Reverse Versus Will Power

Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel menarik rakan seperjuangan saya dalam perbincangan mengenai future phenomenon. Ianya berkaitan dengan law of atrraction.

salam…

reverse versus will…?

apakah itu. kali ini saya ingin membawa anda menyelami pengertian sebenar, kenapa sesuatu event itu terjadi dan kenapa kadang kala sesuatu ramalan mahupun kajian tidak terjadi biarpun ianya sudah cukup dengan segala fakta-fakta.

reverse bermaksud ulang-balik, pantulan dan sebagainya.

reverse juga boleh di ertikan dengan reverse psychology. akan tetapi, dalam kontek future phenomenon, reverse itu bererti sesuatu yang di terbalikkan daripada terjadi.

kepada mereka yang pernah membaca artikel saya yang bertajuk ‘future event 2008?, anda mungkin tertanya-tanya, apakah benar itu akan terjadi.

untuk mengetahuinya, saya akan jelaskan dalam artikel ini. future phenomenan adalah satu teori yang memang berhubung kait dengan keistemewaan manusia.

manusia telah di anugerahkan “WILL POWER”. jika di dalam quran, ada menyebut bahawa, ALLAH tidak akan mengubahkan nasib kamu sendiri..melainkan KAMU SENDIRI YANG MENGUBAHNYA.

inilah di namakan takdir (QADA DAN QADAR):-

QADA di pilih sebagai haluan hidup, sebagaimana perjanjian kita dengan ALLAH di alam arwah. akan tetapi, di dunia ini, kita di beri PILIHAN/WILL POWER untuk memutuskan apa yang baik dan apa yang tidak. QADA atau takdir memang tidak boleh di tentukan, akan tetapi perjalanan menuju kepada QADA/TAKDIR tadilah di namakan WILL POWER/QADAR…anda sendiri memilih perjalanan mana anda ingin pergi. samada ‘highway’ yang selesa, ‘lorong’ yang sempit dan sebagainya. oleh kerena itulah, kita sebagai manusia, tidak boleh sama sekali putus harapan, kerana kita sendiri yang mengubah perjalanan hidup kita.

hal ini berkai rapat dengan LOA, iaitu LAW OF ATTRACTION.

ia adalah satu kuasa alam/universe yang di namakan undang-undang. kenapa ia di beri nama begitu? ini kerana, di dunia penuh cabaran ini, ALLAH telah tetapkan satu perkara seperti ayat 6 dalam surah al-fatihan:-

“engkau lah yang kami sembah, dan engkau sajalah kami meminta pertolongan

jadi, pertolongan adalah LAW of UNIVERSE. hendak tak hendak, kita harus meminta pertolongan. pertolongan inilah kita namakan sebagai DOA/pray.

jadi, berbalik kepada tajuk, reverse versus will…,

setiap perkara yang akan terjadi sebenarnya sudah di tetapkan oleh ALLAH. kiamat adalah pengakhiran dan tak mungkin akan dapat di elakkan. jadi, itulah QADA untuk alam dan manusia.

akan tetapi, dalam perjalanan ke ‘kiamat’, terdapat pelbagai laluan. dan laluan ini di penuhi oleh pelbagai event-event. baik yang elok mahupun tidak.

oleh hal demikian, perkara yang elok, senang untuk manusia yang memiliki ‘will power’ untuk menerimanya. tetapi, bagaimana pula jikalau sesuatu yang buruk?

sebagai contoh, jika anda baca artikel saya “future event 2008?, anda tahu perkara buruk akan terjadi di masa hadapan. dalam sedang anda baca, akal bawah sedar anda akan mengikut ‘will power’ anda.

jika anda kata, event yang bakal berlaku nanti akan membawa kepada sesuatu yang positif, maka JADILAH ia mengikut ‘will power’ anda.

jika anda takut untuk menghadapainya, secara tak langsung, anda telah berdoa supaya perkara itu di jauhi.

persoalan kini adalah, anda menerima atau tidak?!

menerima itulah kami memanggil sebagai “will power”…mengikut flow alam yang sudah di tetapkan

jikalau menolak, maka itu di panggil “reverse will power”…anda memantulkan balik perjalanan itu menjadi terbatal atau di ‘reduce’kan skalanya.

maka, inilah saya namakan sebagai, reverse versus will power.

persoalan yang paling penting sekarang ini ialah, apakah reverse atau will power yang akan menang. sudah tentu jawapannya, bila sesuatu event itu betul-betul berlaku atau tidak.

seandainya future event 2008 yang saya senaraikan itu tidak berlaku, maknanya kita masih ’selamat’, akan tetapi, ia pasti di ganti dengan event yang lebih dasyat. jadi, sejauhmana will power manusia boleh mengelak ianya dari terjadi?

pokokya disini, tujuan saya memberitahu anda mengenai ini adalah, anda adalah ciptaan ALLAH yang sempurna. anda di anugerahi dengan keistemewaan yang tidak terhingga. tapi, kenapa pula kita bongkak dan sombong, padahal segalanya dari ALLAH jua.

apabila anda telah menyedari hakikat WILL POWER ini, seboleh-bolehnya, marilah kita mengubah kehidupan kepada yang lebih baik. selaras dengan itu, bersyukur lah kita kerana ALLAH telah membekalkan kita sesuatu anugerah yang tidak ternilai ini. ini semua kerana kasih sayangNYA.

jadi, kepada mereka yang berani menyahut ‘kiamat’ untuk kehidupan yang lebih baik, maka anda telah mengunakan ‘will power’ dengan seikhlas mungkin dan redha atas ketetapan ALLAH.

bagi mereka yang tidak sanggup, anda telah mengunakan “reverse will power” itu demi diri, keluarga dan manusia dan anda telah memberi kesempatan kepada diri untuk mengubah kehidupan dan menjadi lebih baik.

jadi, gunakanlah will power ini di dalam apa jua kegiatan anda untuk kehidupan yang lebih baik dan yakinlah.

untuk event-event masa akan datang, anda sendiri yang membuat pilihan. siapa yang menang, itu keputusan ALLAH. sekali lagi saya tekankan. TAKDIR KIAMAT sudah di tetapkan, anda yang harus memilih jalan menuju kepada itu.

apapun ALLAH jua yang maha mengetahui segala.

