Survival politik VS rakyat

Saya merasakan indeks untuk kecenderungan untuk fokus ke arah sesuatu yang negatif makin meningkat. Saya melihat senario politik makin menuju ke arah sesuatu yang amat negatif dengan pelbagai peristiwa besar yang saban hari disiarkan di dada akhbar.

Walaupun saya sudah lama tidak membaca akhbar, namun dengan iklim politik yang semakin panas ini, adakalanya membuatkan saya tertarik untuk mengetahui tentang kisah yang sebenar. Terutamanya pengakuan bersumpah blogger raja Petra mengenai pembunuhan Altantuya, dan yang terbaru adalah kisah pengakuan seorang lelaki yang berumur 23 tahun, kononnya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semua maklumat ini saya perolehi daripada internet.

Sebenarnya saya tidak berminat untuk mengulas samada benar Datin Rosmah Mansur terlibat dengan pembunuhan warga Mongolia tersebut , atau mengulas pendapat saya tentang pendapat saya tentang kebenaran bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat pembantu khas beliau iaitu Saiful Bahari. Tetapi saya sekadar ingin berkongsi pendapat kesan yang bakal berlaku akibat daripada permainan politik para pemimpin negara ini.

Sebenarnya otak saya agak penat apabila meneliti senario  yang berlaku hari ini terutamanya selepas berakhirnya pilihanraya  yang ke 12 yang lepas. Betapa banyaknya cerita yang tidak menguntungkan rakyat terpampang di dada akhbar ketika ini, ketika rakyat Malaysia merintih dengan keadaan ekonomi yang kurang baik, kita ditarik pula dengan cerita-cerita negatif  yang disebarkan secara sengaja akibat mengikut nafsu pemimpin yang takut kehilangan kuasa  dan akhirnya ia langsung tidak menguntungkan rakyat.

Alangkah baiknya , jika ketika ini, para pemimpin tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang sama-sama bersatu hati dalam menangani krisis ekonomi yang semakin meruncing dan sama-sama membangunkan ekonomi negara .

Malangnya para pemimpin  negara kita lebih mementingkan survival politik, walaupun terpaksa mengorbankan individu lain, daripada membantu  menyelesaikan masalah rakyat yang semakin meruncing.

Wahai pemimpin-pemimpin  Malaysia yang disayangi, Dunia bukan segalanya..yang kekal abadi hanyalah alam Akhirat!

Kunci Kejayaan

Jika Anda ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan, ingin mendapatkan kebahagiaan yang sejati, ingin lebih disayangi oleh ramai orang, ingin lebih dihormati, ingin meraih kejayaan dan kemuliaan dalam hidup dan ingin menjadi orang yang bermanfaat bagi orang lain, cara untuk mendapatkannya sangat mudah, iaitu , mulailah dengan banyak memberi dan berkongsi .

Jangan kedekut dan biasakan diri Anda untuk memberi dan berkongsi,samada melalui harta Anda, ilmu, atau dengan membantu dan membahagiakan orang lain. Setiap perkara yang Anda berikan, Anda akan mendapatkannya kembali, berkali ganda dari apa yang Anda berikan.

Saya telah melakukan apa yang disarankan di atas dan saya telah memperolehi hasilnya. Inilah kunci kejayaan dan kekayaan yang Anda perlu tahu.

Dengan memberi dan bersedekah sebenarnya Anda telah menyebarkan energi positif dari dalam diri kita. Energi yang akan menyebar dari memberi, bukan hanya memberikan kebahagiaan bagi orang lain yang menerimanya, tetapi juga menciptakan lebih banyak lagi kebahagiaan bagi individu yang memberi. Ini adalah hukum kehidupan yang benar, samada Anda menyedari tetang kewujudan hukum ini atau pun tidak.

Selamat memberi dan menerima hasilnya !

Harimau dan Kambing

Apa yang bakal saya kongsikan hari ini adalah satu perumpamaan sahaja. Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar melalui kisah sekumpulan harimau dan kambing ini.

