Vision board saya 2015

Jika semalam Raymond bercerita tentang kita adalah pereka masa depan kita sendiri. Hari ini pula saya ingin berkongsi satu visionboard yang saya miliki. Vision board ini, saya letakkan di desktop, dan bingkaikan ditempat saya bekerja untuk saya lihat setiap hari. Alhamdulillah, ketika ini saya berusaha untuk mencapai satu persatu daripada impian saya tersebut.

Disebabkan imej yang terlalu besar untuk saya muatkan di dalam blog ini. Jadi saya hanya dapat memberikan url untuk Anda. Untuk melihat vision board saya tersebut, Anda boleh klik

http://zimpr.com/finalvisionboard.jpg

Mungkin Anda merasakan impian saya tersebut terlalu besar. Namun bagi saya tiada apa yang mustahil untuk saya melakukannya selagi saya percaya dengan janji ALLAH. Setiap yang berusaha pasti akan mendapat hasilnya.

Sebenarnya saya mempunyai visi untuk menjadi salah seorang yang sama-sama membangunkan tamadunĀ  emas di Asia tenggara pada tahun 2050. Namun walaupun ketika itu mungkin saya telah tiada, tetapi saya yakin bahawa akan ada individu lain yang akan sama-sama menjalankan misi tersebut tanpa meninggalkan nilai-nilai yang sepatutnya untuk mencapai visi tamadun emas tersebut.

Walau bagaimana pun vision board yang Anda lihat di atas adalah impian saya dalam tahun 2015. Dalam tempoh ini saya perlu benar-benar bekerja kuat untuk membangunkan semua impian tersebut .

Pertanyaan saya, adakah Anda mempunyai vision board Anda sendiri? Jom kongsi bersama saya.

Comments

14 Responses to “Vision board saya 2015”

  1. Labanon on July 2nd, 2008 8:03 am

    Saya dah tengok vision board kak linn ni dari tahun lepas rasanya :) Nampaknya kak Linn betul-betul fokus untuk mencapainya…

  2. linn_comel on July 2nd, 2008 8:31 am

    salam,

    Ya Labanon, awak adalah salah seorang daripada individu terawal yang mengetahui kewujudan vision board ini :-)

  3. Mohd Ashraf on July 2nd, 2008 4:58 pm

    Saya buat visual dalam kepala je. Hik. Sebab saya tak duduk kat sesuatu tempat.

    InsyaAllah lepas ni akan ada tempat khas untuk saya duduk buat kerja dan saya akan letak visual board jugak.

    Tolong doakan ye…

  4. Raymond Chua on July 2nd, 2008 10:43 pm

    Hebat!

    Terbukti bahawa Linn sekarang sedang berusaha untuk mencapai kegemilangan tersebut.

  5. Mr April on July 3rd, 2008 9:17 am

    Tahniah Linn..teruskan usaha ke arah kegemilangan….

  6. bibi on July 3rd, 2008 9:49 pm

    vision yg hebat….teruskan usaha..doa saya agar ia terlaksana dengan jaya dan cemerlang.. :grin:

  7. Mohd Shahir on July 4th, 2008 7:37 am

    Salam. Ramai antara yang berjaya datang dari keluarga atau latar belakang yang tidak berkemampuan dan tidak berada. Antaranya Boon Siew Honda yang hanya berbekalkan 50 sen ketika berada di malaysia. Namun beliau membuktikan beliau mampu berjaya. begitu juga Thomas Edison yang mencipta lampu, setelah melakukan hampir 1000 percubaan dan berjaya. saya percaya dengan vision board yang jelas mampu melahirkan lebih ramai usahawan dalam pelbagai bidang. ” impian takkan menjelma selagi tidak bermimpi untuk berimpian”

  8. Nor on July 4th, 2008 2:38 pm

    Wah………….!!! Hebat nya.
    Dalam masa 7 tahun lagi. Semoga impian Linn menjadi kenyataan.

  9. Shueqry on July 5th, 2008 12:52 am

    Saya benar-benar kagum ngan kak Linn.

    Visinya jelas, dan misinya dah tertulis.

    Yang saya perasan, ada sinar keemasan di vision board tu. Selain tu, ada beberapa persamaan dengan VB saya, antaranya yayasan sendiri dan bangunan sendiri.

    Ini sungguh mengujakan! Saya teringin benar dan berkongsi VB saya.

    -Shueqry-

  10. linn_comel on July 5th, 2008 5:35 am

    Salam,

    Ashraf, binalah vision board, supaya dapat menjadikan Anda lebih bersemangat selepas menatapnya setiap hari.

    Raymond-Sememangnya saya sedang berusaha . Terima kasih.

    Mr. April & Bibi- Terima kasih, kegemilangan ini bukan untuk diri saya sahaja. Tetapi untuk generasi yang akan sama-sama meneruskan impian saya.

    Mohd Shahir- Terima kasih, memang benar kenyataan Anda, sekiranya kita mempunyai visi yang jelas, tidak mustahil visi tersebut akan dapat kita capai.

    Nor- Terima kasih, vision board itu ada tersurat dan tersirat. Secara tersurat ianya 7 tahun lagi..tetapi yang tersirat saya rahsiakan dulu. InsyaALLAH saya akan kongsikan suatu hari nanti..

    Shueqry- Terima kasih. Untuk mencapai visi, kita perlu ada misi yang jelas, tanpa meninggalkan value atau nilai yang sepatutnya kita perlu kita ikuti. Sinar emas itu sudah pasti ada makna dan mempunyai maksud yang tersendiri. Satu hari semoga K.Linn boleh lihat pula vision board Shueqry.

  11. Mohd Ashraf on July 5th, 2008 9:10 am

    InsyaAllah saya akan buat VB tu dan akan inform kat Kak Linn dalam masa terdekat…

    Yosh!! :D

  12. engenius on July 5th, 2008 4:13 pm

    bestnya saya tengok…………………………nak buat jugak la vision board tuh….

  13. fahdi on July 6th, 2008 4:30 pm

    wah! amat2 menarik vision ni. sebelum ni, penah terfikir nk buat vision. maybe dalam 2,3 bulan lagi. Sekarang ni masih dalam proses simplify vision masa depan, terlalu banyak!

    sama2 kita berusaha untuk mencapai nya!
    kaklin ? salam perkenalan!

  14. Motivasi Kejayaan » Vision Board Anda on July 8th, 2008 6:04 pm

    [...] ini, Irfan Khairi dan Kak Linn Comel ada bercerita sedikit sebanyak mengenai vision board [...]

Got something to say?