Comments

3 Responses to “Reverse Versus Will Power”

  1. bard on June 12th, 2008 2:48 pm

    Salam terindah buat semua pembaca blog yg dihormati.

    Dalam Al-Quran sering kali kita bertemu dengan ayatNya yang bermaksud; “Sesungguhnya kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada benda itu: (Kun) Jadilah engkau! (Fayakun) Maka jadilah ia. ”

    Dan harus diingat bahawa Dia menjadikan tiap-tiap sesuatu itu tanpa ‘beralat’ .. Ini utk menunjukkan Dianya Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana mengatur Hukum dan Undang-undangNya.. Kerana itulah Dia mengadakan Ad-Din (Peraturan).. Maka ISLAM itulah disebut “Agama Sejahtera”. Datangnya dari Yang Sejahtera (yakni Allah s.w.t) dan Islam itu Tiada Awal dan Tiada Akhirnya..

    Sebab itulah juga kita tidak boleh mencerca atau memaki atau menjatuhkan sesama sendiri kerana jika kita melakukannya maka kita sebenarnya mencerca atau ‘memaki perbuatan’ (Afeil) Allah s.w.t .. bukan ini yang disuruhNya.

    Hatta didalam Ayat Al-Quran sendiri tiada disuruh mencerca Iblis atau Syaithan (..ini dikira sebagai situasi Negatif ) lantas jika kita mencercanya seolah-olah kita mencerca perbuatan Allah s.w.t kerana Iblis dan Syaitan itu adalah Kekuasaan Allah Ta’ala yang telah dijadikanNya. Begitu juga dengan alam, benda-benda hidup, atau benda mati, yang nampak atau tidak nampak.

    Sebaliknya kita disuruh ‘berlindung’ semata-mata kepada Allah s.w.t dgn membaca ”Aauzubillah himinasyaithan nirrajim..”

    BijaksanaNya Allah itu ternyata dengan dianugerahkan kepada Manusia ini dengan ayat-ayat yang berulang-ulang bacaanNya iaitu Al-Fatihah yang besar sungguh kemulianya dan manafaatnya namun jarang diantara manusia yang menyedari kepentingannya.

    Persoalan: Dimanakah tempat kita berdoa dan memuji kepada Allah s.w.t itu?
    Jawapnya: Selain dari Al-Fatihah. Maksudnya kita mengucapkan tasbih dan tahmid dikala selepas solat dsb.. (zikir harian)

    Didlm ayat menyatakan Allah tidak akan mengubahkan nasib kamu sendiri..melainkan KAMU SENDIRI YANG MENGUBAHNYA menunjukkan bahawa Dialah Zat yang Maha Mengetahui barang sesuatu yang telah sempurna kejadian, TETAPI belum ditunjukkan, terhenti Ia dialam IlmuNya..

    Oleh kerana Allah Ta’ala itu telah menganugerahkan Nikmat yang banyak kepada makhluknya maka sangatlah besar sekali kita semua mensyukuri Anugerah illahi itu sebelum di’tarik’ balik semula bila tiba sampai waktunya dikala manusia dalam keadaan ‘kelalaian’ sehingga lupa akan ‘MASA’ yang diberi sekadar dua detik seperti ‘dua jari telunjuk’ yg diisyaratkan oleh baginda Nabi s.a.w. itu.

    Disaat kita memikirkan sesuatu dan bertindak, maka disaat itulah kita telah menciptakan Takdir kita sendiri, masa depan kita sendiri.

    Akhir kata terima kasih atas perkongsian artikel anda itu buat merubah Takdir bagi menuju ke arah alam Abadi.

    Salam kasih.

  2. Raymond Chua on June 12th, 2008 11:52 pm

    Saya peminat fizik kuantum. Jadi saya percaya bahawa setiap orang mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan di sekelilingnya.

    Saya juga percaya bahawa setiap jasad (termasuk manusia) boleh wujud secara serentak dan berganda dalam ruangan yang berbeza sepertimana yang dibuktikan oleh corak interferens yang dihasilkan oleh elektron.

    Ini bermakna setiap individu boleh memiliki dunia yang tersendiri tetapi saling berkaitan dengan dunia di ruangan yang lain.

  3. linn_comel on June 13th, 2008 9:18 am

    Salam,
    Terima kasih Bard, atas perkongsian yang hebat itu. Marilah kita sama-sama bersyukur atas anugerah yang telah ALLAH kurniakan terhadap kita sbagai manusia.

    Raymond- thanks Raymond, saya juga percaya dengan pendapat Anda, Setiap orang mempunyai kuasa untuk merubah keadaan sekeliling. Dan jika ianya digabungkan alangkah besarnya impak yang bakal diperolehi.

Got something to say?