Anda yang bertanggungjawab 100% terhadap kejayaan Anda
Satu perkara yang saya sentiasa percaya, kita memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan apa yang berlaku dalam hidup kita dan kita perlu BERTANGGUNGJAWAB di atas setiap perkara yang kita lakukan.
Seperti yang saya sentiasa tekankan selama ini, hidup kita sentiasa mempunyai pilihan. Dan kita sentiasa mempunyai pilihan untuk melakukan yang terbaik bagi mencapai kejayaan dalam apa jua yang kita lakukan.
Mereka yang tahu mengawal kehidupan sentiasa percaya bahawa mereka yang mewujudkan setiap apa yang mereka alami ketika ini. Apabila setiap perkara yang dilakukan sentiasa menghasilkan kejayaan,merekalah yang mewujudkan kejayaan tersebut. Apabila gagal, mereka juga percaya itu hasil daripada diri mereka sendiri.
Saya ambil satu contoh. Seperti yang kita tahu, tugas seorang guru ialah mendidik dan mengajar , tetapi jika guru tersebut gagal untuk mendidik dan mengajar dengan sebaiknya . Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, kepada siapakah kegagalan itu perlu diletakkan. Siapa yang perlu dipersalahkan. TANGGUNGJAWAB siapakah yang mendidik dan mengajar.
Jika seorang guru meletakkan kegagalan seorang pelajar itu gagal kerana tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh, tidak terfikirkah kita mengapa pelajar tersebut tidak bersemangat dan tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh?
Siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab memberi galakan untuk belajar bersungguh-sungguh. Siapakah yang sepatutnya mendidik dan menarik minat pelajar untuk berusaha. Seorang guru yang baik dan kreatif sentiasa mempunyai pilihan untuk menjadikan setiap perkara yang dilakukan akan berjaya.
Dalam apa jua yang kita lakukan, sekiranya kita bertanggungjawab atas perkara yang kita lakukan, kita pasti akan cuba melakukan yang terbaik untuk mencapai kejayaan. Sekiranya Anda sedang berusaha untuk menjadi seorang yang berjaya, dan sehingga sekarang Anda masih lagi gagal. Siapakah yang bertanggungjawab atas kegagalan tersebut?. Sekiranya kita hanya tahu menyalahkan orang lain, adakah kegagalan itu akan bertukar menjadi kejayaan dengan sekelip mata?. Anda yang bertanggungjawab 100% atas kegagalan itu.
Apa jua pekerjaan yang kita lakukan, tidak kira samada Anda seorang guru, doktor, pelajar , atau apa jua pekerjaan, kita sentiasa mempunyai pilihan untuk menukarkan kegagalan kepada kejayaan dengan syarat, kita perlu BERTANGGUNGJAWAB 100% terhadap apa jua yang kita lakukan.
Comments
5 Responses to “Anda yang bertanggungjawab 100% terhadap kejayaan Anda”
Got something to say?


Salam,
Saya just nak meluah..:)hermm…bertanggungjawab dengan setiap apa yang kita buat…itulah perkara yang sering terjadi…apabila berlaku kegagalan kita akan menyalahkan takdir..konon-kononnya pasrah yang itu adalah apa yang telah ditentukan olehNYA…sedangkan kita sendiri yang membuka suis lampu ON dan OFF tu…antara nak dengan tidak…tetapi..kenapa waktu membuka suis tu kita sering tidak menyedari apa yang akan berlaku?kenapa waktu itu kita tidak fikirkan tanggungjawab yang harus kita ambil setelah apa yang akan kita lakukan??
please..guide me…semakin dipikir..semakin pelik…semakin hanyut..entahlah…
klau akak nak delete komen ni tak kisah la…yang pasti saya rasa best bila baca artikel-artikel akak…dan mungkin malam ni saya akan dapatkan magnet rezeki itu…:)thanks sis…
tahniah, saya setuju dengan pandangan LINNCOMEL, kejayaan dan kegagalan hanyalah satu pilihan, yang penting jangan dijadikan kegagalan itu satu kepercayaan yang mendalam, Tanamkan PERCAYA kejayaan pasti muncul “WALAUPUN MALAM SAYA PANJANG(GAGAL), PASTI MATAHARI(BERJAYA) AKAN MUNCUL”, SABAR, REDHA DAN PASRAH ini pun satu pilihan juga, “selesai dengan memuaskan menurut kehendak allah- dari allah, dengan allah, kerana allah”
RAKAN PENDOA ANDA,
http://sites.google.com/site/wanghibah786/
kak linn
Saya bersetuju dengan kak linn…dan saya suka baca artikel2 dr akak…tq
ada beberapa artikel akak saya copy dan buat colection /filling dlm simpanan saya(minta akak halalkan ye) saya mintak maaf kalau2 perbuatan saya nie salah…tapi ianya untuk rujukan saya bukan utk diniagakan…. buat rujukan motivasi diri sendiri….termasuk yang nie….saya doakan kesihatan dan kejayaan buat akak supaya boleh lagi menulis disini…berkongsi ilmu dan pengalaman buat tatapan pembaca …cam saya…
thanks akak
Sudah tentu..sebagaimana anda bertanggungjawab di atas kejayaan anda…anda juga bertanggungjawab di atas apa sahaja yang anda lakukan…baik, buruk, gagal, berjaya, untung, rugi semuannya hasil daripada tindakan anda…
Apa yang penting anda perlu terus memandang ke depan kerana anda hidup pada hari ini dan bukannya pada masa lalu…jadikan tindakan anda yang berlalu sebagai duatu pengalaman dan pengajaran untuk hidup…
Salam kekayaan,
THINKERICH
Perbuatan menyalahkan orang lain umpamakan dadah.
Ia hanya dapat memberi kepuasan sementara tetapi memudaratkan kita dalam jangka masa panjang.