Keserasian Perniagaan

Jika semalam Raymond ada berkongsi tip untuk memasarkan perniagaan bagi mendapatkan untung yang lumayan, jadi hari ini juga saya ingin menyentuh juga berkenaan potensi diri dalam perniagaan.

Dalam mengenal potensi melalui kaedah numerologi, saya ada sedikit membuat kajian secara ringkas untuk kefahaman saya. Apabila menyebut tentang berniaga, terdapat beberapa jenis pola perniagaan yang serasi dengan seseorang individu jika dibandingkan dengan individu yang lain.

Terdapat individu yang amat minat berniaga, kebiasaan individu yang dikategorikan sebagai minat berniaga mempunyai nombor pola 696 atau 969. Tetapi terdapat juga dikalangan individu yang mempunyai nombor pola 696 atau 969 ini mempunyai keserasian perniagaan yang berbeza-beza.

Kepada yang mempunyai perniagaan sendiri, pernahkah Anda mengalami masalah seperti semasa peringkat awal perniagaan Anda mempunyai keuntungan yang amat baik (933 atau 339), tetapi ianya tidak bertahan lama. Adakah individu ini tidak layak untuk berniaga walaupun mempunyai pola 696? . Sudah tentu Anda masih layak berniaga tetapi Anda perlu mempunyai strategi tententu dalam memilih perniagaan yang sesuai dengan diri Anda. Sekali lagi saya katakan, Anda masih lagi layak berniaga dan mampu memperolehi keuntungan yang lumayan untuk perniagaan Anda.

Apakah strategi yang sesuai? . Binalah perniagaan yang singkat, ringkas dan berjangka pendek. Elakkan mempunyai perniagaan yang menyimpan stok yang banyak. Carilah potensi pelanggan yang benar-benar inginkan produk atau servis yang Anda lakukan. Pastikan minda Anda sentiasa kreatif dan tidak hanya bertumpu pada satu perniagaan sahaja.

Jadi sekiranya Anda mempunyai masalah perniagaan yang hanya untung dalam masa yang singkat dan tidak bertahan lama, jangan cepat berputus asa. Tukarlah strategi perniagaan Anda, kerana peluang untuk Anda berjaya masih cerah.

Mungkin Anda boleh menggunakan perkhidmatan Raymond untuk strategi pemasaran perniagaan Anda. Saya baru sahaja mengetahui Raymond Ada menyediakan khidmat konsultasi ini semalam melalui artikel beliau. Berpandukan cara kerja, usaha dan effort yang saya lihat melalui blog beliau, saya yakin beliau boleh memberikan khidmat yang terbaik untuk Anda.