Merungut minyak naik lagi?

Semalam, stesyen minyak yang berhampiran dengan rumah saya sesak yang amat, lantaran berita yang mengatakan minyak akan naik lagi. Nasib saya agak baik, walaupun terpaksa juga beratur untuk mendapatkan minyak pada harga murah sebelum harga dinaikkan tetapi saya tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkannya.

Sebenarnya kenaikan ini tidak boleh dielakkan , kerana rakyat sendiri yang menarik (attract) supaya berlakunya kenaikan harga minyak ini, sedarkah Anda bahawa Anda sendiri yang attract semua ini dengan merungut tentang harga minyak yang semakin mahal.

Apakah yang Anda akan dapat dengan merungut tentang kenaikan harga minyak? Adakah harga minyak akan semakin menurun. Oh tidak..merungut bukan caranya. Tetapi perkasakan pendapatan Anda supaya Anda tidak merasa susah atas beban minyak yang semakin mahal, itulah yang sebaiknya.

Saya teringat satu artikel yang pernah saya baca, dua perkara yang akan sentiasa naik dan tidak akan turun iaitu , umur dan inflasi. Semakin usia bumi ini meningkat, semakin tinggi inflasi yang akan kita alami. Terimalah hakikat ini dengan tenang dan berusaha untuk memperkasakan pendapatan Anda. Merungut tanpa usaha tidak akan membantu Anda untuk menambah pendapatan atau menurunkan harga minyak tersebut, malahan akan ‘attract’ kenaikan minyak yang lebih tinggi lagi.


Comments

15 Responses to “Merungut minyak naik lagi?”

  1. Pak Lah Bodoh dan Lembab! « Aku dan Sesuatu on June 5th, 2008 9:23 am

    [...] [kenn-ng] PTD dan Kesan Kenaikan Harga Minyak [ptdblog] Yahooo! Minyak naik lagi. [pemudamuadzam] Merungut minyak naik lagi? [linncomel] Orang Minyak yang akan kaya…. [ahshab] Orang Malaysia Naik Minyak [kongsiblog] [...]

  2. Raymond Chua on June 5th, 2008 11:00 am

    Inilah yang saya fikirkan sejak pagi tadi.

    Kita akan menarik apa yang kita rungut kerana kita memikirkan serta merasakannya.

    Apabila kita memikir tentang kenaikan harga, kita akan menarik lebih banyak lagi kejadian yang berkaitan dengan kenaikan harga.

  3. linn_comel on June 5th, 2008 11:18 am

    Hi Raymond,

    Itulah yang sebenarnya. Dimana-mana akhbar bercerita tentang minyak mahal, rungutan rakyat di merata-rata tempat. Mengapa kita perlu memandang negatif , sedangkan diri kita sendiri tidak berusaha untuk memperkasakan ekonomi sendiri.

    Adalah satu fakta , inflasi akan sentiasa meningkat seiring dengan usia bumi yang semakin meningkat. Merungut tidak akan mengubah segalanya. Yang pentig, majukan diri, lebihkan tindakan daripada bercakap.

    Kita tiada kuasa untuk menurunkan harga minyak, tetapi kita masih berupaya untuk berusaha meningkatkan pendapatan kita, asalkan kita benar-benar inginkannya.

  4. catzer on June 5th, 2008 2:48 pm

    Law of attraction K.lynn…erm susah nak ckp bile kita dok fikir bab tu jerk tak mau fikir camne nak tambah income sendiri..Then bile dah jadi mcm ni akan mulalah bertambah pelbagai skim tipu org…muahahaha

  5. Fai on June 5th, 2008 11:25 pm

    Salam kak..

    Semalam waktu balik kerja memang jam teruk depan ni sebab semua nak isi minyak.. Sampai jam 11.30 malam baru surut sedikit kereta..

    Semalam juga, seorang kawan sekolah saya sms saya beritahu dia tak jadi membeli kereta Gen 2 idaman dia kerana rasa takut tidak mampu untuk membayar untuk minyak.. Saya hanya geleng kepala je tgok sms dia sambil tersenyum simpul..

    Bagi saya, bila saya katakan pada diri saya bahawa saya ingin memiliki sebuah kereta idaman saya, saya tidak akan fikirkan benda-benda yang negatif mengenainya.. Ini kerana saya amat yakin bila saya dah memiliki kereta idaman saya, saya mampu dalam segala aspek sekalipun..

    Insurans kereta mahal? Roadtax kereta mahal? Minyak petrol mahal?

    Owh! Itu bukanlah satu masalah bagi saya!

    Thanks kak.. :)

  6. linn_comel on June 6th, 2008 6:46 am

    Salam’

    Catzer & Fai, terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat. Jadikan kenaikan harga minyak ini, sebagai satu semangat dan pemangkin untuk kita semua terus berjaya. Jangan jadikan semua ini sebagai halangan untuk kita meneruskan kehidupan seperti sediakala.

    Pastikan pendapatan dan diri kita lebih besar daripada masalah ini. Jangan biarkan semua ini menenggelamkan diri kita dalam kemelut masalah ini

  7. saharman on June 6th, 2008 10:50 am

    Naik jangan tak naik…. padan muka semua!!!

