Bersaing untuk kejayaan
Iklim berita sejak kebelakangan ini amat menakutkan. Saya merasakan berita yang dikeluarkan kebelakangan ini tidak kira dimana-mana sahaja samada diinternet atau , media elektronik akan memberikan pengaruh yang kurang baik kepada minda, seterusnya akan menarik dan membenarkan sesuatu yang lebih negatif berlaku. Bagi saya ianya amat menakutkan namun saya berharap ianya dapat diubah sebaiknya dengan keizinan ALLAH.
Media tidak kira samada TV dan akhbar berlumba-lumba bersaing memberikan artikel yang terbaik dan paling hebat untuk melariskan jualan , menaikkan rating tentang isu terkini, tanpa mengira kesan yang bakal berlaku kepada negara dan juga rakyat.
Tahniah saya ucapkan atas persaingan ini, semoga minda para pemimpin dan pemilik media ini di edukasi semula kerana merekalah punca sebenarnya yang menyumbang gejala negatif dan tidak sihat kepada negara. Sekali lagi tahniah untuk mereka.
Bercerita soal persaingan saya ingin menyentuh sedikit sebanyak mengenai persaingan untuk kejayaan.
Saya berpendapat persaingan itu amat penting untuk berjaya. Bersaing adalah perlu untuk menjadikan diri kita lebih baik tetapi bukan untuk mengalahkan orang lain.
Kita tidak perlu berusaha untuk mengalahkan orang lain. Mengapa? kerana rezeki sudah disediakan oleh ALLAH , dan juga sudah diatur oleh ALLAH untuk kita. Yang penting kita perlu berdoa (LOA ) dan berusaha (bertindak) untuk mencapai rezeki yang memang telah tersedia untuk kita.
Jadi sentiasalah bersaing dan mencabar diri Anda supaya sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi mencapai setiap apa yang Anda inginkan. :-;
Comments
4 Responses to “Bersaing untuk kejayaan”
Got something to say?


Salaam Linn,
Terima kasih di atas perkongsian luhur ini.
Salam,
Terima kasih..segalanya datang dari ALLAH.
Kita perlu sentiasa berdoa dan berusaha, komited dan konsisten.
Erm… betul juga ye Kak Linn… rezeki setiap individu telah ditentukan Allah, jadi buat apa nak kacau rezeki orang lain? Rasuah dan sebagainya tak perlu, dah la rezeki haram. Jika itu adalah rezeki kita, mesti dapat kat kita. Bersaing dengan diri sendiri untuk berikan yang terbaik pada diri dan masyarakat.