Apakah Aku Sedang Bermimpi? 3 kisah saya untuk dikongsikan
Salam Ceria. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction.
Pada suatu malam, lebih kurang sebulan yang lalu, saya tidak dapat tidur sepanjang malam. Puncanya, satu idea yang hebat menembusi benak aku dan aku terus brainstorm idea tersebut.
Untuk pengetahuan anda, idea tersebut mampu merealisasikan salah satu matlamat besar aku. Aku tidak dapat mengawal diri daripada menaipkan semua idea-idea tersebut ke dalam laptop aku.
Ini merupakan suatu pengalaman yang cukup menakjubkan dan ianya tidak dapat terucap dengan kata-kata.
Mulai hari itu, saya terus kerjakan idea-idea tersebut sehingga hari ini dan setiap kali aku memikirkannya, saya akan rasa teruja. Kalaulah ianya dimanifestasikan mengikut perancangan, hidupku pasti berubah 100%.
Kisah kedua
10 hari yang lalu, pendapatan HARIAN saya memecah rekod lama saya dengan mencecah 4 angka (dalam Ringgit Malaysia). Walaupun lebih sedikit sahaja daripada rekod yang lama, tetapi saya tetap bersyukur.
Kisah Ketiga
Pagi tadi, saya menerima sepucuk emel dari Stephen Pierce, seorang jutawan serta mentor saya (sebenarnya daripada pengurusnya).
Dalam isi kandungan emel tersebut, dinyatakan bahawa beliau ingin melakukan satu projek untuk kelab bimbingannya (coaching club) dan saya serta seorang kawan lagi terpilih untuk melibatkan diri dalam menjayakan projek tersebut.
Sudah tentu, saya segera membalas emel tersebut dan menyatakan bahawa saya bersetuju untuk menyertai projek tersebut. Projek ini bakal memberi pendedahan yang besar kepada saya.
(Saya tidak dapat mendedahkan maklumat tentang projek ini buat masa ini - Rahsia)
Apakah tujuan saya memberitahu anda perkara-perkara ini?
Mungkin ini merupakan suatu soalan yang bermain-main dalam fikiran anda.
Tujuan saya kongsikan kisah-kisah ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Menunjuk-nunjuk tidak akan membantu dalam perjalanan ke arah kejayaan saya.
Tujuan sebenarnya ialah saya ingin kongsikan rahsia-rahsia tertutup di sebalik kejayaan kecil saya ini kepada anda semua.
Klik di sini untuk mengetahui rahsia-rahsia yang saya gunakan untuk mencapai kejayaan yang dinyatakan di atas dalam masa 3 bulan.
Jumpa di sana!
Selamat berjaya.
Comments
23 Responses to “Apakah Aku Sedang Bermimpi? 3 kisah saya untuk dikongsikan”
Got something to say?


Hi Raymond,
Salam Ceria kembali, betul lah punya suspen, apa cerita Raymond kali ini. Tapi kan apa yang boleh saya agak ini lah dia kalau fokus. Apa apa awak buat pasti akan terjadi. Saya teringat akan satu rahsia ada orang tu selalu cakap ia itu “Energy Flows Where Focus Goes”.
Ini bukan mimpi tapi kenyataan yg pertama ilham datang bercurah-curah. Tahniah tahniah kerana telah memperoleh kejayaan utk kedua, tahniah lagi atas pemilihan utk Stephen Pierce project, wow! Stephen Pierce, bukan calang2 orang nya. Nanti kalau tak rahsia lagi beritahu ya.
Sebenarnya kejayaan sesaorang itu selalu memberi motivasi pada semua ia nya bukan menunjuk nunjuk yg banyak di salah fahamkan. Terima kasih kerana berkongsi artikel ini tentang kejayaan. Selamat berjaya. Salam Ceria dan Kejayaan dlm apa jua yg diusahakan. Lastly, “Energy Flows Where Focus Goes”. Syabas.
Tahniah Raymond,
Apabila kita sudah tahu dimanakah arah kita yang sebenar dan diikuti dengan fokus dan percaya. Kejayaan bakal menanti kita. Saya dah subscribe untuk mendapatkan rahsia tersebut.
terima kasih
@ Rass - Terima kasih. Baru sahaja terima lagi satu tawaran untuk melakukan webinarnya di kawasan Timur (Asia dan Australia). Masih belum buat sebarang keputusan. Maklumlah ada banyak projek yang sedang berjalan pada masa ini.
Lepas tu, terima lagi undangan ke rumah banglonya (di US) pada bulan Mei ini (untuk belajar, memancing, berenang, berseminar dan sebagainya)
Mungkin saya akan menolak tawaran ini dan memilih untuk menghadiri seminar T Harv Eker.
Ianya pasti hebat. Guarantee!
@ Linn - Linn ialah subscriber yang kedua (selepas saya
) Rahsianya mudah, tetapi sering dipandang remeh.
Hai Raymond….
