Kaya harta tetapi jiwa kosong, tiada gunanya..

Alhamdulillah, hari ini saya amat gembira. Walaupun saya hanya menghadiri ESQ sebagai alumni hanya untuk satu sessi sahaja, tetapi saya amat gembira apabila melihat wajah-wajah kegembiraan para peserta yang hadir untuk training itu. Yang paling menggembirakan saya apabila bertemu dengan salah seorang pembaca blog ini yang juga menghadiri training ESQ tersebut. Harapan saya semoga beliau akan sentiasa tenang setelah mendapat kepuasan yang diinginkan. Saya gembira apabila beliau mengatakan,” akak dah sedar, mengapa ALLAH menduga akak dengan pelbagai masalah, rupa-rupanya ini yang ALLAH hendak berikan“. Terus terang saya katakan saya amat gembira dengan kata-kata yang diluahkan tersebut.

Pengalaman saya menghadiri training ESQ dan mission statement benar-benar memberikan saya pemahaman apakah itu kejayaan yang sebenar. Apakah nilai yang perlu ada bagi sebuah kehidupan dan juga kejayaan.

Selain visi dan misi kesedaran spiritual amat perlu untuk berjaya, supaya kita tidak keluar daripada landasan yang sepatutnya. Sentiasa bergerak di dalam orbit yang sebenar seperti ataom dan planet sentiasa bergerak melalui landasan yang disediakan. Apa yang penting kita perlu tahu apakah jati diri kita, sebelum kita mencipta visi kehidupan.

Empayar AlBukhary yang dibina oleh Pemiliknya iaitu Syed Mokhtar AlBukhary juga dibina atas landasan spiritual yang amat kuat. Saya ada menulis dan meletakkan segelintir daripada bukti-bukti tersebut di dalam blog kejayaan.net .

Saya yakin, kejayaan atau kekayaan yang dibina tanpa mempunyai nilai spiritual , tidak akan berkekal lama. Tidak akan bertahan. Mempunyai harta yang banyak, tetapi hati dan jiwa yang kosong, ianya tidak menjanjikan kebahagiaan. Kita sebagai manusia, pasti akhirnya kembali kepada pencipta, kerana itulah kita sebagai manusia terutamanya umat Islam visi dan misi hidup kita sebenarnya telah ditetapkan oleh ALLAH. Apakah visi dan misi yang telah ditetapkan itu?

Persoalan untuk anda

Hari ini saya sekadar ingin bertanya kepada anda

Adakah anda dapat melihat bagaimana diri anda pada 10 tahun akan datang? Bagaimana keadaan anda, bagaimana kehidupan anda? Sekali lagi saya bertanya adakah anda dapat melihat bagaimana keadaan diri anda pada 10 tahun akan datang?

Jika anda tidak dapat melihat kehidupan anda pada 10 tahun akan datang, persoalannya mengapa?.

Perkongsian ‘Mission Statement’

Alhamdulillah, saya selamat menghadiri seminar mission statement. Banyak perkara baru yang saya pelajari mengenai visi, misi dan nilai yang perlu kita ada sebagai seorang manusia. Tak sabar rasanya untuk pergi ke tingkat seterusnya iaitu character Building, Self control, strategic collabration, total action dan star leader. Bermakna saya menunggu 5 lagi seminar untuk melengkapkan ilmu yang saya perlukan selepas saya mengenal jati diri saya.

Saya diajar untuk menulis visi , misi dan memegang nilai yang diperlukan dengan seluruh kekuatan terfokus kepadanya. Saya menulis dengan hati . Satu perkara yang agak menarik apabila ditanya apakah misi dan visi pasangan(suami sekiranya peserta adalah wanita dan isteri sekiranya peserta adalah lelaki  bagi yang sudah berkahwin. Tiada siapa pun yang tahu. Timbul kesedaran, bagaimana pasangan suami isteri yang tinggal sebumbung , berkongsi katil dan akhirnya mempunyai anak tetapi tidak mengetahui apakah misi dan visi peribadi pasangannya. Saya belajar menulis misi, syarikat, peribadi, keluarga dan menggarap misi yang lebih besar dalam kehidupan. Alhamdulillah saya belajar, dan saya merasakan hebatnya imu ALLAH jika dibandingkan dengan ilmu barat yang dicipta oleh manusia.

Semangat juang pejuang-pejuang seperti Sultan Muhammad Al Fateh yang menjatuhkan Kerajaan Constantinople yang berusia beratus tahun. Ia membawa diri saya menghayati kekuatan sebuah Visi dan Misi. Rasulullah “melihat”nya semasa Perang Khandak, 800 tahun sebelum jatuhnya Constantinople. Muhammad Al Fateh semenjak kecil lagi telah ditanamkan kekuatan sebuah visi dan misi. Saya juga di ajar apakah erti keyakinan dan pengorbanan seperti yang dilakukan oleh para sahabat semasa perang uhud , demi mencapai visi mereka iaitu syurga.

Sessi perjalanan 3D, G- Force, saya diberikan kaca mata 3d. Melalui pengalaman itu, Saya merasakan hidup lebih ringan dan ada sesuatu yang luar biasa berlaku selepas itu. Masalah yang bertahun berlaku yang saya sangkakan tak akan ada akhirnya… turning point berlaku dalam sessi itu, Alhamdulillah ia selesai.

Satu keyakinan saya selama ini bahawa visi dan iamginasi adalah ilmu ALLAH yang ditulis dalam al-quran itu adalah benar. Saya yakin, dan sentiasa yakin, apabila Bapak Ari mengatakan ALLAH telah pun mengajar kita tentang visi melalui surah Al-Rahman.

Penghayatan Surah Ar-Rahman… penghayatan tentang syurga.. saya merasakan ianya terlalu indah untuk dilepaskan.

Inilah sedikit perkongsian yang dapat saya nyatakan disini. Visualisasi telah pun di ajar oleh ALLAH melalui alquran. Jadi binalah visi, misi dan nilai kehidupan anda yang sebenar tanpa ragu.

Next Page »