Selamat Hari Merdeka


Pakej Video Usahawan

Hari ini saya ingin berkongsi satu video yang agak menarik untuk Anda, terutamanya jika Anda mempunyai cita-cita dan matlamat untuk memperolehi pendapatan daripada internet.
Untuk pengetahuan Anda, Selepas saya menonton video usahawan ini yang diperolehi daripada videousahawan.com saya mendapat video ini bukan sekadar video biasa. Tetapi ianya adalah gabungan 3 usahawan internet yang memperolehi pendapatan 5 angka sebulan melalui program internet yang telah mereka sertai.
Melalui video ini:
- Anda boleh mengetahui apakah 2 persediaan yang paling penting dan menjadi kunci utama bagi membina perniagaan internet.
- Anda juga diajar bagaimana memperolehi pendapatan daripada internet tanpa memiliki produk Anda sendiri. Melalui video ini Anda di ajar TIGA KAEDAH menjana pendapatan melalui internet tanpa menggunakan produk Anda sendiri.
- Bagaimana anda boleh menjual secara efektif di internet terutama untuk pasaran Malaysia.
- Apakah itu CRM dan mengapa anda sebagai usahawan internet yang bijak perlu memandang serius dengan CRM untuk memastikan kepuasan dan kepercayaan pelanggan di tahap tertinggi.Dengan memahami CRM juga, anda dapat membuat untung berganda-ganda daripada setiap pelanggan anda.
- Kaedah promosi berbayar terbukti berkesan untuk menjana trafik yang berkualiti tinggi. Namun, ada satu cara lagi yang percuma serta berkualiti - trafik organik yang datang daripada enjin carian.
- Dan banyak lagi rahsia yang selama ini tidak pernah saya tahu yang dapat membantu saya menghasilkan wang daripada internet.
Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut Anda bolehlah klik pada link www.videousahawan.com
Sebagai sokongan saya terhadap Anda. Jika Anda membeli videousahawan tersebut melalui link di atas , saya akan memberikan bonus kepada Anda. Saya akan membantu Anda mengenali potensi diri Anda melalui kaedah numerology ( Tarikh lahir) secara PERCUMA. Saya akan melakukan analisa tentang:
- Apakah potensi yang Anda miliki
- Apakah bakat terpendam yang selama ini Anda tidak pernah ketahui.
- Apakah nombor arah mata Angin Anda.
- Apakah arah rezeki yang terbaik untuk Anda
- Apakah kekurangan Anda
- Interaksi pekerjaan atau perniagaan yang sesuai untuk Anda
- keseluruhan Aspek perjalanan hidup Anda melalui graf tenaga hayat.
- Dan beberapa aspek lagi yang membantu Anda untuk mengenal potensi , kekurangan dan ancaman yang perlu Anda elakkan melalui kaedah tarikh lahir.
Perhatian:Tawaran ini terhad kepada 27 pembeli yang pertama yang membeli daripada blog ini sahaja.! Anda boleh menghantar email bukti pembelian untuk pengesahan. Dan saya akan membalas email Anda untuk meminta detail yang perlu Anda berikan kepada saya untuk Analisa potensi diri.
Visi vs Matlamat
Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang dianggap penting jika Anda seorang yang inginkan kejayaan. Mungkin ada yang berpendapat apa yang saya ingin kongsikan kepada Anda adalah perkara biasa yang dianggap remeh, tetapi bagi saya ianya adalah sesuatu yang amat penting dan perlu diketahui.
Sebenarnya niat saya untuk berkongsi tentang perkara ini sudah lama, tetapi bagi saya yang suka mengeluarkan idea tanpa perancangan, ini membuatkan niat saya itu hanya dapat saya kongsikan bersama Anda hari ini. Mengapa saya merasakan perkongsian ini amat penting, kerana walaupun dianggap remeh setelah kajian yang saya lakukan terhadap individu yang pernah saya tanya, 7/10 tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan matlamat dan visi. Malahan terdapat juga individu yang ditanya tentang matlamat, memberikan jawapan berkenaan dengan visi. Walaupun sudah lama kedengaran dilaung-laungkan tentang wawasan atau visi 2020.
Mempunyai visi dan matlamat adalah kerangka atau asas utama kejayaan. Sekiranya Anda sendiri tidak dapat membezakan diantara visi dan matlamat bagaimana kejayaan akan tercipta?
Saya pernah bertanya kepada salah seorang teman tentang apakah matlamat beliau.Jawapan yang diberikan ialah ” Saya ingin menjadi seorang jutawan.” Teman-teman pembaca sekalian adakah jawapan yang diberikan oleh teman saya tersebut ialah satu matlamat? . Jawapanya tidak. Ianya adalah satu visi, bukan matlamat.
Visi dan matlamat boleh dikatakan mempunyai hubungan yang rapat, umpama sepupu. Mempunyai banyak persamaan, tetapi juga mempunyai kelainan yang tersendiri. Visi menjelaskan sesuatu dalam lingkungan yang besar, menunjukkan landsakap dalaman bagi keinginan Anda ,manakala matlamat pula adalah lebih spesifik, tangible, mempunyai target dan boleh diukur.
Bersambung lagi…

