Impian dan potensi diri
“Imam Hasan Al Banna “impian hari ini adalah kenyataan hari esok.”
-Imam Hassan Al Banna-
Bagaimana caranya untuk kita mengetahui impian kita yang sebenarnya? . Impian hidup hanya dapat ditemui proses perjalanan pencarian ke dalam diri (inner journey). Impian ini hanya dapat diperolehi jika kita bersungguh-sungguh bangkit dan mencarinya dengan penuh kesedaran. Impian setiap individu adalah berbeza. Namun bila impian itu berasal dari lubuk hati yang paling dalam, maka asas setiap impian hidup pasti tidak akan berbeza.
Setelah memiliki impian hidup barulah kita menentukan strategi untuk mencapainya. Untuk itu, kita perlu mengenal potensi diri. Yang dimaksudkan dengan potensi diri adalah kekuatan yang kita miliki
Untuk mencari potensi diri yang sebenarnya maka kita perlu untuk sementara waktu, melupakan semua pendidikan formal yang pernah kita pelajari dan miliki. Selepas itu, lakukan analisa diri dengan jujur.
Sedarkah Anda bahawa bidang pekerjaan yang kita lakukan ketika ini belum tentu boleh dijadikan ukuran kekuatan potensi diri yang sebenar. Bagaimanakah cara untuk kita mengetahui kekuatan diri kita yang sebenar?. Jom kongsi jika Anda tahu…
1 kesilapan VS 100 Kebaikan
Satu perkara yang saya percaya dan sentiasa percaya,
setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah atau kebaikan yang tidak dapat kita lihat. Dan jika sesuatu perkara itu tidak dapat kita rasai, itu tidak bermakna sesuatu perkara itu tidak wujud.
Segalanya adalah terpulang kepada individu untuk menilai yang terbaik, dan melihat dengan mata hati, dan bukan terlalu
cepat melakukan justifikasi yang terlalu mengikut emosi.
Begitulah yang terjadi kepada sahabat saya, semalam beliau menemui saya untuk meluahkan perasaan yang terpedam. Sebenarnya beliau merasa amat kecewa dan marah apabila setiap pengorbanan beliau terhadap syarikat dan pekerjaannya tidak dihargai.
Sebagai seorang sahabat, saya hanya mampu mendengar dan saya cuba sedaya upaya untuk mendengarnya tanpa melibatkan emosi, kerana saya menyedari sahabat saya itu sudah jauh dikuasai emosi.
Jadi saya tidak boleh membiarkan diri saya terpengaruh sama dibawa oleh arus emosi tersebut.
Sebenarnya sahabat saya itu boleh dianggap sebagai seorang pekerja yang hebat, dedikasi dan loyal.
Beliau sanggup mengorbankan segala masa dan tenaga demi syarikat dan pekerjaannya. Tetapi disebabkan oleh kesilapan yang dilakukan oleh majikan terhadap beliau semalam, saya melihat segalanya berubah.
Namun begitu, apa yang saya lakukan semalam, ialah menyuruh beliau meletakkan dirinya sebagai seorang majikan. Seorang majikan yang mempunyai beratus orang pekerja. Satu soalan yang saya tanya kepada sahabat saya. Adakah sahabat saya akan menjadi seorang majikan yag tidak pernah
melakukan kesilapan?. Sahabat saya hanya diam.
Apa yang saya katakan kepada beliau, setiap manusia
tidak pernah lari daripada kesilapan. Sekali majikan kita melakukan kesilapan, bukan bermakna kita
perlu melupakan segala jasa baik yang telah diberikan oleh majikan kepada kita. Jangan disebabkan oleh satu
kesilapan, kita perlu melupakan berpuluh atau malahan beratus kebaikan yang diberikan oleh majikan kepada kita
selama ini.
Sentiasalah hidup dalam prinsip masa kini. Jadikan segala sesuatu yang pernah berlaku itu sebagai satu sejarah.
Jadikanlah hari ini umpama hari pertama kita memulakan kehidupan.
Cara cepat motivasi diri
1. Duduk dengan tenang
2. Fikirkan apa yang Anda inginkan
3. Lihat ke kiri bawah (bola mata ke kiri bawah), seandainya Anda berjaya mencapai apa yang Anda inginkan, bayangkan bagaimana keadaannya.
4. Break state (berhenti sebentar)
5. Sekarang pindahkan bola mata Anda ke kanan atas dan lihat seolah-olah Anda sedang menonton filem kejayaan Anda sendiri (apa yang Anda inginkan)
6. Magnify atau besarkan imej tersebut (bola mata masih kanan atas), semakin dekat menghampiri Anda, Jadikan ianya berwarna dan lebih terang, sehingga filem atau imej tersebut memberikan kesan positif kepada diri Anda.
7. Pindahkan bola mata ke kanan bawah, sesuaikan diri dan masukkan diri Anda ke dalam filem tersebut, rasakan apa yang Anda ingin rasakan dan dengarkan apa yang Anda dengarkan. Hadirkan perasaan kejayaan Anda, kerana itulah perasaan Anda apabila berjaya.
Selamat mencuba!

