Berkongsi lagi ..

Sudah hampir 2 jam saya mengadap komputer sambil mencari idea apa yang perlu dikongsikan bersama Anda. Teringin juga untuk saya berkongsi ilmu tentang hipnosis dan hipnoterapi dengan lebih dalam, tetapi saya merasakan blog ini tidak sesuai untuk bercerita tentang perkara yang saya anggap teknikal dan menggunakan term yang agak jarang didengar seperti limb catalepsy, anesthesia, amnesia, positive dan negative visual hallucination.pass regression , hiypnotic seal dan banyak lagi perkataan lain yang saya sendiri jarang menjumpainya sebelum saya kenal apa itu hipnosis dan hipnoterapi , kerana blog ini bersifat umum, dan sekiranya saya menggunakan term yang agak janggal di dengar pasti akan membosankan Anda.

Tak apa lupakan rungutan saya di atas, apa yang saya nyatakan di atas sekadar ekspresi diri atas kegagalan saya mencari idea apa yang perlu dikongsikan hari ini. Apa pun saya akui ini adalah kegagalan saya, dan saya bertanggungjawab atas kegagalan ini.

Sekadar berkongsi bersama Anda, ketika ini saya dalam proses mempelajari kaedah mengenal diri melalui tarikh lahir. Mengapa saya mempelajari ilmu yang dianggap baru bagi saya ini, kerana bagi saya ianya amat penting untuk saya mengenali kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri saya supaya setiap kekuatan yang saya miliki itu dapat saya manfaatkan dengan sebaiknya, dan setiap kelemahan dapat saya tingkatkan melalui kaedah-kaedah yang tertentu. Yang penting saya dapat melakukan SWOT analysis terhadap diri saya sendiri .

Sebenarnya saya sendiri pun kurang pasti sejauh manakah ketepatan kaedah pengiraan tarikh lahir ini. Tetapi jika mengikut analisa tarikh lahir saya sendiri, hampir 98% analisa tersebut ada kebenarannya jika mengikut pengalaman saya sebelum ini.

Jangan pula menganggap kaedah ini sebagai tilik nasib pula, ianya amat jauh berbeza kerana tilik nasib adalah ramalan yang kita tidak pernah tahu, dan jauh berbeza dengan kaedah yang sedang saya pelajari ini.

Comments

7 Responses to “Berkongsi lagi ..”

  1. Shueqry on July 19th, 2008 3:26 pm

    Bagi saya, setiap hari saya bertanya diri sendiri, apa lagi yang boleh saya tulis untuk menaikkan semangat orang lain, sesemangat yang mungkin!

    Saya pernah alami hal serupa, tak tahu apa yang perlu dikongsikan.

  2. maryam on July 19th, 2008 7:09 pm

    kak linn yang comel,
    1) sebenarnya di kalangan orang melayu jawa di malaysia ini memang sudah ada pengamalan secara adat melihat tarikh.
    2) ianya tak kira tarikh lahir, tarikh nak pindah rumah, tarikh nak pergi perjalanan jauh dan lain-lain.
    3) namun begitu ianya sebagai satu panduan saja.
    4) dalam islam pun ada tarikh tertentu. SWOT…….Tapi kita jangan sampai syirik tau kalau terikut-ikut amalan yang diluar islam..

    wassalam.
    maryam.
    maryamnabihah@blogspot.com

  3. Ummi on July 20th, 2008 12:29 am

    Salam,
    Kegagalan mungkin step pertama ke arah kejayaan..

  4. syarif on July 20th, 2008 10:16 am

    salam sejahtera linn..

    rahsia melalui tarikh lahir amar menarik juga bagi saya.

    dalam kehidupan saya, saya sentiasa tertanya2 adakah apa yang saya rancangkan akan berhasil kelak.

    mungkin linn boleh kongsikan apa yang dapat diketahui melalui tarikh lahir.

  5. linn_comel on July 20th, 2008 10:28 am

    Salam,

    Terima Shueqry atas tip yang awak berikan. Tanya dan terus tanya pasti akan dapat jawapan.

    Maryam,

    Terima kasih atas teguran. Saya mempelajari sekadar untuk panduan dan mungkin sebagai salah satu alternatif untuk saya memahami sikap dan watak individu yang akan saya bantu.

    Ummi, Terima kasih atas dorongan.

    Syarif,

    Kita sebagai manusia hanya mampu dan berusaha untuk melakukan yang terbaik. Mengambil segala tanggungjawab atas setiap perkara yang berlaku samada gagal atau berjaya.

    Namun setiap hasil yang bakal kita perolehi adalah ALLAH yang tentukan. Namun selagi kita masih mampu berusaha kita perlu berusaha.

    InsyaALLAH tiba masanya saya akan berkongsi tentang ilmu ini apabila merasakan saya sudahpun layak untuk berkongsi bersama Anda dan pembaca yang lain

  6. syarif on July 20th, 2008 11:02 am

    agak cepat juga linn memblas comment saya yer..

    apa2 pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada linn kerana sudi berkongsi ilmu dalam blog linn..

  7. Raymond Chua on July 20th, 2008 7:56 pm

    SWOT + tarikh lahir? Gabungan yang menarik. :)

Got something to say?