Kerana Anda Ingin Mengetahuinya
Image by almostincognito via FlickrSudah lebih setahun saya menyebarkan ilmu Law of Attraction a.k.a. Hukum Penarikan untuk membantu orang mencapai impian serta matlamat mereka.
Antara soalan-soalan yang kerap ditujukan kepada saya ialah
Bilakah ianya akan menjadi kenyataan?
Bagaimana ianya akan menjadi kenyataan?
Mengapa saya masih belum nampakkan hasilnya?
Adakah saya melakukannya dengan betul?
Sudah menjadi tabiat manusia untuk melahirkan perasaan ingin tahu. Kita berasa lebih selesa dan selamat sekiranya kita mengetahui perkara-perkara seperti ini.
Tidakkah ianya penting untuk anda mengetahui tentang jumlah gaji anda, masa akan anda pulang dari sekolah dan sebagainya. Jawapan bagi soalan-soalan sebegini memberikan anda keselesaan serta berasa lebih selamat.
Akan tetapi lain pula halnya bagi alam semesta ini. Ada cara yang tertentu pula apabila kita berhadapan dengan alam semesta ini (ataupun tuhan). Apabila kita berusaha untuk mencapai impian kita, kita sedang berhubung dengan alam semesta ini dan bukannya manusia. Jadi cara pun kenalah berlainan.
Apabila kita sedang berhadapan dengan alam semesta kita kena belajar untuk “let go” iaitu lepaskan kawalan kita terhadap matlamat kita dan ianya akan dimanifestasikan mengikut caranya sendiri pada masa yang sesuai.
Lepaskan kawalan di sini bukan bererti tinggalkan matlamat anda. Maksud di sini ialah percaya bahawa matlamat anda akan terkabul tetapi anda tidak perlu tahu bagaimana serta bila ianya akan dikabulkan.
Biarlah alam semesta ini yang mengaturkan segala-galanya. Kuncinya ialah lepaskan kawalan anda.
Keinginan untuk mengetahui segala-galanya berasal daripada rasa takut yang tersembunyi di dalam diri anda. Untuk menyingkir rasa takut tersebut, anda mesti lepaskan kawalan ketat anda terhadap impian anda.
Anda hanya perlu percaya bahawa ianya PASTi akan dikabulkan dan jangan sesekali biarkan perasaan ragu-ragu ini menghalang proses manifestasi tersebut.
Ramai orang yang terjerumus ke dalam lembah ketakutan tanpa disedari dan akhirnya mengatakan bahawa Law of Attraction hanya suatu penipuan.
Lepaskan kawalan.
Lepaskan kawalan.
Percaya, percaya dan percaya!
Salam kajayaan,
P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !
Comments
7 Responses to “Kerana Anda Ingin Mengetahuinya”
Got something to say?


Salam bahagia,
Terima kasih saudara Raymond kerana tak jemu menyebarkan LOA untuk kesejahteraan bersama.
Saya amat bersetuju dengan saranan saudara. Saya percaya jika kita lakukan dengan ikhlas dan pasrah sepenuhnya kepadaNya kejayaan ‘pasti’ muncul tanpa diketahui bila dan bagaimana.
Terima kasih.
Hi Raymond, gembira saya saat membaca artikel ini.
Cuma ada dua persoalan yng bermain di kepala saya,
dari pandangan seorang pembaca ..
Mesti dia mahu tahu :
1. Cemana cara nak LET GO dan bagaimana untuk
melatih diri supaya tenang serta melepaskan kawalan.
2. Bagaimana nak memberanikan diri LET GO,
be in faith yang alam semesta akan mengaturkan
segala keperluan untuk kita menuju matlamat kita..
Bagi seorang yang baru mengenali LOA, mesti
dia takut. Bagaimana cara kita nak lawan takut tu ..
Moga soalan ini membuka perkongsian ilmu di
antara kita ..
-Shueqry-
Hello Raymond,
Bagusnya dapat baca artikal awak. Terima kasih coz saya lebih faham kini kenapa Allah suruh kita bertawakkal/berserah ( let go) kepadaNya satelah kita berusaha.
Fati - Terima kasih. Semoga ilmu ini dapat memperbaiki lagi kualiti kehidupan kita.
Shueqry - Terima kasih atas komen dan cadangan yang diberikan. Mungkin saya akan kosikannya pada minggu hadapan.
Nor - Oleh itu orang yang mempunyai pegangan agama yang kuat biasanya hidup lebih bahagia dan gembira.
TAHNIAH Raymond, saya percaya anda, di sebalik “PERCAYA” itu ada sesuatu yang kadang2 kita terlepas pandang. Walau apa pun “KEPERCAYAAN” kita, sebenarnya “SATU”. fikir2kanlah yang “SATU” itu.
RAKAN PENDOA ANDA,
http://sites.google.com/site/wanghibah786/
terima kasih raymond dia atas artikel yang cukup menarik..
saya sendiri pun sedang mempraktikkan LOA ni..
semoga segala impian saya akan tercapai kelak.
[...] Kerana Anda Ingin Mengetahuinya [...]