Syukur sy hari ini kerana Sdr setuju dan sudi untuk berkongsi dengan kami semua…
kalau Sdr Raymond ingat..akhir tahun lepas..kita ada berbalas emel ttg kejayaan2 yang dicapai Sdr..dan Sdr tetap kekal dgn sikap berahsia…
perkongsian begini sbnrnya satu motivasi buat sy juga…
Hi Mr April,
Saya masih ingat lagi yang kita pernah berbalas emel.
Harap kejayaan kecil ini dapat memberikan inspirasi kepada semua.
Hi Raymond,

Wah! Raymond nampak nya awak akan bertambah2 sibuk nanti. Nampak nya awak ni bakal jadi the next jutawan apa kan tidak kawan saja bernama Stephen Pierce org jutawan. Tapi sejarah dia saya tahu bukan senang banyak cubaan dia hadapi.
Tanya sikit boleh webinar tu apa, saya kurang pasti definasinya. Adakah dia macam forum khas utk member aje tentu sekali dalam bahasa Inggeris. Kalau lah ada webinar bahasa Melayu baguskan, tapi nak tahu juga apa tu sebenarnya webinar.
Saya pun dah tengok rumah Stephen Pierce tapi di website aje besar betul, untung awak satu hari sampai juga rumah dia nanti.
Tentang seminar T Harv Eker tu saya dengar org kata bagus, tapi tu lah kenapa lah dia dtg tengah bulan peperiksaan, perlu dipertimbangkan dulu.
Oh! ya saya sudah tahu Rahsia nya mudah. Terima kasih.
Hi Rass,
Menjadi next jutawan tu sudah dalam tangan. Ianya dalam perjalanan dan saya memang perlu menyediakan diri saya dari segi fizikal, mentak dan rohani supaya daoat menyambutnya dengan berkesan.
Kalau dah dapat berpuluh-puluh juta, kena tahu uruskannya juga. Bukan mudah nak uruskan wang sebanyak itu. Sebab tu lah saya selalu pergi seminar (termasuk seminar T Harv Eker).
Ini adalah kerana saya memang percaya bahawa saya merupakan bakal jutawan dan saya kena bersedia betul-betul.
Saya korbankan peluang untuk bercuti di rumah Stephen Pierce sebab matlamat saya memang jelas di hadapan mata saya.
Berpuluh-puluh seminar saya pergi tetapi hanya satu sahaja, iaitu seminar T Harv Eker yang saya tak pernah dengar orang komplen.
Bahkan semuanya puji-pujian yang hebat.
Yes Raymond,
Kepercayaan kita sama, Jutawan sudah pun berada dalam tangan. Seperti anda juga saya ketika ini mengejar seminar untuk memantapkan fizikal, mental dan rohani…
Tak sabar rasanya untuk menghadiri seminar mission statement, untuk memantapkan lagi misi dan visi kehidupan..Tinggal sehari saja lagi..
Takde apa-apa halangan sampai juga nanti ke seminar T Harv Eker.
Kuatnya azam Linn untuk belajar, saya pun tak nak ketinggalan.
Jumpa di MMI.
Hi Raymond and Linn,
Syabas pada anda berdua saya baru kenal anda berdua mission and vision awak berdua sama saja. Ya, saya tahu what is like to be mentally, physically, spiritually prepared. Duit besar cubaan dia pun besar, careful about investment tapi saya tahu anda berdua know what’s best.
Nanti esok dah jadi jutawan meaning ada tak blog ni lagi sebab kita tahu jutawan lead a very busy life, sekarang ni pun saya yakin dah busy. Hmm… masa saja yg menentukan dah sedeh lah ni semua pembaca kat blog ni. Saya suka cerita jutawan yang pemurah lagi baik hati. Okay, syabas sekali lagi semoga maju jaya dalam bidang yg anda minati ini. Salam Kejayaan untuk anda berdua dan berbanyak2 terima kasih kerana sudi membantu kami dalam hal mengenai jutawan. Sekian. Take care.
Rass, Blog ini adalah sebahagian dari hidup saya. Rutin harian saya. Saya harap saya boleh update dan menulis hingga ke hujung nyawa.
Blog ini saham akhirat saya
HI Rass,
Kita sebenarnya tidak perlukan wang yang banyak untuk mendapat lebih banyak wang.
Kata Robert Kiyosaki, “You don’t need money to make more money”
Kadang-kadang satu idea sahaja pun sudah memadai.
[...] semalam, Raymond telah menulis sesuatu yang menarik perhatian saya. Tajuk entri itu ialah Apakah Aku Sedang Bermimpi. Jadi saya pun khuatir apa maksud mimpi itu. [...]
Saudara Raymond,
Saya ni tak berapa pandai bahasa Inggeris, tetapi saya suka juga seminar tu, masaalah nya kut-kut tak sampai message apa yang saya dengar tu. Bolehkah saudara beri pandangan.
tertarik betul nak pergi seminar tu…harap ada rezeki.
