Cara-cara Untuk Melepaskan Kawalan Terhadap Impian Anda

levitation of a magnet above ... Image via Wikipedia

Minggu lepas, anda telahpun belajar tentang kepentingan melepaskan kawalan terhadap impian kita dan bagaimana ia membantu dalam proses manifestasi.

Hari ini saya akan kongsikan tentang cara-cara melepaskan kawalan pula. Mungkin ada di antara anda yang sudah faham akan kepentingan melepaskan kawalan anda terhadap impian anda tetapi masih tertanya-tanya tentang cara-caranya.

Caranya mudah sahaja iaitu anda perlu yakin (tanpa sebarang perasaan ragu-ragu) bahawa ianya akan dikabulkan ataupun anda boleh percaya bahawa anda telahpun memilikinya.

Mari kita ambil proses pernafasan sebagai contoh.

Semasa anda bernafas, adakah anda berasa bimbang atau ragu-ragu bahawa anda akan dapat bekalan oksigen yang seterusnya?

Adakah anda memikirkan bahawa mungkin anda tidak akan mendapat bekalan oksigen untuk bernafas pada saat yang seterusnya.

Tentu tidak!

Anda mungkin akan menjadi orang yang paling sibuk di dunia jika anda memikirkannya.

Kita tidak nampak gas oksigen tetapi kita percaya dan yakin bahawa kita pasti mendapatkannya.

Kita tidak perlu tanya bahawa bilakah bekalan oksigen ini akan sampai ke hidung kita atau bagaimana ia mengalir kepada kita. Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah bertanyakan soalan-soalan sedemikian pun.

Kepercayaan yang sama perlu anda berikan kepada impian anda dan anda tidak perlu tahu bagaimana atau bila ianya akan datang kepada anda.

Semasa anda membelokkan kenderaan anda untuk mengelakkan kemalangan, pada saat itu, anda begitu yakin bahawa kemalangan akan berlaku (walaupun ianya belum berlaku).

Jika anda dapat memberikan keyakinan yang begitu tinggi kepada perkara-perkara yang anda tidak inginkan, mengapa tidak anda berikan keyakinan tersebut kepada perkara yang anda betul-betul idamkan?

Fikirkannya dan mari kongsikan pendapat anda.

Salam kajayaan,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Comments

4 Responses to “Cara-cara Untuk Melepaskan Kawalan Terhadap Impian Anda”

  1. linn_comel on July 22nd, 2008 7:24 am

    Hi Raymond,
    Gembira rasanya membaca artikel Raymond hari ini. Dan 100 x gembira jika ramai pembaca faham dan ambil manfaat daripada artikel ini.

    Segalanya berpunca daripada KEPERCAYAAN. Itulah asas utama yang perlu diikuasai terlebih dahulu dalam melakukan apa saja yang kita inginkan.

    Tahniah Raymond, Menghasilkan artikel yang hebat, perumpamaan yang hebat. Semoga pembaca akan menjadi lebih hebat apabila membaca artikel ini.

  2. Raymond Chua on July 22nd, 2008 10:58 am

    Terima kasih Linn atas puji-pujian yang diberikan (malu-malu)

    Saya juga berharap agar artikel ringkas ini dapat mengubah pandangan serta hidup para pembaca sekalian.

    Kepercayaan adalah asas ataupun tapak kepada impian kita. Tanpa asas yang kukuh, impian tersebut akan runtuh.

  3. bard on July 23rd, 2008 6:47 pm

    Artikel yg bagus utk direnungkan bersama..

    Kadang-kala terdpt sesetengah org yg memerlukan ‘bukti’ sebelum sebarang kepercayaan itu boleh diterima dgn sesungguh hatinya.

    Kekadang tu sesuatu ‘penjelasan’ bagaimana?, bila? dan macam mana? sukar utk dihuraikan menerusi kepercayaan saja melainkan perlukan bukti nyata..

    So, bukti yg anda ini hidup adalah dgn sentiasa ‘aware’ bahawa anda berserta nafas yg anda hirup/sedut itu setiap saat . Cuba berhenti/tahan nafas dlm masa kurang dari 30 minit. silap-silap ‘berpinau’ mata anda jadinya.. hehee..

    Maka jadilah ‘manusia yg mempunyai impian BESAR’ dan bukan sekadar angan-angan ‘0′ belaka..

    “Hidup blog linncomel.com”..

  4. Raymond Chua on July 23rd, 2008 10:37 pm

    Hai Bard,

    Terima kasih atas komen anda.

    Dah merupakan adat manusia untuk memiliki perasaan ingin tahu. :)

    Cuma kadang-kadang kita kena menyesuaikan diri dengan keadaan.

Got something to say?