Masih prinsip masa kini

Ramai diantara kita merasa bimbang dan khuatir tentang bagaimana keadaan masa depan kita. Tetapi sedarkah kita hari ini adalah masa hadapan bagi masa dahulu atau sebelumnya. Apakah pula hubungan di antara kerisauan dan masa depan kita?

Untuk berjaya, kita perlu melakukan sesuatu pada masa sekarang dengan melakukan sesuatu yang boleh membawa kita ke masa hadapan yang kita inginkan. Tidak perlu risau dengan bagaimana nasib Anda dimasa hadapan, kerana yang paling penting adalah kita perlu mengetahui bagaimana kita dapat mengerahkan sebahagian besar energi kita pada masa sekarang.

Jika Anda hidup di masa lalu, maka yang biasanya Anda bawa adalah kemarahan, kekecewaan, rasa takut dan perasaan tidak adil. Jika energi Anda banyak Anda letakkan di masa hadapan, maka apa yang akan terjadi pada Anda adalah kerisauan. Jika Anda fokuskan energi pada masa kini , maka Anda akan hidup dengan gembira dan bahagia.

Katakan, jika Anda memberikan energinya sebanyak 80 peratus untuk masa lampau dan 10 peratus untuk masa hadapan , dan hanya 10 peratus untuk masa kini. Maka, Anda akan selalu mengungkit-ungkit apa yang terjadi di masa lalu. Jika kejadian di masa lalu itu negatif, maka semua kesilapan atau kesalahan yang pernah terjadi itu akan dikeluarkan semua. Dan bukan hanya sekali, namun berkali-kali. Tetapi jika apa berlaku pada masa lalu adalah kejadian positif, maka dia akan selalu menceritakan kejadian masa lalu yang selalu memberikannya kebanggaan dan kejayaan. Tetapi bagi individu yang bermasalah, adakah fokus mereka sebenarnya . Positif atau negatif?

Jika Anda memberikan energi sebanyak 80 peratus untuk masa hadapan, maka Anda akan selalu memikirkan masa hadapan.. Jika negatif, maka yang akan muncul adalah rasa risau,bimbang dan takut untuk menghadapi masa hadapan .Sekiranya perasaan Anda untuk masa kini adalah positif , maka berkemungkinan besar anda akan membayangkan tentang masa hadapan yang indah.

Jadi apakah kunci kejayaan yang sebenar? . Anda perlu hidup gembira pada masa kini, gunakan prinsip masa kini dan hidup dengan penuh gembira. Sekiranya Anda sentiasa gembira untuk hari ini, ianya akan sedikit sebanyak akan mempengaruhi Anda untuk memberikan energi yang positif terhadap masa lalu dan masa hadapan Anda. Adakah Anda faham dengan apa yang saya maksudkan?

Comments

6 Responses to “Masih prinsip masa kini”

  1. fati on July 12th, 2008 11:21 am

    Salam bahagia,

    Kejayaan, hidup masa kini dan energi positif adalah kunci kejayaan sebenar.
    Tapi macam mana nak ya nak ubah ke mindset positif ni dikalangan pelajar terutama pelajar yang kurang pandai. Mereka dalam satu kelas tapi buat apa-apa aktiviti pun pelajar lemah tetap tak dengar, tak terima dan tak ikut contoh yang ditunjukkan.
    Semuga kita semua gembira dengan apa yang kita lakukan hari ini dan mengeluarkan energi positif supaya terus bersemangat sepanjang hari.

    Terima kasih.

  2. linn_comel on July 12th, 2008 2:30 pm

    Salam,

    Sekiranya seorang guru mempunyai pelajar yang bermasalah. Ianya bukan disebabkan oleh pelajar itu sendiri. Tetapi guru tersebut yang gagal dan tidak fleksibel dalam mendidik pelajar.

    Untuk mengubah pelajar tersebut, guru perlu berubah terlebih dahulu..

  3. Raymond Chua on July 14th, 2008 10:05 am

    Faham.

    Hukum sebab dan akibat. :)

  4. Dik Mal on July 14th, 2008 7:36 pm

    Salam,

    teringat kata-kata pensyarah saya baru-baru ini. di sebabkan subjek itu sedikit susah. bila kami semua diam tanpa bagi respon (means tak paham). pensyarah saya kata..

    ‘biasanya kalau pelajar saya tak faham. maknanya sya perlu cuba cara lain utk ajar pelajar saya..sebab, maknanya sy yg gagal utk sampaikan ilmu pada dia.’

    dan bg sy pula..pelajar itu pun perlu la berusaha..usaha dari kedua belah pihak tanpa jemu, pasti berakhir dengan kejayaan..

    2cents of mine.

  5. fati on July 15th, 2008 9:43 am

    Salam.

    Terima kasih Dik Mal, amat bersetuju dengan anda - mesti ada usaha yang ikhlas, bersungguh-sungguh dan pasrah dari kedua belah pihak. Dalam masa 40minit guru tak boleh hanya menangani sekumpulan pelajar yang tak minat belajar hingga terabai kumpulan yang nak belajar.

  6. linn_comel on July 15th, 2008 10:51 pm

    Salam,
    Sememangnya usaha perlu dari kedua pihak. Tetapi saya j masih juga berpendapat guru memainkan peranan yang amat penting untuk menarik usaha pelajar tersebut.

    Jika ingin menjadi guru yang hebat, pastikan kita BERTANGGUNGJAWAB sepenuhnya di atas setiap perkara yang dilakukan. Tugas seorang guru adalah mendidik dan mengajar, tetapi guru tersebut gagal untuk mendidik dan mengajar dengan sebaiknya . Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, kepada siapakah kegagalan itu perlu diletakkan. Siapa yang perlu dipersalahkan.

    Adakah pelajar tersebut yang perlu dipersalahkan jika tugas mendidik adalah menjadi tanggungjawab seorang guru.

    Sebagai contoh, jika Anda berusaha untuk menjadi kaya, tetapi Anda gagal untuk mencapai kekayaan tersebut, siapakah yang perlu dipersalahkan, sekiranya usaha tersebut menjadi tanggungjawab Anda? Adakah Anda perlu manyalahkan keluarga atau rakan Anda?

    Tidak kira siapa Anda, Anda perlu bertanggungjawab atas setiap perkara yang Anda lakukan samada gagal atau berjaya.

Got something to say?