  8. nik_warwick on June 6th, 2008 10:53 am

    saya ingin bertanya, sejauh mana semangat Fai tu untuk menghadapi segalanya? cuba awak berfikir dengan teliti, kerajaan untuk rakyat maknanya kerajaan perlu menyediakan suasana yg kondusif untuk rakyat hidup. Maka kita sebagai rakyat tak perlulah bermuhasah dengan ktidak dayaan kerajaan untuk menyediakan semua itu kerana itu ada kewajipan sesebuat kerajaan. Anda ni boleh dikira lurus bendul, apa dugaan datang tak kira ORANG atau KERAJAAN bertindak zalim ke atas awak, awak redha. Itu satu perbuatan yg sangat hina terhadap diri sendiri kerana membiarkan ditindas oleh orang sperti paklah terutamanya hatta awak WAJIB mempertahankan hak awak sebagai rakyat negara ini. Kita sebagai manusia penuh dengan kesilapan tapi itu manusia, kerajaan adalah sebaliknya. Jika seorang pemimpin itu melakukan kesilapan, maka itu bukan ’sunnatullah’, dan dengan itu, kita ada hak untuk membuang jauh jauh pemimpin yg lemah. ITU adalah hak anda untuk melindungi diri anda. Please understand ur right. To FAI

  9. linn_comel on June 6th, 2008 11:14 am

    Setiap perkara yang di putuskan mengikut emosi tidak akan kemana-mana. Malahan kita sendiri akan tenggelam disebabkan oleh permainan emosi kita sendiri.

    Saya akui, Malaysia ketika ini mempunyai pemimpin yang amat lemah. Disebabkan kelemahan ini pemimpin kita sekarang dipermainkan dan mengikut telunjuk shadow gov.(kerajaan dajjal)). Akibatnya rakyat yang merasa kesan dan beban ini.

    Kita sebagai rakyat, adakah kita boleh menghantar surat ‘terminate ‘kepada pmimpin sekarang seperti kita memberikan surat tersebut kepada pekerja kita yang kita ingin berhentikan?

    Apa yang kita boleh buat dengan marah-marah dan mengikut emosi? Adakah pemimpin akan meletakkan jawatan atau harga minyak akan turun?.

    Satu cara penyelesaian untuk kita menghadapi krisis seperti ini hanyalah dengan mengupgradekan pendpatan kita. Sekurang-kurangnya kita dapat menikmat kehidupan yang lebih baik jika dibandingkan dengan individu yang hanya tahu marah2 dan mengikut emosi tanpa berusaha.

    Untuk menumbangkan kerajaan, kita memerlukan kesemua rakyat bersatu, bukan dengan satu atau dua suara sahaja. Bercakap tanpa bertindak tiada gunanya.

  10. Fai on June 6th, 2008 11:23 am

    Nik, saya rasa anda dah salah faham dgn kenyataan saya..

    I never talk about “HAK”.. I never talk about “MASALAH MINYAK, I never talk about “PAK LAH KEJAM”.. I never talk about “BERSEDIA DITINDAS!”

    Tapi saya cakap mengenai kemampuan dan ketidakmampuan seseorang itu bermula daripada minda anda.. Malahan minda anda yang menentukan masalah anda boleh diselesaikan atau tidak.. Dengan minda anda dapat memandang dua kali atau tiga kali ke hadapan..

    “If you have a big problem in your life, all that means is that you are being a small person!”

    Thanks

  11. 10 Cara Atasi BebanHarga Minyak on June 6th, 2008 11:26 pm

    [...] [kenn-ng] PTD dan Kesan Kenaikan Harga Minyak [ptdblog] Yahooo! Minyak naik lagi. [pemudamuadzam] Merungut minyak naik lagi? [linncomel] Orang Minyak yang akan kaya…. [ahshab] Orang Malaysia Naik Minyak [kongsiblog] HaRgA [...]

  12. harga petrol naik mendadak, naik minyak on June 8th, 2008 11:38 pm

    [...] (kenn-ng) PTD dan Kesan Kenaikan Harga Minyak (ptdblog) Yahooo! Minyak naik lagi. (pemudamuadzam) Merungut minyak naik lagi? (linncomel) Orang Minyak yang akan kaya…. (ahshab) Orang Malaysia Naik Minyak (kongsiblog) HaRgA [...]

  13. zam on June 17th, 2008 5:51 am

    minyak naik ke tak,janji aku bahagia dgn hidupku yang sederhana.

    memetik kata “macgyver’ >apabila dalam tekanan kita akan kreatif<.

    so skg orang amerika pun melahirkan idea-idea baru utk jimatkan minyak shingga guna gas HHO dari air utk kasi minyak lebih bertenaga.

    enjin yang kita guna skg direka agar menyedut banyak minyak atau bahasa englishnya poor engine design.

  14. VOY on September 25th, 2008 1:48 am

    malam nih minyak turun lagik seposen!!!

  15. VOY on October 23rd, 2008 9:48 pm

    hmm, ada btolnya ape lin ckp… tak sedar pasal ni plak. harag minyak mmg susah nak ckp pasal naik turun… tp part perkasakan cara kehidupan btol jugak, instead perkasakan cara hidup demi minyak, y not kita niatkan demi masa depan yg lebih cerah.. takde sape yg susah nnt kita sendiri jugak.. but still me myself rasa sakitnya harga minyak naik…

Got something to say?