Tanggapan terhadap diri sendiri
Pernahkah Anda membelai diri Anda sendiri? . Bagi yang mempunyai atau memelihara kucing, pasti Anda pernah melihat betapa asyik dan seronoknya apabila Anda membelai kucing tersebut. Sebenarnya kita mampu membelai diri kita sendiri kerana kita mempunyai hak untuk membelai diri kita sendiri. Jika sebelum ini Anda hanya pentingkan individu lain dan jika selama ini Anda hanya membelai individu lain. Ciptalah ruang untuk membelai diri Anda sendiri. Jika selama ini Anda hanya menyayangi orang lain, tidak salah rasanya jika Anda menyayangi diri Anda sendiri.
Teringat saya pada zaman persekolahan, salah seorang guru saya bertanya, siapakah yang perlu kita sayangi melebihi dari yang lain. Rami diantara rakan sekelas termasuk saya sendiri memberikan jawapan yang pelbagai. Ada yang mengatakan ibu, bapa , malahan ada juga yang mengatakan kekasih.
Tiba-tiba guru saya tersebut mengeluarkan sebuah kotak dengan mengatakan bahawa di dalam kotak tersebut terdapat jawapan yang sebenar siapakah yang perlu disayangi. Seorang demi seorang dipanggil untuk melihat jawapan yang ada di dalam kotak tersebut. Sehingga sampai giliran saya , saya melihat di dalam kotak tersebut terdapat satu cermin yang sudah tentu memprojeksi wajah saya di cermin tersebut. Tahulah saya ketika itu, siapa yang perlu kita sayangi terlebih dahulu.
Jadi bagaimanakah untuk kita membelai diri kita sendiri?. Sudah tentu ada caranya. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengenal diri kita dahulu. Cari jawapan siapakah diri kita, apakah potensi yang kita miliki, apakah kekuatan, kelemahan dan halangan yang kita hadapi, bagaimana tanggapan diri kita terhadap diri kita sendiri.
Apa jua yang kita fikirkan mengenai diri kita sendiri amat mempengaruhi pandangan kita mengenai persekitaran , hubungan dengan orang sekeliling dan kaedah yang digunakan untuk menangani sesuatu masalah.
Sekiranya Anda memandang negatif terhadap diri Anda sendiri, sebenarnya Anda telah membenarkan orang lain memberikan tanggapan negatif terhadap diri Anda sendiri. Sekiranya Anda memandang rendah keupayaan diri Anda sendiri, itu juga bermakna Anda yang membenarkan orang lain memandang rendah terhadap diri Anda sendiri.
Yakinlah pada diri sendiri, berfikiran positif dan bersangka baik terhadap diri supaya kehidupan Anda benar-benar dalam keadaan yang positif.
Comments
9 Responses to “Tanggapan terhadap diri sendiri”
Got something to say?


Seronoknya latihan ini. Idea yang baik untuk dijadikan bahan mengajar.
Terima kasih.
P.S. Saya selalu membelai diri saya.
Assalammualaikum Lin….
Dimanakah tempat untuk memulakan langkah pertama itu Linn.
Hi Raymond,
Cubalah pada pelajar, mesti best!. Saya sebagai pelajar ketika itu sehingga sekarang masih mengingati peristiwa latihan tersebut.
Nor,
Boleh emailkan saya Tarikh lahir Nor, mana tahu saya dapat membantu 40% dalam membantu Nor memulakan langkah pertama. Selebihnya terpulang pada diri Nor Sendiri.
assalamualaikum linn, tarikh lahir saya 26.11.1968…..boleh tak beri klu sikit….tq…..
[...] Tanggapan terhadap diri sendiri [...]
Salam Hizam
Pertamanya saya jelaskan kaedah ini hanyalah satu strategi untuk peningkatan diri dan ianya berkaitan dengan kajian sains kelakuan Manusia. (Behavioral science).
Ia bukanlah ramalan masa depan ataupun tilik nasib ia hanyalah alat sebagai satu strategi untuk meningkatkan diri.
Dibawah adalah secara ringkas yang saya boleh terangkan:
26-11-1968
Anda seorang yang mudah meyakinkan orang dan sentiasa menjadi tarikanOrang. Sesuai kalau bekerja dalam bidang marketing, purchasing, politik , sales.
Saya sebenarnya tidak tahu apakah sebenar jantina Hizam, tetapi sekiranya AndaAdalah seorang wanita, Anda amat mudah diminati oleh suami orang atau pun bekas Suami orang, seperti siti Nurhaliza.
Anda juga seorang yang innovative dan mempunyai banyak idea. Sentiasa tercari-cari kejayaan, tetapi mudah bosan dalam apa yang Anda lakukan.
Anda juga seorang yang mudah berjaya dan tetapi tidak bertahan lama., selalu tiada di rumah atau pejabat, sesuai kalau kerja yang memerlukan Anda sentiasa outstation.
Hati-hati Anda terlalu percayakan orang lain dan mudah ditipu. Selain itu Anda juga Mudah kasihan pada orang lain, dan mudah untuk keluarkan wang kerana sikap anda itu.
tarikh lahir sy 09071982, female
boleh bagi klu tak cmne? sy ade wat test aura..kaler sy biru putih.
[...] Tanggapan terhadap diri sendiri [...]
tarikh lahir sy 20111985
sy nk tau mengenai jdoh sy..
adakah sy akn bertemu jdoh dgn gadis yg bernama hasanah binti omar?