Terima Kasih

Tanggungjawab! itulah yang saya rasakan ketika saya memperbaharui domain dan hosting ini minggu lepas. Alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi blog ini bakal berusia 2 tahun. Begitu cepat masa berlalu sedar tak sedar saya sudah pun menerima email yang meminta saya memperbaharui domain dan hosting bagi blog ini. Alhamdulillah syukur kerana mampu mengekalkan berkongsi ilmu dan pandangan melalui blog ini sehingga kehari ini.

Terus terang saya katakan, blog ini menjadi pemangkin untuk saya terus mencipta lebih kejayaan,perkongsian ilmu yang saya miliki melalui blog ini benar-benar membantu saya menjadi lebih positif dalam mengejar segala impian saya.

Dengan berkongsi sesuatu yang positif bersama Anda, sebenarnya saya menerima impak yang agak positif seterusnya membantu saya menjadi lebih matang dalam mengharungi setiap perkara yang saya lakukan, dan saya benar-benar berharap semoga blog ini memberi faedah kepada Anda sebagai pembaca.

Perkongsian saya di blog ini bukan kerana nama atau mengharapkan pujian dan sanjungan daripada Anda. Saya juga tidak pernah menyimpan impian untuk menjadi seseorang yang dikenali, tetapi saya menulis berdasarkan rasa tanggungjawab saya dan seterusnya ia adalah misi saya untuk mencapai visi saya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Saya tidak pernah berharap untuk Anda berterima kasih kepada saya, saya tidak pernah menyimpan impian untuk disanjung oleh sesiapa kerana saya yakin pujian , syukur dan sanjungan hanyalah milik ALLAH.

Saya sendiri tidak pernah tahu mengapa saya ditakdirkan berkongsi ilmu melalui blog ini, tetapi saya yakin pasti ada sebabnya yang tersendiri di luar pengetahuan saya, kerana walau sehelai daun yang gugur, pasti ada sebabnya dan hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Anda semua kerana banyak memberi sokongan dan semangat untuk saya terus berkongsi ilmu kepada Anda. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang telah Anda berikan.

Comments

2 Responses to “Terima Kasih”

  1. bibi on July 25th, 2008 4:46 pm

    Terima kasih kembali linn. blog linn satu2nya blog yg wajib sy buka dan baca atleast sekali seminggu, kalau tak mmg hari2..perkongsian dr linn dan raymond mmg amat bermakna dan yg ditunggu2.Semoga Allah jua yg dpt membalas jasa dan budi kalian.ameen.

  2. fati on July 27th, 2008 10:12 pm

    Salam bahagia,

    Memang benar Linn, segala pujian, syukur dan sanjungan hanya milik Allah. Dia telah meberikan segala idea untuk dikongsikan bersama. So kami pembaca blog Linn ini pula merasa perlu berterimakasih juga kepada Linn kerana sudi berkongsi idea-idea bernas, menarik penuh motivasi dan bermanafaat untuk semua. Tahniah Linn kerana berjaya mengekalkan dan meningkatkan mutu blog ini…. Terima kasih.

Got something to say?