Berfikir besar

The greater danger of most of us is not that our aim is too high and we miss it, but it is too low and we reach it.”

Bahaya yang besar bukan disebabkan kerana kita mempunyai target tetapi tidak mampu mencapainya. Ianya lebih merbahaya jika kita mempunyai target yang terlalu rendah dan kita berhasil mencapainya,”

Adakah Anda faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Michelangelo tersebut?

Donald Trump masih aktif menjalankan perniagaannya, meskipun beliau adalah seorang yang kaya raya .. Begitu pula dengan Steven Spielberg, Oprah Winfrey, Warren Buffet, yang masih bersemangat untuk menjalankan perniagaan dan sentiasa membuat target yang lebih besar walaupun sudah berjaya.

mereka yang berjaya sentiasa mempunyai target pencapaian baru apabila sudah mencapai target yang ditetapkan. Oleh sebab itu mereka mempunyai semangat kejayaan yang hebat dan mempunyai kesungguhan dalam mewujudkan target baru dalam kehidupan . Bagi mereka,  mencapai target yang lebih besar merupakan kesenangan dan akan berubah menjadi kepuasan jika sudah berjaya mencapainya.

Golongan individu yang berjaya juga sentiasa mempunyai visi dan misi dalam mengharungi kehidupan. Mereka sentiasa berfikir besar, untuk mencapai apa yang diinginkan.

Jadi adakah Anda sudah berpuas hati jika hanya berjaya mencapai target kejayaan yang tidak seberapa. Bersedialah untuk mencipta target yang lebh besar bagi mencapai kejayaan yang lebih hebat.

Comments

4 Responses to “Berfikir besar”

  1. Mohd Ashraf on July 7th, 2008 3:38 pm

    Betul tu, kalau statik je, pencapaian pon statik juga
    Kalau sebelum ni jual barang kat forum je, apa kata kembangkan ke ebay, lelong.com.my, buat website untuk jual barang tersebut dan sebagainya.

    Macam saya, kalau buat 1 projek pertanian saja, pencapaian mesti kat situ je.
    Tapi, bila projek pertanian ni dah stabil , boleh tambah projek lain pula (saya buat fertigasi, semuanya auto, jadi boleh buat projek lain sama).

    Pastu, projek fertigasi ni nak kembangkan lagi besar,.. besar dan BESARRR!!!

    Tolong doakan kejayaan saya ye… :D

    PS: Fikir mesti mau besar, tapi mesti bergerak untuk capai target. Mula dari bawah

  2. Raymond Chua on July 7th, 2008 7:46 pm

    Pasti kita kekalkan fokus tatkala membesarkan impian kita.

  3. alfarabius on July 7th, 2008 10:11 pm

    saya setuju kata ashraf…xkira besar or kecik impian…mesti ada target…mesti ada usaha ke arahnya….baru lah hasil nya masyuk.

    yg pnting perbaharui target jika target yg lm tlh tercapai…

    Nokotta

  4. syarif on July 18th, 2008 2:33 pm

    btol tu..saya setuju alfarabius..seperti saya sendiri sebagai internet marketer, mesti lakukan perubahan dari semasa ke semasa agar empayar perniagaan saya terus berkembang.

Got something to say?