Strategi kejayaan:Apa yang perlu Anda tahu

Kebelakangan ini, email saya menerima banyak kiriman email yang ingin saya mengkaji potensi yang ada melalui tarikh lahir. Terus terang saya katakan, sekiranya Anda ingin saya melakukan kajian setepat yang mungkin mengenai potensi dan kelemahan Anda ianya mengambil masa yang agak lama, dan saya perlu menyediakan laporan minimum 20 muka surat untuk Anda(berpandukan kajian yang saya perolehi tentang diri saya). Maaf saya tidak dapat melakukan sehingga ke tahap itu lantaran kekangan masa yang saya ada, kerana masih banyak lagi tugas yang perlu saya peruntukan, iaitu untuk kerja –kerja freelance (hospital), perniagaan dan pelajaran ( saya sedang belajar ilmu baru).

Jadi kepada yang menghantar emai berkenaan tarikh lahir , untuk tidak menghampakan Anda, saya pasti akan membalas email Anda tetapi hanya untuk sedikit ringkasan yang ada mengenai potensi diri Anda.

Apa pun tahniah kepada individu yang menghantar email tersebut, saya yakin kesungguhan Anda adalah hasil daripada keinginan Anda untuk merancang kehidupan kearah kejayaan dan pasti Anda inginkan strategi kehidupan yang terbaik bagi mencapai impian tersebut,

Mereka yang mempunyai strategi hidup yang dinamik memiliki kuasa persaingan berbanding mereka yang mempunyai strategi yang statik atau hanya menunggu rezeki datang bergolek, dan hanya berserah kepada kehidupan.

Untuk berjaya, kita perlu tahu kekuatan yang sudah kita miliki atau kekuatan yang perlu kita miliki untuk berusaha kearah kecemerlangan. Selain itu, kita juga perlu mengetahui kapasiti yang ada untuk berjaya, kerana kejayaan itu perlu mempunyai asas bentuk dan kekal berjaya.

Kita juga perlu tahu apakah kelemahan yang kita perlu perbaiki, supaya ianya tidak menjadi halangan atau gangguan untuk terus berjaya. Hidup ini juga penuh dengan ancaman. Apakah kita sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman tersebut atau tindakan hanya dilakukan apabila ancaman datang?.

Selain itu kita juga perlu tahu potensi yang ada untuk kita berjaya. Barulah satu matlamat itu boleh direalisasikan dengan lebih baik .

Dengan mengetahui kekuatan, kelemahan , kapasiti , ancaman potensi dan mungkin peluang yang ada, dari situlah kita mencipta strategi yang dinamik. Dari situlah kita dapat membuat perancangan, apa yang perlu dilakukan bagi mencipta strategi kejayaan yang terbaik bagi mencapai impian Anda.

Comments

2 Responses to “Strategi kejayaan:Apa yang perlu Anda tahu”

  1. fati on August 12th, 2008 8:08 am

    Salam bahagia,

    Berkenaan dengan potensi tarikh lahir ni, macam mana jika tarikh lahir yang ada pada surat beranak tu bukan tarikh yang betul dan tarikh yang sebenar tak di beritahu…banyak berlaku pada orang lama cam saya nie… :-)

  2. WAN MUHAMMAD FUAD BIN WAN AZIZ on November 12th, 2008 4:18 pm

    :grin:

Got something to say?