Any Idea?

Andaikan ketika ini Anda berada dalam keseorangan tiada kawan untuk Anda berkongsi cerita. Tiba-tiba dengan izin ALLAH Anda menemui 5 orang kawan, malangnya kawan Anda tersebut hanya sanggup bersama Anda paling lama dalam tempoh seminggu sahaja, malahan Anda yang hanya bersama Anda dalam tempoh sehari sahaja. Jika Anda mengalami situasi ketika ini, siapakah yang perlu Anda persalahkan?. Pasti ada sesuatu yang tidak kena ” something wrong somewhere.
Sekiranya seorang yang datang dan meninggalkan Anda, mungkin Anda boleh menyalahkan rakan baru Anda tersebut. Tetapi bagaimana pula jika kelima-lima rakan Anda tersebut meninggalkan Anda? . Siapa yang bermasalah? Jom sama-sama kita fikirkan.
Bagaimana pula jika senario seperti ini berlaku?
Anda bekerja keras untuk mendapatkan wang. Alhamdulillah hasil usaha keras Anda pendapatan yang Anda perolehi setiap bulan amat lumayan, malah Anda boleh memperolehi pendapatan Anda hampir mencecah 5 angka dalam jangka masa sebulan sahaja. Malangnya pada hujung setiap bulan, jumlah simpanan Anda ialah RM10 sahaja, itupun kerana bank mensyaratkan Anda meninggalkan baki minimum RM10 di dalam akaun Anda untuk memastikan akaun tersebut sentiasa aktif.
Seolah-olah wang juga tidak ingin berkawan rapat bersama Anda. Banyka wang yang masuk dan banyak juga wang yang keluar. Mengapa ye?. Adakah Anda boleh mengaitkan senario yang pertama untuk menyelesaikan masalah yang saya paparkan pada senario yang kedua? Any idea? .Jom kita bincang sama-sama
Comments
5 Responses to “Any Idea?”
Got something to say?


Salam Linn,

Wah………kepunyaan siapa wang itu, betul2 memberi motivasi, tahniah tahniah ini lah dia berkat usaha tak sudah2 betul magnet duit tak de specimen pulak tu.
Baiklah balik pada tajuk kalau cakap pasal kawan, kawan nie kategori yg macam mana, adakah kawan….
1.kawan internet yg tak nampak, entah mungkin tak pernah jumpa kah
2.kawan sekolah kah
3 kawan sekerja kah
4 kawan seperjuangan dlm arena perniagaan kah
5 kawan blogger kah
6 kawan sama minat dlm satu2 kegemaran kah atau sebagainya
Baik lah, kita anggap lah kawan2 biasa lah, kalau satu tinggalkan kita okay juga lah, agaknya, tapi kalau lima2 nie macam dah sepakat, mungkin tak de mutual understanding tak sefahaman lah senang cakap, agaknya lah tu. Jadi tak leh salahkan sesiapa satu hati satu kepala ini yg penting eh..eh.. pandai2 saja sy, just my comments. Tapikan selalunya semua orang sibuk, walaupun sibuk bukan alasan yg tepat. Memang susah nak mengerti tapi inilah dunia, cuma mereka yg benar2 faham akan tetap stay on lama if not 4ever. Entah, betul ke tidak teori sy ni hanya komentar saja.
Okay nie fikiran saya yg wang tak nak kawan dgn kita tu sama aje saperti diatas. Kita tak letakkan impian supaya wang kita bertambah banyak dlm bank. Kita tak faham macam mutual understanding. Macam mana lah wang tak nak kawan dgn kita kalau kita tak nak tahu kenapa nak simpan wang, utk apa ada banyak wang, kenapa harus ada wang, apa kepentingan wang. Kita pun kena faham urusan wang jangan salah gunakan kan wang, jaga baik2 salurkan dia di tempat yg betul. Jangan rambang mata kalau banyak wang gunakan sebaik2 nya. Jadi wang tu nanti jadi kawan kita, kalau kita semai dgn baik tumbuh lah dia, dia jadi best friend kita, sahabat kita dgn izin nya dgn cara amalan LOA@DOA. Baiklah itu saja komentar saya. Kalau ada kawan2 lain nak komen silakan, inikan perbincangan bersama sama. Salam Semua. Jumpa lagi!!!!!!!!!
Assalaa mualaikum bagi yg muslim & salam sejahtera kepada yang lain.
Hubungan antara 5 sekawan lari & wang lari tadi adalah “SIKAP”. Sebab apa kawan lari/menjauhkan diri dp kita. Ini adalah ’sikap’ anda samada sombong,pentingkan diri,ego dll. Cari kelemahan sendiri & usha memperbaikinya.Sebab apa wang lari dp kita?. Ini adalah ’sikap’ anda samada boros,membazir dll. Kesimpulan saya, sama-sama berusha untuk menukar sikap negetif kepada pasitif.
artikel yang cukup menarik lin..
Saya pun mula terfikir, kenapa bila hujung bulan, duit habis yer…
Saya rasa mindset seseorang memainkan peranan yang penting dalam proses menarik masalah-masalah ini.
Untuk menyelesaikan masalah ini, mindset orang tersebut perlu berubah.
Kali pertama saya membaca artikel ini, saya tak rasa apa-apa, Fenomena ini sentiasa berlaku di dalam masyarakat kita. INI ADALAH LUMRAH KEHIDUPAN. Kehidupan masa kini banyak dipengaruhi oleh material. Ada duit semua boleh jadi , tidak ada duit kawan pun lari. Keikhlasan, kasih sayang, hormat menghormati, tolong menolong dan lain-lain lagi perkara-perkara yang baik telah terhakis. Perhubungan yang tidak ikhlas dan pendapatan yang tidak halal akhirnya akan mudah meninggalkan kita.