Hai Nor,
Kalau faham sikit-sikit, masih ok. Mungkin boleh bawa kawan atau ahli keluarga yang faham Bahasa Inggeris sekali supaya anda dapat bertanya sekiranya perlu.
Kalau memang tak faham langsung. Saya nasihatkan anda jangan bazir duit tersebut. (kecuali anda dapat memikirkan cara lain)
Cara lain ialah duduk bersama dengan kawan/peserta yang dapat berkomunikasi dalam bahasa yang sama.
Baik gunakan untuk tujuan lain seperti membeli buku-buku motivasi di kedai buku.
Saya harap jawapan saya membantu.
Hai Bibi,
Selepas anda belajar teknik-teknik Harv Eker, anda tidak perlu berharap lagi tetapi anda cuma perlu menerimanya sahaja sebab ia merupakan sesuatu yang pasti. (dengan syarat anda melakukan segala-gala yang disuruh)
Semoga berjaya.
Linn di satu entry entah saya tak ingat mana satu, Linn ada berkata entah bila kah Linn dpt terus menulis. Waktu itu saya kata apa pasal pulak cakap begini macam bagi sign yg Linn nak bersara.
Rupa nya tidak setelah membaca statement di atas tu. Ya lah Linn teruskan jari jemari itu menari nari di keyboard selagi ilham masih ada dan selagi di izinkan hingga ke penhunjung hayat.
Begitu juga kami tumpang sekaki rebut pahala sama.
Tapi saya non blogger entah kekal ke tidak selagi di izinkan akan juga terus biarkan jari jemari ini menari nari di keyboard dgn kiriman komentar2 sebagai satu perkongsian ilmu.
Hi Raymond,

You’re right about, “You don’t need money to make more money”. But you do need to invest, when there lots of money. Just kidding.
Hai, Raymond bahasa awak ni banyak berbunga bunga ada diantara kami mungkin tak faham.
Saya ada suatu idea tau Raymond, biasa lah topik yang sama pernah di bicarakan dulu, sampai gaduh-gaduh eh! tak gaduh lah cuma tukar pendapat saja.
Kenapa tak awak saja jadi speaker suatu hari nanti. memandangkan awak fasih berbahasa Melayu. Mungkin bukan sekarang tapi setelah awak timba banyak pengalaman. Di harap waktu itu saya ada lagi utk menyaksikannya.
Okay, itu saja. Salam Berbahagia Semua.
Hi Rass,
Pada saya, melabur dapat menjana pendapatan tetapi bukan satu-satunya jalan untuk mengaut untung.
Banyak cara boleh dapat untung selain melabur. Saya bukan anti melabur. Saya ada melabur juga. Cuma apabila memikirakan untuk menjadi kaya, saya lebih suka buka minda saya luas kepada alternatif yang lain juga.
Idea tentang produk Microsoft telah banyak membawa keuntungan kepada Bill Gates.
Nak jadi speaker ni bukan sahaja perlu tahu bercakap, tetapi kena tahu tentang merancang, memasar, organize dan sebagainya.
Kalau tak tahu, kena outsource.
Kalau outsource, kena tahu caranya supaya masalah tak timbul nanti.
Saya rasa saya masih mentah lagi dalam soal-soal ini.
Hi Raymond,

Setuju, setuju very very setuju melabur bukan satu cara mengaut keuntungan.
Yeah, sebagaimana yg t erjadi pada Bill Gates hanya dengan satu idea saja dia telah dpt mengaut keuntungan. Dia pastikan Microsoft design nya saja boleh run utk semua komputer. Clever tak dia, agak nya sekarang baru Apple dpt kerjasama dia. Agaknya kalau saya boleh produce satu design yg menguntungkan Microsoft pasti dia nak beli right saya. He…. Hee macam betul saya ni ka.. ka… ka…. Tapikan kalau saya ada good management tak kan sy jual usahalah sampai jaya. Tapi tawaran Bill Gates luar dari dugaaan awak mencabar betul. Siapa2 dlm business ini faham ler tu. Sampai monopoly ini menjadi court case. Cerita seterusnya awak cari ler sendiri. Begitu lah business dengan hanya satu idea boleh mencetuskan berbagai2 peluang.
Now who’s talking sebenarnya you’re talented just that you being humble. Yang sebenar benarnya bukan masaalah kena tahu tentang merancang, memasar, organize dan sebagainya, even outsource.
Yang sebenar benarnya mesti MINAT, CINTA, SUKA, PASSION entah apa apa lagi lah syarat terpenting ini. Sebab tu soal mentah tak timbul you learn along the way and go all out and will gain so many new unexpected experiences.
Sorry ya Raymond komen komen saya disini just a thought. Siapa tahu tuah manusia di mana. Okay, itu saja. Selamat bercuti hujung minggu semua.
Hai Rass,
Terima kasih atas komen serta tunjuk ajar yang diberikan.
Semoga Rass mendapat idea yang hebat.
[...] Apakah Aku Sedang Bermimpi? 3 kisah saya untuk dikongsikan [...]