya ALLAH sahaja yang mengetahui.
Siapa sangka, walau terdapat banyak blog yang bercerita tentang law of attraction, tetapi Raymond yang menjadi pilihanNya untuk bercerita mengenai Law Of Attraction di blog ini, mengapa? . Pasti ada hikmah yang tersembunyi kerana hanya ALLAH sahaja yang mengenali siapa Raymond yang sebenarnya. Apa pun itu semua adalah kehendak dariNya.
Siapa sangka, melalui blog ini juga kita saling bertukar pendapat, dengan adanya saudara Redha, Mizan,April,Bibi, Rass dan pembaca yang lain, banyak sekali ilmu yang terungkap. Sebagai mana saya memahami berkenaan Qadak yang dikongsi oleh saudara Redha. Itu semua adalah kehendak dari yang maha kuasa.
Sebenarnya hidup dengan merasa keberadaan ALLAH amat menggembirakan dan amat mendamaikan. Anda akan gembira anda akan damai sekiranya anda benar-benar yakin bahawa seluruh kehidupan adalah milik ALLAH. Anda tidak akan takut untuk hidup susah, anda tidak takut untuk berusaha, kerana anda yakin ALLAH sentiasa menjaga anda walau dalam apa jua keadaan.
Law Of Attraction-Sabar
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan mengemaskini blog ini. Jika semalam Raymond bercerita tentang mengapa wang selalu tidak cukup yang ada kaitan dengan Law of Attraction. Hari ini juga saya ingin bercerita tentang sifat yang juga berkait rapat dengan Law Of Attraction. Iaitu sifat sabar.
Percayakah anda, jika saya mengatakan sifat sabar amat berkait rapat dengan LOA. Saya percaya dan saya yakin dengan pendapat ini, kerana dengan adanya kesabaran kita akan mampu tersenyum dalam apa jua keadaan, samada ketika di duga atau ketika bahagia.
Sebenarnya sikap sabar adalah ciri-ciri yang ada pada individu yang menghadapi segala perkara dengan hati yang terbuka, mempunyai kemahuan yang kuat, serta ketabahan yang amat luar biasa.
Sabar itu penting dalam apa jua keadaan. Sekiranya anda tidak bersabar apakah yang anda boleh lakukan?. Adakah anda menangis, berprasangka buruk sehingga menarik setiap perkara yang negatif ke dalam kehidupan anda. Peringatan untuk anda, LOA sentiasa bekerja untuk anda. Tidak kira dimana sahaja anda berada,samada anda menyedarinya. Jadi tingkatkan kesabaran, elakkan daripada berfikiran negatif atau berprasangka buruk.
Bersabarlah kerana ALLAH. Yakin setiap kesusahan pasti datang kemudahan, walau bagaimana pun anda di uji, betapa banyaknya masalah yang dihadapi, sentiasalah bersabar, kerana kejayaan itu datang bersama dengan kesabaran.

