Vision board saya 2015
Jika semalam Raymond bercerita tentang kita adalah pereka masa depan kita sendiri. Hari ini pula saya ingin berkongsi satu visionboard yang saya miliki. Vision board ini, saya letakkan di desktop, dan bingkaikan ditempat saya bekerja untuk saya lihat setiap hari. Alhamdulillah, ketika ini saya berusaha untuk mencapai satu persatu daripada impian saya tersebut.
Disebabkan imej yang terlalu besar untuk saya muatkan di dalam blog ini. Jadi saya hanya dapat memberikan url untuk Anda. Untuk melihat vision board saya tersebut, Anda boleh klik
http://zimpr.com/finalvisionboard.jpg
Mungkin Anda merasakan impian saya tersebut terlalu besar. Namun bagi saya tiada apa yang mustahil untuk saya melakukannya selagi saya percaya dengan janji ALLAH. Setiap yang berusaha pasti akan mendapat hasilnya.
Sebenarnya saya mempunyai visi untuk menjadi salah seorang yang sama-sama membangunkan tamadun emas di Asia tenggara pada tahun 2050. Namun walaupun ketika itu mungkin saya telah tiada, tetapi saya yakin bahawa akan ada individu lain yang akan sama-sama menjalankan misi tersebut tanpa meninggalkan nilai-nilai yang sepatutnya untuk mencapai visi tamadun emas tersebut.
Walau bagaimana pun vision board yang Anda lihat di atas adalah impian saya dalam tahun 2015. Dalam tempoh ini saya perlu benar-benar bekerja kuat untuk membangunkan semua impian tersebut .
Pertanyaan saya, adakah Anda mempunyai vision board Anda sendiri? Jom kongsi bersama saya.
Comments
14 Responses to “Vision board saya 2015”
Got something to say?


Saya dah tengok vision board kak linn ni dari tahun lepas rasanya
Nampaknya kak Linn betul-betul fokus untuk mencapainya…
salam,
Ya Labanon, awak adalah salah seorang daripada individu terawal yang mengetahui kewujudan vision board ini
Saya buat visual dalam kepala je. Hik. Sebab saya tak duduk kat sesuatu tempat.
InsyaAllah lepas ni akan ada tempat khas untuk saya duduk buat kerja dan saya akan letak visual board jugak.
Tolong doakan ye…
Hebat!
Terbukti bahawa Linn sekarang sedang berusaha untuk mencapai kegemilangan tersebut.
Tahniah Linn..teruskan usaha ke arah kegemilangan….
vision yg hebat….teruskan usaha..doa saya agar ia terlaksana dengan jaya dan cemerlang..
Salam. Ramai antara yang berjaya datang dari keluarga atau latar belakang yang tidak berkemampuan dan tidak berada. Antaranya Boon Siew Honda yang hanya berbekalkan 50 sen ketika berada di malaysia. Namun beliau membuktikan beliau mampu berjaya. begitu juga Thomas Edison yang mencipta lampu, setelah melakukan hampir 1000 percubaan dan berjaya. saya percaya dengan vision board yang jelas mampu melahirkan lebih ramai usahawan dalam pelbagai bidang. ” impian takkan menjelma selagi tidak bermimpi untuk berimpian”
Wah………….!!! Hebat nya.
Dalam masa 7 tahun lagi. Semoga impian Linn menjadi kenyataan.
Saya benar-benar kagum ngan kak Linn.
Visinya jelas, dan misinya dah tertulis.
Yang saya perasan, ada sinar keemasan di vision board tu. Selain tu, ada beberapa persamaan dengan VB saya, antaranya yayasan sendiri dan bangunan sendiri.
Ini sungguh mengujakan! Saya teringin benar dan berkongsi VB saya.
-Shueqry-
Salam,
Ashraf, binalah vision board, supaya dapat menjadikan Anda lebih bersemangat selepas menatapnya setiap hari.
Raymond-Sememangnya saya sedang berusaha . Terima kasih.
Mr. April & Bibi- Terima kasih, kegemilangan ini bukan untuk diri saya sahaja. Tetapi untuk generasi yang akan sama-sama meneruskan impian saya.
Mohd Shahir- Terima kasih, memang benar kenyataan Anda, sekiranya kita mempunyai visi yang jelas, tidak mustahil visi tersebut akan dapat kita capai.
Nor- Terima kasih, vision board itu ada tersurat dan tersirat. Secara tersurat ianya 7 tahun lagi..tetapi yang tersirat saya rahsiakan dulu. InsyaALLAH saya akan kongsikan suatu hari nanti..
Shueqry- Terima kasih. Untuk mencapai visi, kita perlu ada misi yang jelas, tanpa meninggalkan value atau nilai yang sepatutnya kita perlu kita ikuti. Sinar emas itu sudah pasti ada makna dan mempunyai maksud yang tersendiri. Satu hari semoga K.Linn boleh lihat pula vision board Shueqry.
InsyaAllah saya akan buat VB tu dan akan inform kat Kak Linn dalam masa terdekat…
Yosh!!
bestnya saya tengok…………………………nak buat jugak la vision board tuh….
wah! amat2 menarik vision ni. sebelum ni, penah terfikir nk buat vision. maybe dalam 2,3 bulan lagi. Sekarang ni masih dalam proses simplify vision masa depan, terlalu banyak!
sama2 kita berusaha untuk mencapai nya!
kaklin ? salam perkenalan!
[...] ini, Irfan Khairi dan Kak Linn Comel ada bercerita sedikit sebanyak mengenai vision board [...]