Telefon bimbit satu perumpamaan

Anda ada telefon bimbit ? Saya yakin hampir majoriti kita mempunyai telefon bimbit atau hand phone. Saya juga yakin, ramai di antara kita menggunakan telefon bimbit , tetapi hanya menggunakan function Call keluar masuk, sms keluar masuk. Walhal telefon bimbit kita sebenarnya masih lagi kaya dengan fungsi-fungsi yang lain.

Bayangkan, ada telefon bimbit yang kita beli harganya mungkin lebih RM800, ada yang beribu ringgit….Dan kita hanya tahu menggunakan function call keluar masuk dan sms keluar masuk. Berapa ramaikah pengguna telefon bimbit yang 100% master penggunaan fungsi telefon bimbit mereka dgn efektif? Kalau basic nokia phone ada meeting reminder, alarm, gprs/3g, ada yang boleh guna hsdpa broadband, ada yang boleh guna untuk rakaman video, gambar, terima dan hantar mms, voice calling function dan macam-macam lagi.

Apa yang saya nak sampaikan ialah…. Ramai dari kita hanya tahu guna function diri kita untuk perkara-perkara yang terlampau asas, makan, minum, tidur, kerja atau perkara-perkara yang rutin. Ramai yang guna perkara-perkara yang rutin ini sebagai reference point di dalam kehidupan seharian, sedangkan kita sebagai manusia mempunyai keupayaan yang hebat dan masih belum diterokai.

Inilah bezanya diantara golongan biasa jika dibandingkan dengan golongan yang berjaya. Golongan yang berjaya akan sentiasa menerokai kehidupan mereka dan sentiasa mengkaji tentang keistimewaan diri yang dimiliki.

Jangan takut untuk belajar dan jangan takut untuk meneroka kehebatan diri Anda sendiri. Jika ketika ini Anda gagal, bukan bermakna Anda ditakdirkan untuk hidup dan mati dalam kegagalan. Tetapi ianya adalah satu hikmah untuk Anda berubah ketahap yang lebih tinggi, asalkan Anda mempunyai keinginan untuk berubah.

Alangkah ruginya jika Anda memiliki telefon bimbit yang canggih dan harganya mencecah sehingga RM 3K, tetapi Anda tidak dapat menggunakan keupayaan yang sebenar. Begitu juga dengan diri kita, alangkah hebatnya anugerah yang diberikan oleh ALLAH kepada kita sebagai manusia, rugi rasanya jika kita tidak dapat menggunakan sebaiknya anugerah tersebut, akhirnya kehidupan tidak seperti yang diinginkan dan hanya hidup dalam kekecewaan.

Comments

3 Responses to “Telefon bimbit satu perumpamaan”

  1. wan on July 14th, 2008 6:49 pm

    Assalamualaikum..:)
    Ermmm…thanks for sharing sis..saya paling minat baca akak punya site ni…mmg betul kata akak..ramai kebanyakan dari kita tidak mengoptimumkan apa yang kita ada…maksud saya diri sendiri..kita lupa bahawa kita adalah sebaik-baik kejadian yang mana kita diciptakan penuh dengan keistimewaan..tetapi hakikatnya hanya benda yang nampak sahaja yang kita buat..”function” yang lain kita tidak gunakan…

  2. maryam on July 15th, 2008 5:40 pm

    kak linn yang comel,
    sama juga spt tv, tak semua tahu functionnya.
    setiap rumah ada tv, samaada crt, projection, plasma, atau lcd.
    kalau channel ter”reset” panggil serviceman. dia cahrge kita RM50.

    boleh dikatakan semua tv ada weak-up timer spt h/phone. siapa tahu. siapa baca user manualnya.
    fikirfikirkan.

  3. nadia on October 9th, 2008 10:25 pm

    assalamualaikum..
    emmm….
    bak kata upin & ipin…
    betul..betul..betul…
    sama jugak kosepnya dengan komputer dan ladtop..
    sekarang dah keluar beratus ribu produk untuk membangunkan perisian..
    kan bagus kalau masyarakat kiter x guna ladtop and komputer just untuk menaip jer…
    bangunkan rangkaian atau perisian sendiri untuk kepentingan anak bangsa kiter yang akan datang..
    mcm bill gate, boleh jadi kaya… huhu…
    fenomena sekarang ni menunjukkan masyarakat melayu zaman sekarang ni sangat berasa selesa dengan nikmat dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan.
    bila timbul satu proses atau peringkat yang rumit sikit, mula la tarik dr.
    saya dlm proses pembelajaran ni..
    wish me luck key…

Got something to say?