Ada sebuah padang ragut semula jadi….Di situ tinggal satu populasi kambing dan satu populasi harimau yang berada bersama-sama. Walaupun tinggal bersama-sama di sebuah padang ragut tetapi komuniti kambing sentiasa ketakutan. Apa tidaknya saban hari ada sahaja kambing yang akan menjadi mangsa kepada harimau-harimau yang amat garang, ganas dan kuat. Tak terlawan mereka dengan harimau yang mempunyai kuku yang tajam, gigi taring yang panjang serta tubuh yang kuat berlari. Sentiasalah kambing itu berusaha dan berdoa agar Tuhan menyelamatkan kaum mereka dari kepupusan. Setiap kali muncul seekor pemimpin pejuang kambing pasti berakhir dengan kematian yang amat tragis..

Akhirnya doa mereka termakbul. Tuhan menganugerahkan seekor kambing muda yang pintar dan boleh berfikir di ‘luar kotak’..satu hari kambing muda tersebut berjalan menuju ke perkampungan harimau-harimau yang amat ganas tersebut.

Tatkala memasuki kampung kaum harimau tersebut maka kehairanan kaum harimau tersebut melihat gelagat kambing tersebut. Maka bertanyalah seekor harimau yang paling ganas kepada kambing “Sebelum kau menjadi juadah aku pada hari ini..Aku ingin bertanya apakah kebodohanmu yang menjadikan dirimu sanggup datang menyerah batang tubuhmu untuk ku lapah ?”..Syahdan maka mendengar hujah sang harimau maka si kambing terus menangis teresak-esak..”Hahaha..sekarang baru kau sedar betapa bodohnya nya kau wahai kambing’..”Aku ingin menamatkan riwayatmu sekarang !!”..

Sebelum sempat Sang harimau menerkam , sang Kambing meneriak ” Nanti..nanti..” Maka kehairananlah lagi Sang harimau..”Kenapa?”..Jawab Sang kambing ” Aku menangis bukan kerana aku takut menghadapi ajalku”..”Aku cuma bersedih dan pilu mengenangkan siksaan dari Tuhan yang bakal menimpa kaummu di akhirat kelak”..”kami kaum kambing yang terkorban di tangan mu akan dimuliakan oleh Tuhan dan kaummu akan mendapat siksa yang amat pedih di sana..”

Maka teramat terkejut kaum kambing ..Lalu bertanya kepada Sang kambing apakah bukti kenyataan beliau. Maka Sang kambing berkata ” sesungguhnya aku diutuskan oleh Tuhanmu dan Tuhan kaumku untuk menyeru agar kembali ke jalan yang benar dan menginsafi atas kesalahan -kesalahan lampau yang telah kaummu lakukan demi menyelamatkan dari bencana akhirat..Maka timbullah keinsafan yang amat sangat di kalangan kaum kambing.

Diangkatlah Sang Kambing menjadi ketua bagi kaum harimau..Ditunjukkan oleh Sang Kambing jalan yang diredhai Tuhan iaitu sentiasa berlemah-lembut, bersabar dan sering membantu kaum yang lemah.

dikhabarkan bahwa memakan daging akan menggelapkan hati dan memakan tumbuh-tumbuhan adalah suatu rahmat dari Tuhan. Maka gembiralah harimau dengan dunia keredhaan yang baru dan mereka amat yakin dan tenang mengenainya. Maka tiada lagi harimau yang menyerang kambing selama bertahun-tahun lamanya..Kuku dan taring mereka makin tumpul dek kerana mengunyah rumput dan lalang, dan badan mereka semakin lemah. Dalam hati mereka tersemat bahawa merendah hati dan tawadhuk merupakan kebajikan besar apabila menentang musuh.

Melihat keadaan tersebut kaum kambing bersiap-siap dengan segala latihan fizikal dan kuku-kuku mereka ditajamkan. Maka pada suatu hari tentera kambing menyerang kaum harimau. Kaum harimau amat lemah dan keliru dan akhirnya mereka dapat dihapuskan begitu sahaja oleh kaum kambing..

* Begitulah kesudahan cerita di atas. Apakah pengajaran yang Anda perolehi dari cerita di atas? Fikirkan dan renungan. Letakkan diri Anda sebagai harimau..Ambillah pengajaran dari cerita tersebut, jadikan ia sebagai renungan dan ikhtibar untuk menjalani kehidupan untuk hari ini dan seterusnya.

Semalam adalah sejarah.Lupakan hari semalam, mulakan hidup baru Anda dengan lebih bermaruah.

Next Page »